husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

benarkah mereka tidak layak.....???

>> Monday, April 2, 2012

in da name of Allah.


fuh! siyes asemen menimbun. apakah? pengurusan waktu tak betulkah? mungkin2. tapi banyak sungguh tuntutan yang perlu dilunaskan. mahu tak mahu, jiwa perlu kental menghadapinya.


kerana apa?


kerana.. dalam hidup sebagai seorang pelajar, jangan terpedaya dengan tanggungjawab belajar, nak skor A. nak dapat 4 flat, nak dapat pelajar cemerlang terbilang.. tapi melupakan tanggungjawab kita yang utama. melupakan peranan kita yang utama. 


ada lagi ke yang lebih utama daripada belajar cik bazlaa??


pasti! tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM!


ye. MUSLIM. 


anda muslimkan? sudah tunaikan tanggungjawab sebagai muslim?? tepuk dada, tanya amal, soal iman.


okeh. nak share jugak benda ni walaupun terhimpit tersepit dengan asgmen. kerana rasa tak tenang bila tak share. ini bukanlah pengisian tarbiyah yang dapat sewaktu konferens riang mahupun bulatan gembira..tetapi tarbiyah direct dari Allah buat diri seorang yang bakal bergelar pendidik tetap. ops...murobbi itu lebih osem. nak jadi murobbi osem kena la sibuk membina peribadi yang osem kan?


baiklah. alkisah ini bermula pada tanggal 19 mac 2012, sewaktu menjalani program selama seminggu di sekolah berbentuk ala2 praktikum tapi lebih kepada pemerhatian.. nama program tu pun pengalaman berasaskan sekolah, ye kita ngutip pengalaman.. kan?


berniat mahu memilih sekolah bandar yang bukan calang-calang ibu negeri iaitu kuala lumpur kerana mahu pengalaman bersama budak-budak KL (kononnya) siyes mencabar iman. baca betul2..mencabar iman, bukan kreadibiliti ye..


cikgu ros : ''assalamualaikum, ustazah..ni ada cikgu tade. kamu ganti boleh?"
bazlaa : " insyaAllah boleh."


kertas relief diterima. tahun 4 BAKAWALI.


teringat perbicaraan semalam di dalam bilik guru.


bazlaa : cikgu, saya nak masuk kelas yang agak nakal murid-muridnya, kena buat pemerhatian.
cikgu : oh boleh2.. tu dengan cikgu syikin. dia ajar 4B 
cikgu syikin : oh..awak tak payah la masuk, pening kepala..


tersengih mendengar jawapan tersebut.


KP pend islam : relief kelas? 
bazlaa : a'ah. 4B.  
KP pend islam : kelas paling nakal. sume cikgu tanak relief kelas tu!


bazlaa termangu. ah, teruk sangat kah mereka ni sampai hampir semua guru tak sudi masuk ke kelas mereka.


waktu yang dinanti akhirnya tiba. penuh debaran kaki melangkah. dalam otak ligat berfikir games yang boleh dibuat. boleh untuk digunakan mengawal kelas. 


ketua : bangun semua.. Assalamualaikum ustazah... 
ustazah : waalaikumussalam. doa.


selesai membaca doa, mereka disuruh berdiri, meletakkan tangan atas meja.


Murid A :ustazah nak main, kamil say ye?? kami dah tau. semalam ustazah main kat 4A kan?


Allah..bebudak ni. pandai pulak menekanya. rasa tak syiok if saya menggunakan permainan yang sama. mesti mereka boleh dah meneka. saat itu alhamdulillah muncul idea permainan dr ustaz shahrolazmi. alhamdulillah. untuk sementara itu, kelas dapat dikawal. kawalan kelas bukan penting untuk mengawal mereka sahaja tapi lebih pentingnya agar kelas lain dapat menjalani p&p dengan baik


saya kemudian nya nak main drwa chain. biasanya pelajar yang lemah dalam belajar ni kemahiran mereka taraf umph!! dibahagikan mengikut kumpulan zikir. namun, tak seperti yang disangka. mereka bergaduh sesama mereka. hati kecil terus menjerit. GPK pula muncul. mau tak gelabah den, mau2 kena marah sebab tak reti kawal kelas.


arahan terus diberi. mau menjalankan games.. tiba-tiba,


murid A : ustazah, main la macam kelas 4A. 
murid B : ustazah nak main apa ni? kita g library la.. 
murid C : Ustazah kita main lain lah!.. 
murid D : ustazah, saya TAKNAK Main!!

fuh. 1st time masuk kelas relief, mereka taknak main!! tersenyap dihadapan kelas tersebut. 


last2, akibat tak mampu nak mengawal, mereka ku panggil. duduk di hadapan membuat halaqah. masyaAllah... sabar terus menemani.


saat itu, otak tak fikir lain. if di maktab, boleh buat usrah. kat sini pun boleh. mereka duduk dalam keadaan halaqah. duduk di atas lantai tersebut. ceritera2 tarbiyah menyelinap memenuhi ruang legar fikiranku. tak mampu dah nak kawal dengan teori2 pembelajaran. otak terusan ligat memilih tajuk yang sesuai dengan taraf mereka.


pembukaan ku buka dengan kisah palestin. kisah yang membuat mereka duduk temangu menanti kata-kata ku..mereka mula berfikir. keadaan jadi terkawal. tumpuan mereka membuatkan saya semakin bersemangat untuk bercerita. kisah penciptaan manusia, kisah nabi Adam menjadi pilihan.


motif waktu itu hanya untuk membuat mereka merasai hidup itu nikmat yang Allah bagi. manusia itu ciptaan yang terbaik.


masa akhirnya habis juga. ada hembusan kesyukuran di situ.. bersedia untuk melangkah keluar.


tiba-tiba, ustaz Muhammad muncul..


ustaz : eh, enti.. enti masuk lagi setengah jam ye. boleh la kenal-kenal dengan mereka. 
ana : eh, tape la ustaz. ustaz masuk je. budak2 ni mesti nak ustaz masuk. 
murid2 : tanak! nak ustazah masuk. ustazah masuk je lagi..


ustaz muhammad tersenyum dan berlalu pergi. Allah. lagi setengah jam. nak buat apa ni? lost idea. terpukul juga rasanya. 


akibat tiada idea, saya memilih melakukan energizer (tugasan Pengurusan Bilik Darjah). mereka leka. namun, ada yang gibap awal-awal lagi. alhamdulillah... mereka tetap mencuba mskipun mereka gibap pada saat2 awal lagi. satu perkara yang dpat saya aim ialah menaikkan semangat mereka untuk melakukan sesuatu yang nampak sukar namun sebenarnya mereka dapat melakukannya.


okeh. habis satu setengah jam pada hari tersebut bersama mereka, mereka yang digelar kelas bermasalah. mereka yang tidak sudi di relief oleh mana-mana guru. mereka yang memang mendapat label ''kelas pelajar nakal''.


to be continue.....






-husniyahbazlaa-
-GMJ.. Palestina kami datang!!!-
-2 April 2012, asgmen etnik da siap, asgmen arab dah 70%-



Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP