husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

bukan alasan

>> Friday, September 30, 2011

in da name of  Allah.

disibukkan dengan urusan duniawi bukanlah alasan dalam menghentikan langkah dan perjalanan dalam mencari jalan untuk sampai ke perkampungan yang sebenar.

ye.perkampungan sebenar. tempat asal yang hakiki. tempat di mana Nabi Adam diami... syurga yang indah. berjumpa dengan kekasih hati..Allah, rindunya! tapi malu sungguh rasa. seperti tidak layak rasanya merinduiMu dengan jiwa yang bergelumang dengan dosa.

apa kah lagi alasan yang mampu aku beri dalam mendekatkan diri kepadaMu?

sungguh.benar-benar tidak bersyukur dengan hidayah Allah seandainya aku mensia-siakan. ah..aku malu lagi.. kerana sering kali menjadi hamba yang tak bersyukur!


ucapkan lah syukur sentiasa


teringat suatu petang...ketika berbulatan gembira bersama..

''agak-agak kalau antunna diberi masa untuk memilih bila hendak mati..apa jawapan antunna..??"

memilih tarikh kematian

kami terdiam.soalan yang keluar dari mulut murobbiyah yang sangat dikasihi itu mematikan kata.

terasa sungguh bagai malaikat maut yang bertanya.

akhwat 1 : ...Esok!

akhwat 2 : ...lepas solat sunat taubat..

akhwat 3 :.. lepas dah tercapai cita2, membantu dan mengembirakan ibu dan ayah..

akhwat 4 : ..dalam keadaan beriman..

akhwat 5 : ..lepas dapat haji mabrur..

jawapan yang keluar spontan. ada yang berkerut dengan jawapan sendiri.. tapi sudah pasti jawapan kami tidak menepati skema jawapan murobbiyah.

''kenapa bukan sekarang...?'' tanya murobbiyah. ''adakah kita hanya mahu menghadapnya dengan keadaan yang sempurna tanpa dosa... tapi kita sure ke segala dosa tu dah diampunkan baru nak pulang kepadaNYa.. "

diam.tiada jawapan.tersentap.

teringat pula video lau kana bainana..saat wanita berpurdah itu ditanya apakah yang akan dia pinta pada Rasulullah andainya Rasulullah berada di hadapannya? Dia mahu Rasulullah bawa dia pergi jauh dari dunia ini..

jauh di sudut hati , aku merasakan aku ingin pergi dari dunia ini. tak sanggup rasanya hidup dalam dunia yang mencarik-carik keimanan.. 

apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa. berdoa agar Allah sudi lagi meminjamkan hidayah dan imannya untuk menemani kehidupan ini..

YaAllah, tetapkan lah hati yang sering berbolak balik ini.

islam..pilihanku! biar pun ia berliku dan berduri...

sibuk, kawan, sakit, study, hati, keinginan, nafsu tidak layak ditandingi untuk mengenepikan Allah. ia bukan alasan. apatah lagi untuk mengenepikan saat-saat berkumpul mengingatinya. 

mood : rindu halaqah. semoga diberi kekuatan untuk melangkah..

Read more...

rasa yang tidak terungkap

>> Wednesday, September 14, 2011

bismillahirrahmanirrahim

selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, para tabi' dan para tabi' tabiin juga buat semua pejuang islam tak kira dari lapangan mana sekali pun.


lama menyepi. rasa rindu untuk berkongsi



alhamdulillah. ini yang pertama. entry pertama merasmikan MISI PENCARIAN. ye. sedang mencari-cari. mencari kasih illahi. memburu cintaNya. aku mencari diri. mencari jiwa yang lapang dan bersedia untuk perjuangan islam. mencari hati yang rindu untuk memberi setiap kata pembakar semangat setiap detik.

bumi bertuah. tahu kah anda juga bertuah terpilih menjadi khalifah Allah?

semalam.kicauan burung.langit redup memayungi kita. angin sepoi-sepoi bahasa seperti memahami jiwa dan hati yang sangat rindu. rindu untuk berbulatan gembira.

tahu kah apa rasa itu? tidak. hanya yang merasai nya yang mengetahuinya. sungguh, saat ini terbayang muka-muka akhwat kecintaan ku.


alhamdulillah. kini duduk kami bukan untuk bualan kosong. cerita kami bukan untuk melalaikan hati. ketawa kami bukan kerana perkara duniawi semata. tangis kami kerana kami benar-benar tersentuh dengan tarbiyahMu. semuanya kami himpun bersama, kami rasai bersama, kami ikat hati kami erat-erat. hanya untuk mengejar cintaMu. menyemarakkan jiwa dengan iman. berlumba dalam beramal. menyulam kasih hanya keranaMu.


siapa sangka?
tarbiyah ini membuatkan 'dia' kini sudah dapat memakai pakaian yang sempurna.
tarbiyah ini telah menyedarkannya tentang kasih sayang sesama insan berlandaskan iman.
tarbiyah ini bukan di cari sewaktu sihat sahaja.
tarbiyah ini bukan dihadiri sewaktu kita lapang sahaja.
tarbiyah ini bukan dihadiri sewaktu iman sedang memuncak sahaja.
tarbiyah ini bukan dihadiri bila diri tugasan-tugasan duniawi telah selamat diselesaikan.
tarbiyah ini membuatkan dia tahu mana yang aula. mana yang harus di utamakan
tarbiyah ini membuat dia dapat memilih berdasarkan iman bukan nafsu.


sungguh..
aku gembira melihat mujahadah antunna.
sungguh..
kefahaman sudah mula diserap dalam setiap nafas mu. setiap gerak geri mu. setiap buah bicaramu. setiap detik rasa mu.


Allah, terima kasih kerana sudi memasukkan kefahaman dalam jiwa mereka.


nikmat apakah yang ingin didustakan lagi oleh kamu bila mana kamu memperoleh nikmat kefahaman itu?


semoga jiwa-jiwa antunna, jiwa-jiwa kita sentiasa disentuh tarbiyah.
meskipun adakalanya futur menyapa. adakalanya iman memuncak.
oleh itu, apakah kamu merasa jalan ini harus ditinggalkan?







teruskan mujahadah wahai jiwa-jiwa yang dirindui. langkah pertama telah di orak dan percayalah bahawa langkah seterusnya akan dibantu oleh Allah.


semoga terus cekal. sedut hamasah bersama. gencar kan langkah. gegarkan jiwa.


rahmatilah kami ya Allah. izinkan kami mengorak langkah di jalan ini hingga sampai ke penghujungnya. tautkan hati kami dengan rabithah hati keimanan.

teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa
[ az zukhruf 43: 67 ]

kasih tak bertepuk sebelah tangan. sungguh, tak mampu digambarkan dengan ungkapan kecintaan ku buat antunna semua.


-khas buat jundi2 harapan agama.-



Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP