husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

–KELAK, BAGAIMANAKAH KITA?-

>> Wednesday, November 30, 2011




Buku kuning hijau berbunga manis itu ku capai. Buku itu merupakan catitan mutabaah amal. Buku itu juga merupakan pemberian murobbiyah ku sempena ulang tahun kelahiran yang ke19 (2010).

Satu persatu muka surat ku belek. Melihat catatan amal sendiri. Yang mencatatnya adalah diri, yang melakukannya juga adalah diri ini. Bila melihat graf iman setiap minggu, ada kalanya senyum terukir. Indahnya saat bermesraan dengan tarbiyah dulu. Mutabaah amal adalah perkara yang tak asing. Terusan dan berlumba-lumba memenuhinya bersama halaqah mate. Sungguh. Sangat asyik rasa itu.

Tidak kurang dengan graf yang menurun. Ternyata banyak juga hari-hari yang dilalui dengan iman yang tidak gah. Pastinya hari-hari tersebut dilalui itu tidak menyeronokkan. Langkah longlai, pasti ada sahaja kelukaan mahupun tangisan.

Memang diakui, graf iman manusia naik dan turun (hehe..soalan exam PIM3104) Graf iman yang naik senantiasa ialah iman nabi dan rasul  manakala iman para malaikat pula statik.

Bila direnung kembali, sangat indah hari-hari yang dapat dilalui dengan iman. Ketenangan dan senyuman itu pastinya terukir. 

Biarpun kesukaran melanda, dimarah tak tentu hala, namun dengan ketenangan tersebut, kita akan lebih positif dan kuat untuk menghadapinya. Ye. Menghadapi ujian kehidupan ini sebaiknya.. kerana Dia sebaik-baik pendamping dan pengatur hidup ini. Apatah lagi Dia yang memegang hati-hati orang di sekeliling kita. Terutamanya, bergelar guru pelatih pastinya menghadapi pelbagai kerenah manusia. Realitinya nanti di dunia kerjaya yang sebenar pasti lebih mencabar daripada apa yang dihadapi sekarang ini.

Namun, andainya hari tersebut kita tidak melakukan perkara yang biasanya kita lakukan, pastinya jiwa rasa asing. Fikiran jadi gundah, segala perkara jadi tak kena. Apa yang ditutur pun ada salahnya. Itu semua sebenarnya berpunca dari hati yang tidak tenang. Kerana itu, segala pekerjaan menjadi tidak teratur.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka [Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu Hanya sebentar dan tidak kekal. janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat]. dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka Tidakkah kamu memahaminya? [QS 6 :32 ]

Melihat catitan itu, aku terfikir, bagaimana kita kelak?

Ini hanya amal ibadat yang tercatat. Itupun banyak rompongnya. Bagaimana dengan kejahatan dan keingkaran mahupun maksiat yang dilakukan. Malaikat tidak tidur mahupun alpa dalam mencatat amalan kita.

Andainya setiap nafas kita dikumpulkan ke dalam setiap kotak. Maka di hari perhitungan dibuka semua kotak nafas kita itu satu persatu. Kotak pertama kosong. Kotak kedua kosong. Kotak ketiga berisi percakapan yang sia-sia. Kotak keempat berisi fitnah, umpat dan caci maki. Maka manakah amal yang boleh kita banggakan di depan Allah swt?!
Akan tetapi lain hal jika kotak yang pertama berisi bacaan al-Quran. Kotak kedua hafazan kitab Allah dan hadith. Kotak ketiga syarahan menyedarkan manusia. Kotak keempat amal perjuangan Islam yang ikhlas. Kotak keempat pula berisi nafas keletihan berjuang di jalan Allah. Maka inilah yang boleh kita banggakan didepan Allah swt.
(ijazah vs risalah)

Refleksi iman setahun ini amat lah memberi kesan. Jatuh naiknya sangat terasa. Bila saatnya jatuh, usahlah terus mundur dan berundur tapi majulah melangkah meskipun payah. Kebiasaanya tautan ukhuwah membantu membangkitkan iman. Kerana itu sangat penting untuk kita bersahabat dengan sahabat yang soleh dan solehah. Semoga kita boleh mendapat tempias semangatnya dalam mengabdikan diri kepada Allah.

Kerana hakikatnya, tugasan dunia ini sering sahaja membunuh jiwa. Kesempitan nya kadang sangat melelahkan. Adakalanya terpaksa menghadapi saat genting dalam memilih. Dan saat itu, airmata sering kali gugur. Mahu diadukan belum pasti ada yang mengerti, maka tempat yang terbaiknya ialah mengadu dengan DIA.

Tahun depan, tahun yang sangat mencabar. Cuti ini pula, harus untuk melakukan pecutan semampunya. Harus bersedia menghadapi saat-saat genting, mungkin?

Jaga amal, jaga iman. insyaAllah aku yakin Dia akan senantiasa bersamaku. Dia akan membantuku. Kuatkan semangat! Aum!

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.[QS 13:28]
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. [QS 2 : 152]
Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),[ QS 13: 22 ]



Husniyahbazlaa

Motivasi keimanan

3muharam1433

Read more...

TELL ME WHAT DID I DO TODAY


In da name of Allah.

Alhamdulillah..Alhamdulillah mata masih dapat menatap alam yang penuh tanda kebesaran Allah. Telinga masih lagi mampu panggilan Illahi 5 kali sehari. lidah masih lagi boleh melafaz ayat-ayat Al-Quran yang ditinggalkan sebagai surat cinta petunjuk dan pengubat hati sepanjang zaman. Tangan masih lagi merasa hembusan angin menandakan wujud lagi jasad di bumi..Allahuakbar. terlalu banyak nikmat Mu.. sudah cukupkah hamdalah yang ku ucapkan? Sungguh..tak ternilai nikmatmu..

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang. [QS 16:18]


Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the suny
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al Fatihah?
Did I take time to thank you for all I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me what did I do today?
I have whispered to you as I made ru’ku
Subhana rabey’yal adheem
But was my faith bright or grey?
Oh Allah, tell me what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me what did I do today?
Sami allah hu liman hamida
Rabbana lakal hamd
Sami allah hu liman hamida
Rabbana lakal hamd
Lailahaillah… Lailahaillah
Tough I’ve bowed to you
With my face in the dust
Subhana rabb’yal a’la
Did I turn to you and did I obey!
Oh Allah,
Tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering day,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah….
[what did I do today??]


Salam maal hijrah 1433 H.
Kata orang tutup buku lama..buka buku baru? Tapi tak semudah itu.. kerana aku mengira apakah aku layak lagi bergelar hamba? Terusan melakukan dosa. Allah! Malunya aku...
Apa yang pasti..berazamlah. berjihadlah. Berhijrahlah.. sayonara jahilyyah! Harus lebih peka dalam pembentukan individu muslim. Lebih garang dalam membentuk identiti tarbiyah.

.......Ya allah, apa yang kami kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang engkau tegah, kami tidak bertaubat daripadanya dan engkau tidak meredhoinya, dan engkau tidak melupainya, dan engkau tidak memarahi kami sedangkan engkau berkuasa menyeksa akan kami dan engkau memerintahkan kami untuk bertaubat setelah kami melakukan maksiat terhadapmu, makan kami mohon keampunan daripadamu..maka ampunilah akan kami.....[petikan doa akhir tahun]

Sungguh, malu.. betapa baiknya Allah! Subhanallah!
Alhamdulillah..aku bersyukur.
1433 hijrah. Masih dapat dirasai.
Semoga tahun baru.. azam baru.. semangat baru. Semoga tabah menjalani kehidupan dunia kerana yang tabah itu bisa merungkai hikmah setiap kejadian. Semoga terus kuat dan semakin gencar di jalan D[and] T.
Selagi nyawa dikandung badan pastinya ada lagi urusan yang belum di settelkan...

Husniyahbazlaa
tellmewhatdidIdotoday
1muharam1433

Read more...

teruskan melangkah

>> Saturday, November 12, 2011



Samada sukar,
Samada senang
Samada indah
Mahupun berselimut kesulitan dan kesukaran,
Kita perlu teruskan dakwah ini.
Aku tahu adikku
Engkau tak mampu melihat cahaya di hadapan
Terkadang dikau buntu apa yang terbaik boleh dilakukan
Mahupun langkah terbaik untuk dijejaki
Ataupun cara kerja paling benar dalam mencapai tujuan.
Akhirnya dikau terus keliru tidak memahami
Melihat angka-angka rijal yang makin susut
Mahupun lari kebelakang.
Dan dikau terus bertanyakan dirimu:
‘apa yang sudah berlaku ini?’
Sementelahan dirimu
Disalut,dibelit, ribuan masalah dan ujian.
Lantas dikau buntu.
Apa boleh kau buat sekarang?
-Study pun ‘horror’
-Tarbiyah diri entah ke mana
-Dah tahu banyakkkkkkkkkkkkkk perkara
-Buku nota dan bertukarrrr dan bertukar warna
Tapi dirimu masih lagi meraba-raba dalam kegelapan.
Dan kesannya
Pada adik-adik binaanmu..
Dan seterusnya kau terus tertekan
Kerana ketidak mampuanmu berbuat SEMUA perkara,
Dengan sebaiknya
‘ Aku bukan hebat sangaat weyyhhhhh!’
Dan kau terus berteleku beristighfar
Menangisi kelemahanmu dan ketidak mampuan dirimu.
Maka apa jalan keluar dari semua ini?
Tiada lain,
Melainkan untuk terusssssssssssssskan melangkah di jalan dakwah ini.
Teruskan sahaja bertahan
Terus menerus.
Kerana inilah formula duat terdahulu dan sekarang.
Walaupun diri diuji
Walau keluarga dibawa lari
Mahupun anak binaan tak menjadi
Mahupun tarbiyah diri tidak rapi.
Tapi mereka tetap dan terus menerus dalam dakwah ini.
Beramal, menyampaikan risalah ini.
Berkat sabar dan sangka baik mereka pada Allah,
Itulah yang menguatkan hati dan perasaan mereka.
Dan dari situlah mereka berjaya.
Aku yakin adikku,
Dirimu akan begitu juga,
Sayang fillah,
Akakmu,
AisyahZ
Leeds

dengan izin Allah, semoga aku tidak lelah dengan mehnah. semoga ujian ini bisa membuat diri semakin kuat. semoga ujian ini tidak menyebabkan aku jatuh dan akhirnya gugur. Allah, bila kau menguji aku yakin ada yang Kau ingin tunjukkan padaku. 

syukran ukhti atas nasihat ini.


husniyahbazlaa
airmata tiada henti
dalam mencari kekuatan

Read more...

usah memandang remeh dengan usrah

>> Thursday, November 10, 2011


satu saat, andai aku berniat untuk bermalasan dalam tarbiyah, ingatkan aku pada entry ini.




maaf

mungkin itu yang biasanya ditutur bila tidak dapat hadir ke usrah.

suka untuk diingatkan mohon lah ampun dariNya kerana hidayah yang diberikan itu milik Dia.tanpa sedar kita mensiakan nya. dan aku takkan sesekali membiarkan diri untuk terusan berkecil hati hanya kerana ketidak hadiran kamu kerana bukan aku pemilik Hidayah itu...tapi DIA. 


terngiang-ngiang lagi kata seorang akhwat sewaktu daurah : 
''jika kamu tidak mahu ke usrah itu kiranya seperti kamu menolak hidayah Allah itu sendiri sedang hidayah Allah itu mahalmau di beli dengan apa sih??''


tiada yang mampu untuk membeli hidayah Allah. sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya kerana hidayah itu milik Allah.

bila tidak hadir pelbagai alasan diberi. penat mendengar alasan kadangnya. kreatif pula alasan diberi. sedih bila mendengar. 

bila diadukan bersama akhwat, seringkali mendengar akhwat katakan ''kalau dah dia tanak, tinggalkan sahaja, fokuskan pada yang nak..kita cari yang betul-betul nak..'' 


mahu atau tidak? terpulanglah. tiada paksaan dalam tarbiyah kerana tiada paksaan dalam islam.

kerana akhirnya jika tidak jawapanmu, kamu yang rugi, kamu memerlukan islam, tapi islam itu tidak memerlukanmu. kamu perlukan Allah, tapi Allah itu tidak memerlukan kamu.

TAK REDI LAGI..

apalah sangat nak dikirakan waktu bersama 'kawan' itu kita korbankan hanya untuk bersama 'sahabat' dalam bulatan gembira ini. kamu sedar tidak bahawa kamu dipengaruhi oleh 'kawan' ?  bukankah sepatutnya kamu sebagai yang mempengaruhi 'kawan' itu tadi??


berkeluar-keluaran tanpa tujuan yang mendesak, alasan yang rasional sehingga mengorbankan waktu usrah. wajarkah? seperti itukah orang yang ditarbiyah? 


berenak-enakan dengan keempukan tilam dan selimut di atas katil untuk menghela kepenatan kerana lelah sehingga tidak hadir ke usrah. pernah terfikirkah pejuang islam kita di bumi palestin itu dapatkah melelapkan mata? paling dekat,pernahkah terfikir apakah murobbiyah kita sudah makan? sudah tidur? sudah berehat?


alasan seperti saya rasa tak kuat lagi..tak kuat nak berubah? 


sampai bila?


agak-agak kita akan kuat ke kalo kita main-main? kalau kita tak sungguh-sungguh?

dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (QS 29:69)


Allah membantu hamba yang bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepadaNya. nak seribu daya, tanak seribu cara. kan? tepuk diri tanya iman.


keinginan harus kuat kerana keinginan yang lemah takkan membuahkan hasil. maka, usah ragu-ragu untuk berubah. usah ragu-ragu untuk melangkah. usah ragu-ragu dengan janjiNya. yakin! bulatkan tekad. pasti boleh!


JIHAD KECIL


layakkah kita mengatakan "aku ingin memperjuangkan islam", "aku sayang islam" andai berjihad melawan nafsu dan jiwa remaja untuk datang ke usrah itu kita sukar untuk lakukan?


ukhti..sedarlah. kita punya matlamat!  bukan membuang masa sahaja bulatan gembira itu dibuat. bukan sekadar mahu mengeratkan ukhwah. bukan sekadar mahu menambah ilmu. tapi lebih dari itu. kefahaman tentang islam itu sendiri.


tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman Ad-Din kepada nya.

berjihad lah ukhti. andai melangkah sekelumit sahaja tidak mampu apa tah lagi untuk kita menyerahkan segala jiwa kita pada islam. didiklah hati. tundukkan nafsu dan jiwa remaja mu itu.



istiqamahlah. istiqamah dalam usrah. usrah membentuk peribadi muslim. mendidik jiwa. apalah kiranya kamu mengorbankan sejam dua hanya untuk bersama berkumpul mengingati Allah? merefresh iman? memuhasabah diri?  itu pun belum pasti sejam dua itu hati mu terarah penuh untuk mengingati Dia. berapa banyak masa yang kita ada. sejam dua je untuk seminggu. tak boleh kah didik diri untuk berkorban sebentar? 

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (apa yang telah Allah janjikan padanya) dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya) [QS 33: 23]

ada yang gugur akhirnya..


semoga yang gugur itu bukan kau. bukan aku. bukan kamu. bukan mereka. 


Semoga Allah sudi untuk terus memilih hati kita. sudi untuk memberikan hidayahNya kepada kita walaupun kita seringkali tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. semoga kita bukanlah orang yang ditapis dalam mendapat nikmat iman dan islam ini lantas gugur. 


pilihlah untuk jiwamu kerana keputusan itu di hatimu.  


selangkah melangkah, beribu langkah syaitan menghalang. siapa akan menang akhirnya?







husniyahbazlaa
exam in mood
future murobbi

Read more...

hati yang kering dibasahi

>> Friday, November 4, 2011

selawat dan salam buat Nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, ahli bait, para sahabat dan para pejuang islam yang sedang bertungkus lumus menegakkan islam di muka bumi ini.


alhamdulillah. kekeringan hati basah setelah mendapat perkongsian dari Ukht Yelly, sangat best walaupun beliau bertutur bahasa indonesia namun aku masih dapat memahaminya dengan baik.


'mahasiswa mempunyai kekuatan dalam mengubah negara'


katanya di indonesia, suara mahasiswa lantang. dakwah dalam kampus juga mantap sehingga mereka boleh katakan universiti ini telah mereka kuasai. subhanallah! hebatnya...


pembentukan peribadi muslim itu adalah langkahnya dalam membina biah islamiyah.


'tegakkan islam dalam diri kamu maka islam akan tertegak di sekelilingmu..'


menegakkan islam dalam diri itu satu cabaran. jika kita meremehkan islam untuk di install dalam diri, maka bagaimana untuk kita menegakkan islam di sekeliling??


bagi mereka yang mempunyai binaan, pastinya merasakan kesukaran membentuk peribadi muslim dalam diri mereka. jika membentuk segolongan kecil untuk memakai keperibadian muslim juga sukar apatah lagi untuk memahamkan seluruh masyarakat tentang islam.




BERMULA DENGAN DIRI


mahu atau tidak. suka atau tidak kita perlu untuk berubah. BERUBAH UNTUK MENGUBAH.


memang. diakui. bukan mudah tapi kita perlu lakukan sebaiknya. lakukan semampunya untuk islam itu sendiri.


wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung. -(QS 5 :35)


banyak wasilah yang ada di hadapan mata..usrah, jaulah, taalim, halaqah, daurah, riadah, mabit, mukhayam dan sebagainya ada di hadapan mata, cuma kita mahu memilih atau pun tidak..


apabila ada yang mengajak kita melakukan kebaikan..apabila ada yang mengajak kita menghadiri majlis ilmu..datang usrah.. kita sering sahaja mencipta alasan. 


''saya sibuk kak...''


''ada asgmen nak hantar esok ni..saya tak datang ye kak..''


''saya ada meeting malam ni kak..''


''saya pening kak malam ni..''


pelbagai alasan yang kita cipta. hakikatnya hati kita yang tidak mahu pergi. makanya, kita mencipta alasan. 


alasan itu kah yang akan kita beri pada Allah nanti? apabila kita mencipta alasan umpama nya kita mahu menolak hidayah yang Allah berikan.. sedangkan hidayah Allah itu sangat mahal. jika tidak, mengapa masih ramai yang tidak kenal islam.. kerana mereka tidak mendapat hidayah bukan?? atau hidayah sudah ada di hadapan mata tetapi mereka yang tidak mahu menggapainya. contoh yang dekat, lihatlah sekeliling kita..berapa ramai yang MAHU ikut usrah?


.......barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. baramgsiapa diberi petunjuk oleh Allah maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya....... -azzumar 36-37-


USRAH. nampak seperti biasa. perasaan bosan untuk hadir ke usrah, malas, malu nanti dikatakan alim, bimbang perlu meninggalkan perkara kesukaan dan pelbagai lagi.. usrah seperti tiada apa-apa. tiada erti. tiada maksud.. tapi sedarkah?? dengan usrah lah kita dapat membentuk peribadi seorang muslim. bukan sekadar peribadi muslim insyaAllah lebih dari itu.. walaupun ia tidak sepenuhnya dapat diperoleh dalam usrah namun usrah adalah antara wasilah utama yang perlu untuk kita dekati.


carilah jalan bukan alasan




IZZAH DENGAN ISLAM


tunjukkan keizzahanmu dengan islam. usah malu mengaku 'aku muslim...'


dipetik kisah sahabat nabi.


saidina umar dahulu selalu ke rumah Abu Lahab dan Abu Jahal. diketuknya pintu rumah mereka dan dikatakan...


'Aku sudah islam...'


balas Abu Lahab dan Abu Jahal..


'celaka! nak cerita itu je...??'


menarik bukan?




-credit to islamkan jiwaku-




islamkan dirimu.. islamkan jiwamu. 


impian ku...islam tertegak semula. semoga hati terus thabat. semoga dalam setiap ujian yang hadir aku tidak ditapis dan terus terpilih.. Amin~






-husniyah bazlaa-
aidiladha di rumah
rindu akhwat lagi...

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP