husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

kaish.. semoga kuat!

>> Friday, September 21, 2012


wahai ahli kaish sekalian, semoga semua terus tabah meredahi jalan dakwah  dan tarbiyah yang tidak leka dari tangisan dan pengorbanan. teruskan bekerja ya akhwatfillah! 

insyaAllah nanti kita rehat sama-sama kat sana ye ^_^


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

ingat lagu ni? siapa tahu ini menjadi lagu KITA. SEMOGA KUAT DAN TABAH.




----------------

husniyahbazlaa
menggamit memori
menghimpun rindu

Read more...

Bila kita rasa kita telah tidak mampu..

>> Thursday, September 20, 2012

in the name of Allah.



Sahabat dan tabiin mengajarkan kita:
Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerita, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (on the way to  Turkey  yg belum Islam time tu) berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata : ‘pakcik tak payah lah, pakcik dah tua. Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata : wahai anak, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat..!

Said bin Musayyab (Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesugguhnya kau ni sakit. Dia mnjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak juga pergi. At least jika akau tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera  (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.

Berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat!
Dan apa neraca infiru kita??!!

Tanya hati tanya iman, mahukah kita sambut setiap seruan Allah itu???!!
Sahabat-sahabat juga punya limit! Namun aku hairan dengan limit yang mereka beri pada diri mereka! Kerana seolah limit mereka bukanlah limit pada kita. Kerana apa ya mereka boleh begitu?

Kita masih belum push diri kita up to the limit. I’m stating here as a reminder for myself and the rest of you my ikwah wa akhawat, we force ourselves to stay wake up all nights just to finish the essays, coursework etc, tapi apabila kita diperlukan dakwah, simply we say ‘give me a break for a while’. (atau adakah kita belum memahami yg kita yg sangat-sangat butuhkan dakwah ini?)



* Allah mempertemukan entry ini disaat jiwa yang berusaha mendapatkan hamasah


-----------------

HusniyahBazlaa
IPIS
perjuangan belum selesai

Read more...

cemburu

in da name of Allah.

ingin ku khabarkan betapa cemburunya aku melihat akhwatfillah.

setiap hari statusnya membuat aku benar-benar rasa kecil. mereka sedang bertungkus lumus dalam dakwah.

dan mereka juga mendapat tarbiyah yang hebat!

sedang aku di sini. sangat-sangat disibukka oleh urusan duniawi.

jawatan. asigment. presentation. RPH. persatuan.

argggggghhhhhhhhhhhh!

yeah. aku hampir membenci semua itu.

sehingga di tahap ini pun aku perlu dan masih bermujahadah dalam tarbiyah.

tapi..

''dakwah ini bukan dibuat time lapang je. bukan dibuat time kita suka. bukan dibuat time kita tak penat.. tapi dakwah itu bila-bila masa saje..''


''dakwah itu perlu kita bawa ke mana sahaja.. bukan bila dalam dunia akhwat, kita dapaat tarbiyah dan buat dakwah. tapi dakwah itu ada dalam apa pun posisi. meskipun waktu itu anda sibuk dengan hal duniawi..''

yep. dakwah perlu dipikul ke mana sahaja dan apa pun posisi.

be strong wahai jiwa yang rindu.

satu saat nanti, anda tidak tahu ke manakah anda akan dicampakkan.

satu saat nanti, ini jugalah yang akan berlaku di sekolah kelak. 

maka, inilah tarbiyah. sebagai persediaan.

paut.erat.kukuh.hatimu.di.jalan,dakwah ini.


---------------------

husniyahbazlaa
i miss kaish
IPIS

Read more...

kesibukan mengalah kan PM!

>> Monday, September 17, 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. dapat juga mencoret sesuatu di sini. rasa rindu untuk berkongsi. saya sudah berusaha untuk menaip setiap coretan tarbiyah, tapi hasilnya tiada. sudah bertaip tapi separuh jalan dan tersimpan rapi dalam draft.  

entah mengapa, sukar benar untuk mencuri masa sekarang ni. 

sedangkan, dengan menulis inilah dapat saya mengutip sedikit saham sorga (jika ia bermanfaat) dan saham neraka (jika ia membawa kemurkaan dan kemaksiaatan).
oh. semoga hasil perkongsiaan memberiku sedikit saham-saham sorga.

itulah. kononnya sibuk mengalahkan PM. perasan sungguh.

tapi statement diatas bukan lah statement yang saya sendiri keluarkan, tetapi rakan sekeliling. mujur ibu dan ayah memahami ''kesibukan'' ku ini.


situasi 1 : ketika ahli kelas mahu set date untuk rehlah

muslimat 1 : ''nisa, 14-17 hb free tak? cepat tengok jadual. ko tu sibuk mengalahkan PM''
muslimat 2 : ''dia bukak dah diary dia...''


situasi 2 : ketika mahu set date untuk aktiviti persatuan

saya : ''eh, time tu akak tak free. akak ada program''
presiden : ''akak ni, sibuk je. mengelahkan PM betol lah..''

saya hanya mampu tersengih. kalau lah awak faham dik oi...


KESIBUKAN MENGALAHKAN PM

aha! betol ke asal sibuk itu PM?

betol lah kot kan. PM mestilah sibuk. sibuk dengan rakyatnya. JANJI kan harus DITEPATI! (peace)

kalo PM sibuk dengan rakyat, biarlah saya sibuk dengan umat.

kalo PM sibuk mencari usaha untuk melobi rakyat agar mereka terus menjadi pilihan, biarlah saya sibuk melobi umat agar islam terus menjadi pilihan.

kalo PM sibuk mengadakan himpunan besar, biarlah saya sibuk mengadakan himpunan-himpunan kecil. kecil itu lebih berkualiti, insyaAllah. 

saya mok jadi Pencetak Mujahid! PM jugak kan? senyum sampai ke telinga.

*mok : mau


teringat kata-kata seorang akhwat ni :

'' biarlah kita disibukkan dengan kerja kebaikan daripada disibukkan dengan hal kemaksiatan..''

betol jugak kan?

takut betul la. banyak masa. banyak lagho nya. banyak la dosanya. banyaklah ruginya.

tak takut ke?

sungguh! saya takut.

kadang-kadang kita tak perasan pun apa yang kita lakukan itu perkara lagho yang boleh membawa kepada kemaksiatan kepada jenayah (kesalahan : mencuri masa umat) kepada kemurkaan Allah.

jika anda setuju, sila tengok muka anda di cermin dan tanya pada diri... ada tak perkara lagho yang kita duk buat seharian?

hati-hati. itu jenayah.

di bawah akta kesalahan : mencuri waktu umat.

tahu kenapa? kerana.. anda itu kan abid dan khalifah.

haruslah waktu anda itu untuk umat. 
untuk sedarkan umaat bahawa Allah itu tuhan yang disembah dan tidak boleh disekutukan. 
untuk sedarkan mereka yang jaga dalam lena. 

ke anda buat-buat tak nampak umat sekarang tengah nazak? 

jika anda tak nampak, saya nasihatkan anda jumpa kakak naqibah anda atau kakak naqibah kawan anda atau mana-mana kakak naqibah agar mereka dapat ceritakan kenazakan umat hari ini.

buat tau! nanti anda di dakwa pula tak peduli ummah! 

dengan menjadi peduli dengan ummah inilah, anda tidak sempat nak berlagho.

dengan menjadi peduli dengan ummah inilah anda akan menjadi lebih sibuk dari PM. 
tak percaya? ce cube try test. 

dengan menjadi peduli dengan ummah inilah, anda akan menjadi rijal addin yang hebat.

yuk jadi PencetakMujahid yang peduli ummah.


------------------------
jagalah hati. jangan kau kotori. 
p/s : isbiriii ya ukhti dalam menanti saat suci itu :) pasti Allah imbal kesabaran kamu dengan setimpal. 


Husniyahbazlaa,
sementara masih bujang,
IPIS.


Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP