Buku kuning hijau berbunga manis itu ku
capai. Buku itu merupakan catitan mutabaah amal. Buku itu juga merupakan
pemberian murobbiyah ku sempena ulang tahun kelahiran yang ke19 (2010).
Satu persatu muka surat ku belek.
Melihat catatan amal sendiri. Yang mencatatnya adalah diri, yang melakukannya
juga adalah diri ini. Bila melihat graf iman setiap minggu, ada kalanya senyum
terukir. Indahnya saat bermesraan dengan tarbiyah dulu. Mutabaah amal adalah
perkara yang tak asing. Terusan dan berlumba-lumba memenuhinya bersama halaqah
mate. Sungguh. Sangat asyik rasa itu.
Tidak kurang dengan graf yang menurun.
Ternyata banyak juga hari-hari yang dilalui dengan iman yang tidak gah.
Pastinya hari-hari tersebut dilalui itu tidak menyeronokkan. Langkah longlai,
pasti ada sahaja kelukaan mahupun tangisan.
Memang diakui, graf iman manusia naik
dan turun (hehe..soalan exam PIM3104) Graf iman yang
naik senantiasa ialah iman nabi dan rasul manakala iman para malaikat pula statik.
Bila direnung kembali, sangat indah
hari-hari yang dapat dilalui dengan iman. Ketenangan dan senyuman itu pastinya
terukir.
Biarpun kesukaran melanda, dimarah tak
tentu hala, namun dengan ketenangan tersebut, kita akan lebih positif dan kuat
untuk menghadapinya. Ye. Menghadapi ujian kehidupan ini sebaiknya.. kerana Dia
sebaik-baik pendamping dan pengatur hidup ini. Apatah lagi Dia yang memegang
hati-hati orang di sekeliling kita. Terutamanya, bergelar guru pelatih pastinya
menghadapi pelbagai kerenah manusia. Realitinya nanti di dunia kerjaya yang sebenar
pasti lebih mencabar daripada apa yang dihadapi sekarang ini.
Namun, andainya hari tersebut kita
tidak melakukan perkara yang biasanya kita lakukan, pastinya jiwa rasa asing.
Fikiran jadi gundah, segala perkara jadi tak kena. Apa yang ditutur pun ada
salahnya. Itu semua sebenarnya berpunca dari hati yang tidak tenang. Kerana
itu, segala pekerjaan menjadi tidak teratur.
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain
dari main-main dan senda gurau belaka [Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi
itu Hanya sebentar dan tidak kekal. janganlah orang terperdaya dengan
kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat].
dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka Tidakkah kamu memahaminya? [QS 6 :32 ]
Melihat catitan itu, aku terfikir,
bagaimana kita kelak?
Ini hanya amal ibadat yang tercatat.
Itupun banyak rompongnya. Bagaimana dengan kejahatan dan keingkaran mahupun
maksiat yang dilakukan. Malaikat tidak tidur mahupun alpa dalam mencatat amalan
kita.
Andainya
setiap nafas kita dikumpulkan ke dalam setiap kotak. Maka di hari perhitungan
dibuka semua kotak nafas kita itu satu persatu. Kotak pertama kosong. Kotak
kedua kosong. Kotak ketiga berisi percakapan yang sia-sia. Kotak keempat berisi
fitnah, umpat dan caci maki. Maka manakah amal yang boleh kita banggakan di
depan Allah swt?!
Akan tetapi lain hal jika kotak yang pertama berisi bacaan al-Quran. Kotak
kedua hafazan kitab Allah dan hadith. Kotak ketiga syarahan menyedarkan
manusia. Kotak keempat amal perjuangan Islam yang ikhlas. Kotak keempat pula
berisi nafas keletihan berjuang di jalan Allah. Maka inilah yang boleh kita
banggakan didepan Allah swt.
(ijazah vs risalah)
Refleksi iman setahun ini amat lah
memberi kesan. Jatuh naiknya sangat terasa. Bila saatnya jatuh, usahlah terus
mundur dan berundur tapi majulah melangkah meskipun payah. Kebiasaanya tautan
ukhuwah membantu membangkitkan iman. Kerana itu sangat penting untuk kita
bersahabat dengan sahabat yang soleh dan solehah. Semoga kita boleh mendapat
tempias semangatnya dalam mengabdikan diri kepada Allah.
Kerana hakikatnya, tugasan dunia ini
sering sahaja membunuh jiwa. Kesempitan nya kadang sangat melelahkan.
Adakalanya terpaksa menghadapi saat genting dalam memilih. Dan saat itu,
airmata sering kali gugur. Mahu diadukan belum pasti ada yang mengerti, maka
tempat yang terbaiknya ialah mengadu dengan DIA.
Tahun depan, tahun yang sangat
mencabar. Cuti ini pula, harus untuk melakukan pecutan semampunya. Harus
bersedia menghadapi saat-saat genting, mungkin?
Jaga amal, jaga iman. insyaAllah aku
yakin Dia akan senantiasa bersamaku. Dia akan membantuku. Kuatkan semangat! Aum!
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah
hati menjadi tenteram.[QS 13:28]
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya
Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu
mengingkari (nikmat)-Ku. [QS 2 : 152]
Dan orang-orang yang sabar Karena mencari
keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami
berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak
kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan
(yang baik),[ QS 13: 22 ]
Husniyahbazlaa
Motivasi
keimanan
3muharam1433
Read more...