husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

coretan cinta

>> Saturday, October 13, 2012



i love you

because of Allah.


*along.angah.uda.alang.acik.ateh.anjang.ucu.anje*


kerana itu, saya cuba sehabis mungkin menyediakan tarbiyah terbaik buat anda-anda.

semoga anda-anda terus menjadi pilihan Allah untuk berada di jalan ini :)



Read more...

KUNTUM yang mengUNTUMkan UKhuwAH

>> Monday, October 8, 2012


PERSIS


Senyum mu menawan menawan

Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan ****** itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya


Aku yang patut, yang patut

Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)



[ Sumber ]



lagu yang dikemundangkan seketika ketika 'rewang' PERSIS@KUNTUM berjalan. mula-mula kena protes hebat oleh presiden dan naib presiden. tapi kuat betul penangan lagu tu. 

akhirnya, lagu ini juga yang diterima pakai..


Bilakah lagi kita semua satu hati

Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islamkan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad

Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut
Berjuang untuk Keamanan

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islamkan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Heh.lagu ni khas  dituju khas buat presiden dan naib presiden sebab suka bertikam lidah akibat berbeza pandangan.

dipendekkan cerita. penuh suka duka minggu itu berlangsung. apa yang saya rasa, mereka sangat bermujahadah untuk menjayakannya. apa yang saya tahu, bukan mudah sebenarnya mahu  meyakinkan mereka dengan jalan juang ini.

ramai yang tertanya-tanya, kenapa saya begitu bersungguh-sungguh dengan PERSIS ini. mungkin mereka kompius. entahlah. jawapan saya. tarbiyah itu mengajarkan ku. apa yang saya nampak. ini medan juang saya. ini alat saya untuk mencapai matlamat. apa yang saya nampak ini ruang saya nak menaikkan kesenian islam yang sudah pupus. apa yang saya nampak, islam itu akan gemilang dari pebagai aspek termasuk kesenian. saya nak pejuang kesenian ini ditarbiyah kerana punya la ramai yang pandai khat tapi..belum lagi menerima hidayah.

ustaz zawadi a.k.a sifu saya sekarang yang merupakan johan kebangsaan berturut-turut itu banyak membuka saya ruang mata hati saya bahawa ini adalah medan dakwah.

okeh.panjang sungguh intro. 

baiklah sepangjang minggu lepas.kami rewang tak ingat dunia. 

KHAMIS.
meting tergempaq di adakan oleh JPP untuk sayap-sayap JPP bagi proses perjalanan KUNTUM. oh, malam itu tarbiyah diuji. perlu memilih antara dua. namun ALLAH gerakkan hati saya untuk ke syuro memandangkan setiausaha saya seorang perempuan dan presiden saya pula ada hal lain.

malam itu kami buat meting tergempaq PERSIS sebab esoknya hingga ahad saya sudah ada program lain.  akhirnya kami meting mana yang ada disebabkan kesuntukan masa teramat dan keadaan yang mendesak.

ISNIN
meting besar-besaran. kami terbahagi kepada 2. jaga booth pameran PERSIS dan jaga booth permainan tradisional JPP. semakin kekurangan tenaga rasanya. mahu tak nya, dalam kepimpinan kami juga ada JPP.ada presiden skuad didik. ada penggerak batch. tapi Ahamdulillah. mereka sanggup beri komitmen dan dapat jugak beberapa orang AJK pelaksana tambahan untuk KUNTUM ini. syukran buat Normah, Kak Aini, Maryam dan Wan Hanif atas kesudian membantu kami. 
tapi ada berita tak bes, saya tak dapat join sebab ada amali fotografi. syuro memutuskan tempahan khat on the spot xde. sebab kurang tenaga pakar. yang ada hanya presiden sorang je.

SELASA
kami mula dah. presiden demam. anak buah pula ada yang ada kelas. maka tinggallah kami yang bermujahadah jiwa dan raga untuk memulakan perjuangan. hari itu cetakan tulisan hanya 2 sahaja yang berjaya di siapkan. kerepek berjaya dibungkus. keychain juga sudah di asah.

RABU
bermula mencetak atas arcylic board kerana cetakan tulisan sume da siap. ukiran bermula. bungkusan cenderahati untuk pengunjung booth pun da siap. hiasan keychain jugak. duit sumbangan pun da dapat.
fuh. malam yang hebat sebab sume orang cuba melapangkan masa untuk ini semua. tinggalkan kkp dan presentation bagai. mikro juak. hebat mereka yang berjuang itu

KHAMIS 
petang itu, kelas saya dalam kekalutan menyiapkan fail. tapi alhamdulillah mereka berlapang dada menerima warga PERSIS untuk bekerja di tempat yang sama. memang riuh rendah. saya sendiri cepat2 menyiapkan tugasan. fuh. tak terkata hati ini berbelah bahagi. 
malam itu, kami teruskan proses tekap menekap. walaupun banyak kaki tangan, namun ia tetap mencabar kerana ketelitian yang tinggi diperlukan. dahsyat semua ahli PERSIS.

si A: sape nak kena hantar asgmen esok?
si b , c dan d mengaku. ada yang nak kena hantar 2. 
bila dah tanya siap ke belum, mereka kata belum. subhanallah.
hebat!

saya sendiri berjaga hingga jam 4 untuk siapkan folio kerja itu. berteman kan mereka yang tak tido buat asgmen juga.

JUMAAT
pengecualian kuliah. hari yang cukup tacink. mau taknnya.. esok saya tade.
seusai membantu JPP, kami jadikan bilik JPP port untuk meneruskan kerja kami.
dahsyat. tu je mampu nak kata.

dr pagi hingga ke maghrib.pelbagai perkara yang berlaku. pelbagai idea juga datang. jika nak diikutkan badan sangat memerlukan haq nya. saya sendiri sengaja menafikannya. alhamdulillah saat itu saya mampu bertahan.
hingga ke petang presiden tak muncul. duduk di bilik katanya kepada SU. 

'kak, gaduh ke?'
'tak lah..'

saya terdiam. rasanya tidak ada buat salah. tiada perselisihan faham. tapi ketiadaan beliau agak membuat hati kecil seidikit terusik, 'aku sudah mengecilkan hatinya?' 

petang itu, hampir sejam aku mengambil masa untuk menenangkan hati. resah sedikit kerana persediaan jualan tak siap lagi. ada panggilan D pula. tambahan pula dengan ketiadaan presiden. namun, saya bulatkan tekad dan pergi menyahut panggilan D. 

akhirnya, saya biarkan sahaja apa yang berlaku dengan yakin bahawa Allah akan mudahkan. mereka tidak putus memberi kata semangat dan memahami kondisi ku.

dan saat itu, saya faham apa yang presiden rasa kan. saya hanya mampu berdoa

preparation malam itu lama hingga hampir jam 12. menanti board kalimah tauhid dengan background palestin. fuh! tapi tak siap jugak malam tu dan kami redha dan pulang.

sampai sahaja di bilik, saya terus menyambung tugasan untuk menulis di dalam 2 frame. saya memilih surah alfatihah dengan gaya khat farsi dan 'dakwah' dalam gaya thuluth. jam menunjukkan hampir jam 3 bila semua tulisan dan games untuk pameran siap.


hasilnya :)


bergegas saya bersiap mahu menuju ke cameron untuk amali fotografi. biarpun saya rasa berat nak tinggalkan mereka. saya ikutkan sahaja flow. tanpa hati. andai la boleh saya tidak pergi dan bersama dengan warga PERSIS berjuang. saat itu saya pasti ramai yang tidak dapat memahami. saat itu saya malas mahu berfikir dan saya melayan haq badan yang diperlukan. tangan mula merasa sakit. badan juga. sementara tunggu bas yang lewat sejam itu, saya tidur di garaj bas itu.

dan apa yang saya tahu. sewaktu membaca doa naik kenderaan dan pasang niat. airmata terus jatuh bak hujan sambil terus mendoakan mereka agar kuat menempuh hari esok!

SABTU@KUNTUM@CAMERON

'ki, aku dah sampai..'

"okeh.. jalan baik2."

'weh, sian presiden wat khat sorang-sorang'
siyes, mood terusik dengan ayat ini. sebab saya tahu ia memenatkan.

'tak bes la ko tade..' 

'board palestin da siap ni..'
mms pun tiba. menitik airmata. mereka tak jual. mereka kata tunggu kak nisa. yuhuu. sebak! 

msej itu saya terima dengan hati yang berusaha keras mengukir senyuman. ketahauilah, hatiku bersama kalian!

baju pun PERSIS. nak jugak! walaupun terpisah dek jarak..

'kak, jualan keychain laku. arcylic board dgn frame je tak. tapi ada orang beli.. abg zaki beli lailahaillah yang wana palestin tu. puan hanum beli frame bulat. pakcik sempat makan je kak. kesian dia penat..''
report jelas lagi nyata. 

saya paham dan penah rasa kepenatan itu. tapi waktu itu saya berdua. keseorang itu lebih memenatkan

apa yang saya rasa.walaupun berjauhan. saya tetap rasa dekat dengan mereka. mereka memang bes. puas mereka memujuk ku untuk meneruskan amali dengan bahagia. tapi, hati tetap bersama mereka.

dan apa yang pasti, saat ini  saya sangat bergantung harap pada Allah agar permudahkan urusan mereka. 

'ni sume hasil kerja family persis.. 
sweet gitu..'

huhu. dasyat. mereka dah mula memberi komitmen yang baik. saya nampak itu. 
mereka memang dahsyat. mereka tak pernah membuat saya sedih. mereka memang terbaik.

Allah, kuatkan rabitah hati kami. berilah kami kelapangan dada untuk bersabar dengan sikap masing-masing. 

saya bersyukur dengan anugerah ini ya Allah. berkatilah perjuangan kami dan jadikan kami pejuang yang menjaga hak2 agama Mu dengan keterbatasan tembok antara kami

syukran lakum~

akmaluddin yang kuat cover.saiful yang tenang.raihan yang kaki protes.zulfakar yang zuhud.wan hanif yang kuat menyakat.zaki tak cukup matang.shafie cikit punya zuhud.jamri yang busy.mizan yang hebat.mina yang tabah.kak mun yang gelabah(hehe). piqa yang serba salah (aha).salina yang disalahkan (point tganu).siddiq yang clumsy tp comei.maryam yang manja.normh yang tegas.kak aini yang hebat.kak ainul yang teliti.liyana yang chantek.
PISMP4.01
KK




-spesial starwberi buat mereka.

--------------------

husniyahbazlaa
jatuh chenta! 

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP