husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

sesekali diuji

>> Tuesday, February 26, 2013


apa jua bala bencana singgah menerpa
menguji jauh mananya sabar kita
mungkin selama ini kita terlupa

kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
maka diberi sedikit ujian
menguji tahap keimanan di jiwa

bila kesusahan
terasa hidup terlalu payah
berbagai persoalan menerjah
baru minta petunjuk hidayah

usah berputus asa
kerana ada rahmat disebaliknya
yang tidak kita ketahui
dalam hidup ini
teruslah berdoa

pada Allah
Pengasih...Pemurah dan penyayang

kita terlalu leka dengan nikmat..kurniaanNya
maka diberi sedikit ujian
menguji tahap keimanan dijiwa


dituju khas buat khaulah tercinta! 

akhwatfillah, bersabarlah...
dalam perjuangan sememangnya ada ujian
dan ujian itu untuk menguji iman
apa benar kita ni benar-benar mengimani apa yang kita katakan..?
apa benar kita benar-benar telah mewaqafkan diri...?

Allah nak kita clearkan segalanya supaya dakwah kita tidak kelabu. kerana hitam tak boleh bercampur dengan putih apabila berjalan di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Allah nak kita betul-betul mengimani apa yang kita faham ini.

sabar lah akhwat
sabarlah!

meskipun sabar itu tidak semudah melafazkannya di bibir.
meskipun kita sebenarnya sering sahaja tewas dengan amarah.
dan kerana itulah kita kena terus belajar untuk bersabar dengan kesabaran yang pertama. 
kuatkan kesabaran!

Nanges.

dan bersyukurlah atas segala halangan ini. meskipun sedikit tapi boleh juga kita merasai sedikit keperitan Rasulullah dan para sahabat memperjuangkan Islam ini.
semoga halangan dakwah ini buat kita kuat dalam mencintai Rasulullah dan para sahabat.
buat kita kuat bergantung dengan Allah!
kuat rabitah hati kita.

tersenyumlah kerana ujian ini harus kita tempuhi dengan sabar, dengan ketenangan dan kebijakkan.

hey, kalau islam itu mudah diperjuangkan.. 
sudah lama islam itu naikkan? 
kalau islam itu adalah jalannya dibentangi karpet merah, 
sudah tentu islam ini diimani di seluruh dunia. kan?

jangan putus asa tapi TERUS ASA. 
untuk aku. kau. mereka. 
jangan putus asa.
kalau ada yang putus asa, maka tolong lah menaikkan dan meneruskan asa mereka.

semoga Allah berkati usaha kita.


-husniyahbazlaa
-IPIS @ tercucuk jarum 

Read more...

saff perjuangan

>> Sunday, February 17, 2013

dalam satu soff perjuangan. bukan sempurna yang dijanjikan tapi melengkapi satu sama lain.


Perjuangan ini dihiasi oleh susuk-susuk yang bersifat kekurangan. supaya ia saling melengkapkan

meski pun berat. meskipun lelah. meskipun sakit. 
semoga rasa itu tidak mati. tidak. jangan mati.

kerana dakwah itu cinta kita! 

cinta saya. saya cinta dakwah!

dakwah adalah cinta! 




''ukhti, dimana sahaja Allah letak kamu, dengan siapa kamu bekerja, percayalah Allah dah atur yang terbaik untuk kamu.. 
TERUSLAH BERLARI ''

jazakillahukhar akhwatfillah.

semalam yang bermakna! 

i miss sitting bercerita tentang kecintaan kita. tapi umat lebih memerlukan bukti pada kecintaan itu.

akhwat, pergilah..bertempiaran lah antunna di muka bumi ini. buatlah kerja. dakwahi lah ummat. tidak mengapa untuk kesusahan untuk bertemu. tak mengapa.

kita kumpul rindu banyak-banyak. kita kumpul saham sorga banyak-banyak.

nanti kita jumpa kat sorga ye! kita cerita puas-puas tentang kecintaan ini.


''teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa'' QS 43:67

semoga antunna terus qowiy.


''dan tetaplah memberi peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin'' QS 51: 55




Read more...

qowiy

>> Friday, February 8, 2013

qowiy


tak semudah yang disangka. 

tak seperti yang disangka,

hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa aku mencuba untuk menjadi qowiy demi janji pada agama yang telah dilafaz. yang setiap hari dilafaz dan diperbaharui.

Allah.

bukan niat mahu mengeluh. mencerita apatah lagi berbangga. 

cuma i need support system dari akhwatfillah. sangat2. 

dan jalan ini sentiasa mengajar dan memperbaharui kekuatan pergantungan pada Allah.





Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP