husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

coretan

>> Sunday, February 26, 2012

in da name of Allah.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dapat jugak mencoret kat sini. sangat lama rasanya tak update blog. hati sangat menginginkan. idea rasa mencurah-curah tapi kekangan waktu dan tenaga membuat aku lebih memlilih untuk menyimpan segala rasa di folder draft itu. adakalanya ia sekadar draft di dalam otak. 

tetiba teringat pesan kak *n supaya mencoretkan sesuatu tentang tarbiyah. diari tarbiyah.

teringat juga pesan ukht *A agar mencari saksi dengan syahadah yang diimani ini. sebagai contoh adalah melalui blog. pembaca-pembaca itu saksi bahawa kita ini bersyahadah. manakala dengan manfaat yang ada kita bisa mengutip saham-saham sorga.

makin lama dalam dunia dakwah dan tarbiyah pastinya ujian sangat kental. yelah.. ujian tu kan tapisan. beruntunglah andai kita dapat melepasinya dengan tabah dan sabar. tapi, andai kita tidak berjaya mengatasinya pastinya diri kita dihiasi futur dan lama-lama akan keluar dari jalan ini. sangat membimbangkan. apatah lagi hidayah Allah itu sangat mahal.

apa yang aku tau, jalan ini sangat menuntut pengorbanan. ye. pengorbanan. kalo benarlah anda mengaku anda cinta, pasti sanggup berkorban kan??

hati rasa sangat merindui family dirumah. apa khabar mereka? tak sama rasanya mendengar khabar dari telefon berbanding melihat mereka muka ke muka. tapi, apa kan daya.. ada yang lebih menuntut. siapa? pastilah UMAT!

kata mereka ' eh, ko tak reti-reti nak balik ke?'

'ek eleh..akak yang tanak balik kan?'

'ko ada pe ni? hujung minggu je lesap..'

aku bukan tak reti nak balik. bukan tak nak balik. bukan buat apa-apa yang x senonoh tapi perkhidmatan ku diperlukan. walaupun aku bukan orang yang hebat, tapi aku hanya mampu melakukan apa yang aku mampu, maka, aku lakukan! 

aku hanya tersentuh mendengar kisah seekor burung yang mengangkut air menggunakan paruhnya untuk memdam api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. sedangkan kita sedia maklum bahwa burung itu takkan berjaya pun membawa air itu apatah lagi untuk memadamkannya. tapi jawapan burung itu sangat mengusik jiwa..'sekurang-kurangnya bila Allah bertanya apa yang telah aku lakukan, aku ada jawapan...'

oh diri..sangat lemah. aku sangat malu dengan burung itu. maka, aku hingga hari ini terusan bermujahadah menangung rindu. insyaAllah. kuat2! cuti tak lama lagi dah.

apa yang pasti, aku sangat perasan. dunia tarbiyah ini telah membentuk perasan kasih kan family itu. perasan ingin menjadi anak solehah. perasaan ingin menggunkan waktu yang ada sebaiknya. perasaan untuk menunaikan hak-hak mereka. segalanya bermula dengan tarbiyah. kini, bila aku pulang pastinya aku menggunakan waktu bersama keluarga sebaiknya. semoga Allah tuntuni langkah hati ini. jauh dimata, dekat dihati, disebut dalam doa.

itu berkaiatan mujahadah hati, kini mujahadah fizikal.

aku tahu, ramai yang penat. banyak tanggungjawab. banyak kerja. sampai lemas rasanya. lemas dihimpit urusan duniawi.

kan?

ye. aku rasakan.

penat. sakit. tak cukup tido. berkejar-kejar. tak siap homwork. 

berat. berat rasa apa yang dipikul ini. 

kerana bila aku mengimani syahadah ini, aku tahu aku perlu buat/ Allah akan murka.

sudah pasti aku memilih buat, meskipun tak tahu cara. meskipun aku tak kuat mana. meskipun aku lemah tak berdaya. aku tak mahu jika ada yang menuntut haq syahadah dari aku sewaktu melangkah ke syurga kelak. tak mahu. takut.

duhai hati, duhai iman. bersabarlah. 

teladi sifat Rasulullah dalam berdakwah. teladani sifat Nuh menghadapi seruan Allah bertahun lamanya.

semoga futur tak menghiasi. aku yakin. bila kita buat apa yang Allah suruh, pastinya Allah akan membantu. aku yakin! 

kuat2! 




-hati gundah gulana-

husniyahbazlaa

1.45am

Read more...

temuikanlah sahabatmu

>> Tuesday, February 7, 2012

in da name of Allah.


asifah jiddan. lama sudah tidak mencoret sesuatu di sini. alasan kesibukan yang diberi mungkin sahaja tidak releven. namun hakikatnya, sibuk itulah tetap menjadi alasan.


insyaAllah semoga kali ini, ana bisa meng'share' sesuatu untuk peringatan diri terutamanya dan insyaAllah buat sahabat-sahabat lain juga. 


andai dulu sebelum masuk ke dunia dakwah dan tarbiyah ini, rasa nya sangat takut kehilangan insan bernama 'kawan' kerena perubahan kita. hanya mereka yang benar-benar tekad sahaja yang akan mampu untuk melangkah dalam tarbiyah dan seterusnya melakukan perubahan.


sangkaan itu semestinya benar-benar meleset. tahu mengapa? dalam dunia tarbiyah dan dakwah ini lah kita bukan sekadar mempunyai kawan tetapi teman dan sahabat. kool je kan? so bagi sesiapa yang sangat takut nak join usrah atau bulatan gembira kerana akan dikatakan 'alim' dan tidak mempunyai teman maka kool sahaja. kerana sahabat dalam dunia tarbiyah itu lagi ramai dan best-best belaka. 


tahu kenapa mereka best?


sebab mereka sudah sedia maklum akan hak kepada saudara seislamnya. dia takkan meninggalkan kita meskipun kita dalam kesusahan , kesakitan , keperluan dan sebagainya. malah kita akan merasa terharu melihat pengorbanannya. ada lagi rupanya orang sebaik ini? namun, itulah koolnya tarbiyah. hasilan bulatan gembira yang sumpah osem tu la..


usahlah anda malu andai mahu berubah. mahu menjadi baik. mahu sangat menyertai bulatan gembira namun malu. buang jauh-jauh rasa tu. meh-meh kita sama-sama mengislahkan diri. di sana akan kau temui sahabat yang akan membantu dan menasihati mu ke arah jalan yang kamu cari selama ini. di sana akan kamu temui erti kata sahabat sejati. di sana akan kamu temui nikmatnya syurga dunia buat kita yang berada di arena dakwah dan tarbiyah ini. 


apa yang lagi best adalah kita saling mengingatkan antara satu sama lain. saling membantu membangkitkan iman. slaing sibuk memikirkan masalah umat. saling membantu memberi ruangan penyelesaian masalah. sangat seronok sebab mereka membawa kita dekat kepada Allah. dan insyaAllah bisa bersama berpimpinan tangan ke syurga.


yuk-yuk kita mencari sahabat iman itu. anda ragukan apa yang di share ini?


carilah bulatan gembira anda. temuinya di sana... :) di mana mahu mendapatkan bulatan gembira? jawapannya di hati anda..


oh..cop! kenapa bulatan gembira? kerana kami bersetuju ianya bermula dengan bulatan gembira... :)


'' Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak ( Allah ) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)'' [QS 19 :96]

dan Allah yang menyatu padukan di antara hati mereka yang beriman itu. walaupun engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi. nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka. akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka. sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [QS 8 :63]

YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini,Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,Akan jalan-Nya yang sebenar,Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,Yang tidak kunjung malap,Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,Jika Engkau mentakdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini."




husniyahbazlaa

fatehkubro saksi perkenalan supersweet

rindu ghurabaa' camp

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP