husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

ALAMAK! RESULT DAH KELUAR...

>> Wednesday, January 4, 2012




Fenomena pelajar Institut Pendidikan Guru yang sedang menerima keputusan peperiksaan.

Bermulalah telefon berdering, sahabat yang jarang disapa juga akan di sapa. Soalan yang mudah..

‘awak dapat berapa???’

Masing-masing sangat teruja ingin mengatahui keputusan sendiri dan tidak kurang ada yang menangkup muka dengan tangan sambil membukanya perlahan-lahan.

Apa pun keputusannya, tinggi mahupun rendah, maintain, menaik mahupun menurun, gagal mahupun lulus. Nombor tersebut benar-benar memberi impak kepada kita! Dan sungguh keputusan itu sudah tertulis di transkip unit peperiksaan yang akan diperoleh naik semester dan lebih best kerana is sudah termaktub dalam transkrip luh mahfuz.

Kepada yang menerima keputusan yang baik, pastinya mampu tersenyum puas. Di kelap kelipkan mata lagaknya seperti tidak percaya sehingga terlupa mengucap hamdalah! Anda sudah mensyukurinya? Jika belum moh le kita ucapkan “alhamdulillah, syukur!” Biarpun terlewat namun pastinya lebih baik daripada menjadi hamba yang tidak bersyukur. Jangan dilupai nikmat kejayaan itu ujian, maka berjaga-jaga dengan detak hati mu. Bimbang tergelincir dengan keria’kan

Kepada yang menerima keputusan yang kurang baik, tanpa disedari ada air yang mengalir di pipi. Menarik lengan baju, mahupun hujung selimut untuk mengesat  airmata itu. Senyuman terasa kelat untuk diukir. Usahlah begitu, peluang masih ada untuk membetulkan kesilapan, teruslah tersenyum dan ucapkanlah terima kasih penuh kesyukuran dengan keputusan itu. Mohon agar Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut. semoga dengan kesabaran kita itu Allah sudi memberi rahmatNya kelak.

Namun tahniah kepada yang kuat menghadapi kegagalan. Kegagalan mungkin satu perkara yang perit untuk ditelan, tapi percayalah..hidup kita perlu ada kegagalan agar kita belajar bersyukur untuk menerima kejayaan kelak. Segala keputusan yang diterima itu sudah tertulis di luh mahfuz. Ketetapan yang telah Allah tetapkan. Namun, kita boleh mengusahakan yang terbaik dan selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana perancangan Allah itu yang terbaik. Siapa kita untuk memperlekeh dan mempersoalkan sebuah takdir yang ditentukan Allah. Bukankah Allah berkata :

... Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. ... [QS 2 :255]

.... Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."[QS 2 ;30]



GAGAL KERANA DATANG USRAH


‘eh, dia budak usrah kan? Tulah, orang ajak study, dia pergi usrah la program la..’

Pernah dengar bait kata itu? Apa kata anda? Anda turut akan menyalahkan kehadiran anda ke usrah telah mengagalkan anda?

Namun, benarkah usrah itu yang menghalang anda untuk berjaya? Pada saya, sudah pasti ia bukan alasan. Kita sedia maklum dalam seminggu pastinya akan ada usrah. Bukankah sifat seorang muslim itu tersusun urusannya dan menjaga waktu? Jadi, kita sepatutnya mengatur waktu study kita lebih awal kerana kita tahu ada usrah kelak. Dan apa yang lebih pasti, kita sudah sedia maklum akan jadual peperiksaan kita.

Percayalah, kamu punya masa jika kamu membahagikannya dan menyusunnya dengan baik. Jika tidak, kamu boleh membuat percaturan dengan sahabat lain yang tidak ikut usrah, mereka sempat lagi makan bersama kawan-kawan sampai berejam-rejam lama bergosip sambil santai bersembang, mereka sempat lagi nak tengok video atau cerita korea atau tengok wayang, mereka sempat lagi bergayut berjam-jam, mereka sempat lagi tidur dengan enak, mereka sempat lagi bermain game, mereka sempat lagi mengupdate blog, mereka sempat lagi melayari internet. Anda tidak percaya? Anda perhatikan sendiri. Sungguh, usrah setakat sejam dua itu tidak akan memberi kesan seandainya anda mampu mengurus waktu sebaiknya.

Maka, tidak perlu timbul isu tak datang usrah kerana exam. Usrah bukan untuk dihadiri dan diadakan saat anda lapang, saat anda merasa sihat, saat anda merasa kebutuhan untuk mendapatkan pengisian ruhi. Bukan kerana itu anda perlukan usrah.

Tanya diri anda, mengapa anda datang usrah? Tepuk dada, tanya iman jangan tanya aiman sebab dia akan kata ‘aiman tak kisah’.


SAYA BERJAYA KERANA ITU USAHA SAYA


‘ rahsia kejayaan saya ialah study group dan buat latihan. Di sini, saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang banyak membantu saya dalam pelajaran. Tanpa mereka siapalah saya..’

Pernah dengar bait kata ni? Hehe, macam lagu pulak la main bait-bait. Kebiasaanya kita mendengar ucapan ni dalam tv apabila wartawan bertanya kepada calon UPSR/PMR/SPM/STPM setelah keputusan keluar.

Study group, buat latihan, baca soalan spot adalah salah satu usaha kita dalam mencapai kejayaan. Namun sebenarnya, adakah dengan usaha itu telah menjayakan kita?

Sekali lagi, saya mahu bertanya.. pernah anda dengar sahabat kita berjaya dengan cemerlang walaupun dia malas study, sahabat kita berjaya dengan cemerlang walaupun sekadar membaca spot? Pernah? Saya pernah!

Sebenarnya, usaha tak menatijahkan keputusan tapi rahmat Allah lah yang menentukan.

Ramai daripada kita membaca buku bagai nak rak, dari kulit ke kulit namun akhirnya blank. Tak ingat. Tak paham pun soalan tu tanya apa. Walaupun dah usaha, kun fayakun Allah itu jelas hebat dan nyata.

Jadi, bersyukurlah.. dengan rahmat Allah itu kita berjaya dengan jayanya dalam peperiksaan. Dan dengan rahmat Allah juga lah kita diuji dengan kegagalan. Bukankah manusia itu masuk ke syurga dengan rahmat Allah..Usaha kita melakukan amal itu sekadar menunjukkan kesungguhan kita dalam mencari rahmat Allah.


ILMU ITU ALAT, ISLAM ITU MATLAMAT


Adik yang comel               : akak, macam mana nak maintain pointer? Saya tak tau mana silapnya.

Akak yang ayu                   : maintain pointer? (gelak kecil) pada akak, kita tak boleh pun nak maintain pointer. Allah yang tentukan semua tu. Nak tau mana silapnya? Hanya awak je yang tau mana silapnya. Time exam kita akan tau part mana yang kita tak paham, part tu la yang awak kena betulkan dan fahamkan semula. Kita study bukan untuk exam dik, kte study sebab nak faham. Nak guna ilmu tu, nak aplikasi.

Adik yang comel               : saya faham tu kak. Study bukan untuk exam tapi untuk difahami. Macam mana ye kak kita nak set mind kita? Ramai yang berjaya tu diaorang kata sebab study spot. Memang banyak pun spot kuar. Alhamdulillah setakat ni saya dapat stdy full tapi saya tak tau nak kata apa.. memang lah spot membantu tapi kadang-kadang saya tak tau kemampuan diri. Macam mana ye kak? Akak cerahkan lagi pemahaman saya boleh?

Akak yang ayu                   : dengar ye, bagi akak dalam math, bakal cikgu math n seorang muslim..satu hari nanti sume anak murid akan bersoal jawab dengan kita. Waktu tu, kita akan guna kefahaman kita, bukan soalan spot yang ditanya tapi ditanya on the spot. So, set mind study untuk melambangkan peribadi muslim. Allah nak kita jadi orang yang berilmu. Ini lambangkan islam. Sebab tu kita kena kembalikan maruah umat islam yang senang-senang ditindas  kafir kerana kita lemah. Kita tak dapat kuasai ilmu dengan sebaik-baiknya dan buat kerja sekadar buat. Sedangkan mereka terus berusaha meneraju dunia. Jadi, kita kena buat yang terbaik dalam setiap pekerjaan kita. Study spot memang membantu sebab soalan2 tu act cover satu subjek. Cuma tak dapat  memahami hujung pangkalnya secara detail. Bila soalan pusing sikit, dah pening, tak tau nak  jawab. So, apa-apa pun betulkan niat. Adik perlu betul-betul faham apa yang dipelajari. Tambah-tambah lagi subjek agama kerana syaitan akan cuba pesongkan kefahaman kita tentang islam. Sebab tu sampai ada yang menjual agama untuk kepentingan diri.

Adik yang comel               : syukran akak. Saya faham dah. Saya kena fahami ilmu bukan kerana saya nak jadi seorang guru tapi seorang murobbi. Bukan faham sekadar dengan akal tapi dengan hati. Saya tak nak jadi fitnah kepada islam. insyaAllah kak. Semoga dengan kefahaman yang jelas ni kita lebih faham kenapa kita belajar kan kak.


*Ilmu, kita perlu kuasai tak kira apa bidang pun. Bila kita kuasai ilmu, kita akan sukar ditindas. Aiwah, ikhwah dan akhwat kuasai bidang anda sebaiknya!


*ilmu itu alat, islam itu matlamat. Daie, usah jadi fitnah dalam study. Dakwah is number one but study is not number two.


Buat pelajar IPG yang menerima result yang baik, tahniah saya ucapkan. Buat yang kurang bernasib baik, takziah saya ucapkan. Semoga dalam apa sekalipun keadaan, kita tetap bersyukur. Allah sayang hambaNya dengan pelbagai cara. Mungkin kita akan lebih bahagia bila kita gagal kerana kejayaan yang tetangguh. Selamat menempuh ujian nikmat mahupun musibah.


Buat pelajar universiti, ikhwah/akhwat yang kebanyakkannya sudah menghampiri detik-detik peperiksaan, semoga berjaya dengan jayanya. J




husniyahbazlaa

2 safar 1433

berdebar-hitungan-allah-itu-dahsyat

Read more...

JALAN INI


suatu masa,
mata ini menangis tanpa henti,
bila ditanya, aku mendiam diri,
bukan tak mahu berkongsi,
tapi mereka tidak fahami
malah yang memahami boleh dibilang dengan jari.

itu hakikat yang harus dilalui,
aku memilih untuk berada di jalan ini,
yang hanya mereka di dalamnya bisa merasai.

ada kalanya mereka bertanya,
mengapa bersusah diri?
senyuman yang mampu ku beri,
ingin sahaja ku khabarkan betapa indahnya di jalan ini.

Tidak rugi rasanya aku meningalkan kebiasaan,
Biarpun merasakan kebiasaan itu punya kelazatan,
Kelazatan yang dikaburi syaitan,
Namun ia kebiasaan yang memudaratkan,
Yang bisa menghala aku menuju kemurkaan Tuhan.

Walaupun aku merasai keperitan,
Aku yakin janji Tuhan,
Aku mengadu merayu kekuatan,
Dalam tangisan dan doa penuh penghayatan.

Jika dulu, aku merasakan aku akan ditinggalkan,
Malah tidak, aku mendapat teman yang sebenar-benar teman.
Malah mereka teman yang tak pernah meninggalkan,
Janji tidak diabaikan,
Itu sudah cukup membahagiakan
Kerana itu syurga duniawi kami yang dalam perjuangan.

Mungkin aku sedih hilang teman kerana perjuangan,
Tapi lagi sedih andai hilang teman seperjuangan.

Dan dalam perjuangan,
Tipulah andai tiada ujian,
Ujian hati mahupun perasaan,
Ujian ukhuwah dan teman,
Ujian pada thiqah dan kefahaman..
Segala macam ujian yang menuntut pengorbanan.

Ada yang mengatakan
Akhwat itu kental tidak berperasaan,
Tapi mereka lupakah fitrah insan,
Mereka tetap punya perasaan.
Mereka mengumpul kekuatan dalaman,
Agar tidak tergoda pada pujukan rayu yang mengfuturkan.

Kasih sayangnya disalur dalam perjuangan dan teman seperjuangan,
Biarpun mereka baru bertemu dalam sebuah bulatan,
Terasa kehangatan sebuah ikatan,
Di situ mereka memetrai sebuah perjanjian,
Ingin bersama sepanjang perjuangan.

Bila mula menyayangi,
Hati punya ikatan yang tidak bisa diungkapi,
Punya rasa rindu yang meninggi,
Rasa tenggelam dengan nikmat ukhuwah itu sendiri.
Tapi,
Kami melupai,
Ujian datang untuk menguji,
Siapakah di antara kita yang benar-benar ikhlas kan diri..
Ujian ukhuwah datang menerjahi..

Dan saat itu, kami diuji pada kefahaman yang ditanami,
Apa sebab kita berada di jalan ini,
Bila tidak bersama teman sehati sejiwa enggan pergi,
Bila terasa susah memilih untuk mendiam diri,
Bila terasa tak sesuai terus undur diri,
Apa kita melupai..
Tiada yang mudah di jalan ini,
tiada yang selesa di jalan ini,
apa kita mengingkari,
janji yang tertulis dalam kitab suci?
Sampai bila mahu menyenangkan diri?
Inikan jalan yang berduri..

Ukhti..
Sabarlah menjalani,
Tabahlah meredahi,
Kuatkan hati untuk melalui jalan ini.
Segalanya perlu kesabaran yang tinggi,
Kemantapan dan keyakinan pada yang di imani.

Yakinlah! Allah akan senantiasa menemani.



Husniyahbazlaa

27 muharram1433

Supirdakwah-to-be

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP