husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

catatan perjalanan

>> Friday, December 28, 2012


dengan Nama Allah.

PERSIS

alhamdulillah. dua tahun sudah aku berkhidmat sebagai naib pengerusi. naib presiden. penolong kepada sebuah kelab. kelab bukan calang-calang. kelab warisan. kelab seni khat a.k.a persatuan seni khat Islam (PERSIS)

Allahu Allah. begitu banyak tarbiyah. dari saat mendapat debuk taklifan sehingga saat ini, aku perlu meninggalkannya untuk sesuatu yang lebih bermanfaat pada umat insyaAllah.

awal di mulai dengan istikharah. moga akhirnya jua berjawapan istikharah. moga Allah redha.

projek warisan ini, Allah moga Kau redha.

sehabis baik aku telah mencuri waktu rehatku untuk itu dan adakalanya melapangkan waktu untuk itu juga. 

everything aku all out untuk DnT dan warisan islam ini. 

apa pun orang kata,

''hey, tak penat ke? hujung minggu je berprogram..'

aku abaikan sahaja. sungguh, aku rela disibukkan dengan hal-hal agama berbanding disibukkan dengan waktu lapang, mahupun kemaksiatan. takut!

dan kini, aku harus memilih. 

bukan mudah. kedua-duanya platform dakwah. cuma aku tahu antara dua ada yang lebih aula. bukan mudah, meninggalkan perkara yang seolah menjadi jiwa kita. apatah lagi dengan izin Allah, aku telah cuba menggunakan medium itu sebaiknya. tapi aku bukanlah sesiapa tanpa Dia.

mahu atau tidak, aku harus bijak memain peranan dalam projek besar ini. 

tapi, percaturan Allah pasti yang terbaik. aku redhakan Dia memilihnya untuk ku.

dan sekarang aku terus menanti dan menetapkan hati untuk itu. 

dan semoga segalanya berjalan dengan baik untuk tarbiyah dan dakwah ini.

yep.. untuk dakwah ini.

untuk addin ini.

lillah.

------------------

----

-----


-------


---------------------------------

aku tinggalkan mereka dengan jejak-jejak tarbiyah ini. semoga kepimpinan akan datang terus meniupkan tarbiyah dalam menyuburkan kembali sebuah kesenian islam yang terkubur.


sepetang itu.... semoga dapat menyentuh hati mereka dengan tarbiyah melalui kesenian ini.



alhamdulillah. berusaha juga untuk ini. makan dalam dulang. sunnah. mencari keberkatan. mencanai kasih sayang.

#model kebanyakkan nya adalah muslimin. kerana kami mengamalkan prinsip tapisan gambar#






alhamdulillah. berjaya juga menurunkan ilmu seni khat ini kepada mereka. semoga kelak mereka bisa menyambung warisan islam ini.

alhamdulillah, di usahakan setiap kali kelas khat 10 minit di pinjamkan untuk pentarbiyahan.



riadah dahulu. memenuhi salah satu muwasafot tarbiyah. qowiy jism.



slot tadabur Alam.. rajin-rajin tadabur quran. rajin-rajin tadabur alam 


kena kreatif. dalam dakwah juga.
ada matlamat. ada skill chantek, insyaAllah boleh.
 


alhamdulillah. tacink. qiam atas rumput. Allahu Allah.
back to basic.


insyaAllah sebaiknya telah ku berusaha sehabisnya canai mereka dengan sentuhan tarbiyah, 

Allah moga Kau redha dengan projek ini. 


-----------------------------------------------

husniyah bazlaa

entry ini sebagai catatan perjalanan daie yang dahulu sangat buntu bila diberi amanah. buntu untuk meniupkan dakwah dan tarbiyah di dalam pasukan ini. entry ini bukan dan bukan untuk membangga diri tapi sebagai catatan perjalanan dan semoga ia memberi manfaat.


syukran 2012, ahlan wasahlan 2013.

menanti jawapan dari Dia. iye atau idok warisan ini harus diteruskan.
kerana Dia mengatur yang terbaik untuk hambaNya.



daie berjiwa seni khat.
kluang, johor.


Read more...

syukur!

>> Saturday, December 15, 2012



oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). QS 2:152

dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras". QS 14:7 

Alhamdulillah.

result dah keluar. 

syukur. syukur. syukur.


dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. QS 16:18


semoga ini menjadikan mereka juga yakin untuk berada di jalan ini.

semoga ini juga terus menguatkan aku di jalan ini.

kecemerlangan ini bukan milik aku, Dia yang anugerahkan. 


(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.
dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
QS 8:9-10


sungguh, ini musibah dalam nikmat jika tak pandai nak handle. 

tengsomuch Allah!

no more excuse for Dakwah dan Tarbiyah!




-----------------------

Husniyah Bazlaa
Kluang @ Cuti sem yang berbaki

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP