husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

NUQABA' : mampukah aku??

>> Saturday, March 3, 2012

in da name of Allah.


membuak rasa nak share samting kat sini. maaf kerana menzalimi diri sendiri. diri sahabat dan pembaca blog ini. maaf kerana terusan beralasan untuk tidak menulis. oh..apakah? kalo Allah tanya, takkan nak kata.. 'maaf Allah, aku sibuk!' huih. malu kot nak jawab macam tu. kalo tetiba kat dunia ni, kita doa, mintak mcam2 ngan Allah then Allah tak makbulkan doa kita sebab Allah kata Dia sibuk mengurus umat yang lain. hah..baru padan muka! tak ke melopong diri tu? 


baiklah. mari kita share samting. perkongsian dari diri yang masih bertatih dalam dunia tarbiyah dan dakwah ini.


**


khas perkongsian buat sahabat-sahabat yang diberi amanah oleh Majlis Tarbiyah Nuqaba' (MTEN) IPG Kampus Pendidikan Islam untuk memegang usrah dan anak usrah itu adalah ahli batch kita sendiri.


'salam.. umi..' uda mesej. dia kata dia tak kuat nak pegang usrah ahli satu batch.


begitu juga beberapa orang yang lain...


' Bazlaa, tengokkan S* ye..dia rasa down sebab kena pegang usrah ahli batch..'


' Uish..biar betol aku pegang usrah ahli batch???'


'apa??? weh? anak usrah aku.. f*** takkan aku jadi akak usrah dia? dia hebat kot..Astagfirullah!'


' bazlaa, cane ek? aku kena pegang budak batch la..'


hah..banyak. macam2 yang diluahkan. list name yang dikeluarkan memberi pelbagai reaksi kepada hampir 60 lebih naqibah di maktab tersebut. apatah lagi bagi mereka yang 1st time jadi naqibah dan memegang usrah yang ahlinya satu batch dengan mereka.


sahabat-sahabat, ana faham perasaaan antunna. antunna rasa berat kan? 


bukan satu kesilapan mahupun kesalahan pada apa yang dirasakan. kerana apa ye? ingat tak masa Rasulullah terima wahyu pertama, apa berlaku pada Rasulullah? Rasulullah pulang dengan keadaan yang menggigil ketakutan. kerana beratnya apa yang diterima itu. maka, itu perkara normal. normal kita merasa gerun dengan amanah ini.


sahabat, ingatlah yang memegang hati manusia itu Allah. walaupun hati itu ada dalam diri kita, tapi kita tak berkuasa sikit pun atas hati kita tu. sebab yang mengawal hati kita itu Allah. yang pegang hati anak-anak usrah kita pun Allah. jadi, mohonlah dalam tahajudmu agar Allah sudi mencampakkan kefahaman di dalam hati mereka. mempersatukan hati mereka. memberi mereka rasa seronok dan indahnya Islam ini..  doa seorang murobbi sangat bermakna untuk binaannya.


sahabat, tugas kita menyampaikan. anda kata anda tak tahu cara? cuba lah dengan apa cara sekalipun mengikut kemampuan anda. insyaAllah. kamu akan temukan jalannya. lain-lain anak usrah, lain sentuhannya. jangan pernah putus asa jika anda tidak menemukan jalannya. datanglah dengan pelbagai cara. banyakkan berkongsi dengan sahabat seperjuangan lain. bagaimana untuk melobi seseorang mad'u itu. 


ingat ye, tugas kita menyampaikan..bukan menghubungkan atau mencampak rasa 'itu'. jadi sampaikan lah sebaiknya. semampunya. mereka menolak atau menerima itu juga Allah yang tentukan. kerana dalam mengimani syahadah yang kita imani ini, hanya ada dua cabang perjalanan : SAMPAIKAN atau TINGGALKAN. tapi ingat,jika kita tinggalkan Allah akan murka. dan itu yang terjadi pada bangsa Yahudi sekarang. mereka dimurkai kerana menyorokkan syahadah mereka. Bani Israel sendiri sangat dilaknat sehinggakan tiada tanah pun untuk mereka dibumi ini. mereka dihina sehingga tade pun muka bumi sanggup terima mereka. iktiraf mereka. tanah mereka sekarang pun hasil rampasan dari palestin kan..


sahabat, biarpun kita tak tahu cara, hasilnya bagaimana..namun tunjukkanlah kesungguhan dalam menyampaikan.  Allah tak tengok hasil tapi tengok usaha kita. Rasulullah sendiri tidak sempat melihat kegemilangan Islam. jadi, alasan apakah kita nak beri?


sahabat, walaupun anak-anak usrah kita itu sebaya dengan kita dan mungkin lebih tua daripada kita, tetaplah layan mereka seperti adik-adik usrah kita. mereka juga mahu dimanjakan. mahu perhatian. mereka juga mahu merasakan kasih sayang seorang akak.mereka mahu berkongsi rasa.  jangan kerana mereka rakan sebatch kita, kita abaikan mereka. jika mereka mahu dimanjakan, manjakan. jika mahu kita berlembut, berlembutlah. berlakulah sewajarnya. 


sedikit perkongsian dari akak muharikah masa konferens riang hari tu, dalam melayani mad'u menanggalkan jahiliyah dan membawa kepada islam, jangan kita sama tenggelam dalam jahiliyah mereka. ada part, kita ikut dia..ada part kita kena buat dengan cara kita. contohnya dia suka melihat cerita korea..bukan tak boleh nak melayannya bersama hanya kerana nak menarik mereka ke dalam kehidupan islam yang sebenar.. namun, bimbang-bimbang hati kita ini pula bertambah titik hitam dengan perkara-perkara tersebut. silap cara, bukan kita tarik dia..tapi dia pula tarik kita.


usah rasa down kerana kita tak cukup ilmu. kita tak cukup baik. kerana daie itu juga manusia. manusia yang ada khilafnya. insyaAllah sahabat kita pun nampak perbezaan kita dalam tarbiyah ini. nampak perubahan kita bila disentuh tarbiyah. dan benda-benda seperti itulah antunna boleh share dengan binaan antunna. bahawa tarbiyah is magic. tarbiyah buat kita bertukar 380 darjah. tarbiyah buat kita mencintai dakwah ini yang dahulunya sangatlah ditakuti. kerana sekarang baru disedari bahawa dakwah itu ertinya mengajak kearah kebaikan. yang paling penting tarbiyah buat kita lebih kenal Allah dan sangat suka dengan addin yang kool ini.


antunna tak perlu terasa berat nak menganggap diri antunna seorang naqibah. sama-sama bersama untuk mengislahkan diri. 


cuma satu perkara yang sepatutnya antunna berbangga ialah dengan kefahaman islam yang ada dalam diri antunna. part tu lah yang antunna patut rasa bangga kerana antunna ada rasa itu dan sebarkanlah rasa yang osem itu kepada sahabat-sahabat di bawah binaan antunna. kerana apa? kerana bukan semua orang faham islam. mungkin dia tahu. ye... dia hebat ilmu agamanya...tapi apakah dia faham? apakah dia tahu bahawa islam itu perlu disebarkan. bahawa dia tak boleh nak baik sorang-sorang? 



nak bawa sedikit perkongsiaan dari ceritera akhwat dalam travelog DnT. akhwat ni kos sains, memang baru kenal tarbiyah. kenal Al-Quran pun baru jugak. masa dia bawak anak usrah tu, anak usrah dia kos agama. masa dia tadabur Al-Quran tu, anak usrah dia ajar dia tajwid dan betulkan kesilapan bacaannya. akhwat ini sangat excited. sebab dia tahu bukan sebab tu dia nak rasa down. kerana dia ada kefahaman islam. maka, itu yang perlu dia sampaikan. 



terimalah binaan antunna seadanya. dia nakal ke. dia pendiam ke. dia periang ke. dia pasif. dia aktif. dia hebat. dia alim. dia adalah dia. terimalah dia seadanya.


salam takziah kepada antunna yang secara tak langsung dipilih dalam memikul beban dakwah ini. insyaAllah yang memilih kita itu meskipun bermedium kan MTEN, tapi yang lebih memilih kita adalah Allah.


pesan ana, antunna perlu ada backup yang kuat untuk memikul beban dakwah ini. 
pertama, pergantungan antunna dengan ALLAH. bagaimana kita menjaga MUTABAAH AMAL kita.
kedua, antunna perlu mencari pengisian untuk mengisi iman kerana kita tak kan dapat memberi jika kita tak menerima. 


kerana kita penyambung rantai-rantai perjuangan islam, maka bertabahlah! tangan digenggam. takbir bergema. Allahuakbar!




-husniyahbazlaa-


**




***den sendiri terkesima dengan group usrah yang baru. sayang anak usrah yang lama much2. tacink sungguh bila mereka katakan.''kak jangan tinggakan kami..'' dengan muka yang sebak. aha! sebak.. mata ke atas tahan airmata 


**mungkin pihak MTEN perlu memberi persediaan kepada naqibah terutamanya yang baru. persediaan dari segi mental juga bagi pertukaran usrah (seperti saya yang agak terkejut) persediaan dari segi rohani juga kerana kami kena menyampaikan. kerana pada pendapat saya, kita bukan sekadar memberi mereka tanggungjawab dan biarkan mereka terkapai-kapai kan? satu cadangan melalui RPU itu, mungkin antum boleh lampirkan pengisian berbentuk pengisian sekali. bukan sekadar fakta semata. mungkin itu lagi mudah(bagi saya). sebab ilmu insyaAllah kita boleh cari kan tapi kefahaman islam itu sangat bernilai dan mahal kan? ataupun guna waktu ITC ke? maaf. pandangan sahaja. sambil tundukkan muka ke bawah.


*utk pengetahuan, MTEN menguruskan usrah wajib di dalam kampus.




-bersama menegakkan kalimah syahadah-






baitijannati

setiap kejadian ada hikmah



8.00pm

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP