husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

kesibukan mengalah kan PM!

>> Monday, September 17, 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. dapat juga mencoret sesuatu di sini. rasa rindu untuk berkongsi. saya sudah berusaha untuk menaip setiap coretan tarbiyah, tapi hasilnya tiada. sudah bertaip tapi separuh jalan dan tersimpan rapi dalam draft.  

entah mengapa, sukar benar untuk mencuri masa sekarang ni. 

sedangkan, dengan menulis inilah dapat saya mengutip sedikit saham sorga (jika ia bermanfaat) dan saham neraka (jika ia membawa kemurkaan dan kemaksiaatan).
oh. semoga hasil perkongsiaan memberiku sedikit saham-saham sorga.

itulah. kononnya sibuk mengalahkan PM. perasan sungguh.

tapi statement diatas bukan lah statement yang saya sendiri keluarkan, tetapi rakan sekeliling. mujur ibu dan ayah memahami ''kesibukan'' ku ini.


situasi 1 : ketika ahli kelas mahu set date untuk rehlah

muslimat 1 : ''nisa, 14-17 hb free tak? cepat tengok jadual. ko tu sibuk mengalahkan PM''
muslimat 2 : ''dia bukak dah diary dia...''


situasi 2 : ketika mahu set date untuk aktiviti persatuan

saya : ''eh, time tu akak tak free. akak ada program''
presiden : ''akak ni, sibuk je. mengelahkan PM betol lah..''

saya hanya mampu tersengih. kalau lah awak faham dik oi...


KESIBUKAN MENGALAHKAN PM

aha! betol ke asal sibuk itu PM?

betol lah kot kan. PM mestilah sibuk. sibuk dengan rakyatnya. JANJI kan harus DITEPATI! (peace)

kalo PM sibuk dengan rakyat, biarlah saya sibuk dengan umat.

kalo PM sibuk mencari usaha untuk melobi rakyat agar mereka terus menjadi pilihan, biarlah saya sibuk melobi umat agar islam terus menjadi pilihan.

kalo PM sibuk mengadakan himpunan besar, biarlah saya sibuk mengadakan himpunan-himpunan kecil. kecil itu lebih berkualiti, insyaAllah. 

saya mok jadi Pencetak Mujahid! PM jugak kan? senyum sampai ke telinga.

*mok : mau


teringat kata-kata seorang akhwat ni :

'' biarlah kita disibukkan dengan kerja kebaikan daripada disibukkan dengan hal kemaksiatan..''

betol jugak kan?

takut betul la. banyak masa. banyak lagho nya. banyak la dosanya. banyaklah ruginya.

tak takut ke?

sungguh! saya takut.

kadang-kadang kita tak perasan pun apa yang kita lakukan itu perkara lagho yang boleh membawa kepada kemaksiatan kepada jenayah (kesalahan : mencuri masa umat) kepada kemurkaan Allah.

jika anda setuju, sila tengok muka anda di cermin dan tanya pada diri... ada tak perkara lagho yang kita duk buat seharian?

hati-hati. itu jenayah.

di bawah akta kesalahan : mencuri waktu umat.

tahu kenapa? kerana.. anda itu kan abid dan khalifah.

haruslah waktu anda itu untuk umat. 
untuk sedarkan umaat bahawa Allah itu tuhan yang disembah dan tidak boleh disekutukan. 
untuk sedarkan mereka yang jaga dalam lena. 

ke anda buat-buat tak nampak umat sekarang tengah nazak? 

jika anda tak nampak, saya nasihatkan anda jumpa kakak naqibah anda atau kakak naqibah kawan anda atau mana-mana kakak naqibah agar mereka dapat ceritakan kenazakan umat hari ini.

buat tau! nanti anda di dakwa pula tak peduli ummah! 

dengan menjadi peduli dengan ummah inilah, anda tidak sempat nak berlagho.

dengan menjadi peduli dengan ummah inilah anda akan menjadi lebih sibuk dari PM. 
tak percaya? ce cube try test. 

dengan menjadi peduli dengan ummah inilah, anda akan menjadi rijal addin yang hebat.

yuk jadi PencetakMujahid yang peduli ummah.


------------------------
jagalah hati. jangan kau kotori. 
p/s : isbiriii ya ukhti dalam menanti saat suci itu :) pasti Allah imbal kesabaran kamu dengan setimpal. 


Husniyahbazlaa,
sementara masih bujang,
IPIS.


0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP