husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

NI LAO SHI QIANG!

>> Monday, March 9, 2015

Ni Lao Shi Qiang!

Awak guru yang kuat!

SJKC Ping Ming memang menjadi titik tolak permulaan ku dalam kerjaya sebagai murobbi.
Dulu masa melihat kakak-kakak dapat Sekolah Cina, tak pernah pula terlintas yang aku akan terjebak seperti mereka dalam perguruan di Sekolah Cina. 

'Mekarlah di mana kamu dicampakkan, kerana kamu adalah benih' pernah aku mendengar bait ini dari Murobbiku sewaktu di institusi pengajian dahulu.

Sehingga hari ini, dah masuk dua bulan di sekolah.
Sampai aku tak tahu nak share macam mana perasaan aku di sekolah itu.

Cuma aku tatau kenap aku berat hati nak tinggalkan sekolah tu walau aku punya cabaran sekarang.

Sedih menjadi insan 'salah tingkap' dalam isu posting. Ayat ni Ustaz PPD yang bagi. 
Tapi setelah banyak situasi aku dicampakkan sewaktu di praktikum dan dalam beberapa bahagian gerakan dakwah, aku menjadi seorang yang lali dan mula percaya diri bahawa Allah meletakkan aku di sini bersebab. Pasti. Dan aku masih mencari-cari jalan untuk mencipta sesuatu sejarah di sekolah ini.

Ceritanya semalam merupakan hari kepenatan sedunia, 8 masa weh. Aha. 
BM 4 JQAF 4.
turun naik aras 2-3
ulang alik blok A dan D.

yeay! kuat!

aku tak paham kenapa aku kena mengeluh
aku tak paham kenapa aku kena rasa penat
aku tak paham kenapa perlu aku rasa semua itu

hai jiwa! BERJIWA BESARlah!

apa yang dilalui hari ini adalah pilihan kita.

yes. aku yang memilih agar anak islam itu kenal Al-Quran. 
yes. aku yang memilih agar anak islam itu kenal huruf jawi.
yes. aku yang memilih untuk mengajar mereka.
yes. aku yang memilih untuk buat JQAF, untuk bantu mereka. 

siapa pilih ? KAU
siapa sanggup? KAU
siapa mahu? KAU.

Allah, aku ingin korbankan diri untuk agama. 
Mungkin ini cara yang aku ada buat masa ini. 
Mungkin aku akan penat ya Allah. 
Mungkin aku akan mengeluh, 
Mungkin aku akan cemburu melihat guru lain. 
Mungkin aku akan menangis ya Allah. 

bekerja di luar jadual memerlukan kekuatan rohani ya Allah.
Allah, bagi aku kekuatan ya Allah dalam menanamkan kecintaan agama dalam diri mereka.

ya Allah, kuatkan hatiku!
ya Allah, kuatkan jiwaku!

jika aku dipilh untuk tetap di sekolah ini, aku redha.
bantu aku ya Allah.

aku nampak banyak hati-hati suci. 
bantu aku ya Allah dalam langkah ini.

moga kelak anak islam itu izzah dengan Mu
moga kelak umat Ping Ming itu mula lembut hati dan Kau beri hidayah kepada mereka.

Allah. 
aku bertawakal dalam langkah ini. 

sungguh, yang mengerti hanya Kau.

semoga aku tak patah semangat!

DAN KERANA TUHANMU, MAKA BERSABARLAH!


0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP