husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

pencari hikmah

>> Sunday, March 1, 2015

alhamdulillah tsumma alhamdulillah.

alhamdulillah atas perlindungan Allah ke atas ku dan keluarga ku dari musibah mahupun bencana.

dalam setiap detik dan saat terutama saat memandu ke sekolah merupakan saat-saat yang aku amat merasa dekat dengan Allah. kerana aku percaya pada selamatnya aku kembali dan pergi berjihad itu dalam perlindungannya sebagai Rabb yang Paling Agung.

hari ini hari ahad. hari yang sangat memenatkan.
hari yang mana jadual ku kelas berderet-deret.
nak makan pun kena curik masa.

ALLAH,
buka kan mataku atas segala hikmah ini.

benarlah menjadi murobbi itu moga kepenatan kita bukan sebagai kepenatan guru.
menjadi murobbi itu perlu guna kalamullah agar ia memberi kesan kepada jiwa
benarlah maenjadi murobbi itu harus fikrah menjadi agenda.
benarlah menjadi murobbi itu mengajak manusia menuju Allah.
benarlah menjadi murobbi itu rugi, apabila saat orang lain sibuk mentarbiyah, kita tidak terlibat dengan kerja tersebut.

dan murobbi itu.. adalah aku.
ye. aku mau jadi murobbi itu.

mencari hikmah hanya dapat diperoleh apabila seseorang itu bijak. ye. bijak dalam mendapatkan hikmah. dia redha atas segala yang Allah tentukan untuk dia.

hari ini hari bersejarah.
buat kedua kalinya, aku dan ustaz Syahmi, GPI sekolah ku bertentang mata dengan GB untuk menjalankan j-QAF. walaupun GB berkeras mahu mengekalkan jadual BM untuk aku, dia dapat juga menerima untuk perlaksanaan jQAF pada kelas tertentu.

bersyukur. tape. sikit-sikit. aku dan ustaz punya misi dalam mentarbiyah anak-anak itu.

walaupun sebenarnya, sukar untuk aku bawa kedua subjek baru ini. 
aku perlu dalami keduanya dengan baik.

yelah. menitis air mata melihat anak islam ku begitu.
jumpa ku yang diucapkan 'SELAMAT PAGI CIKGU NISA'
bukan lagi kalimah sejahtera atas kamu.. bukan lagi kalimah Assalamualaikum.

serius aku rindu.
rindu nak mengajar agama.
rindu nak buat macam-macam.
rindu nak berprogram,
rindu nak selawat, baca doa sebelum beljar, baca syahadah, nasihat bebel-bebel pasal Nabi, kenalkan dengan Allah, buat solat sunat ramai-ramai..
walaupun hakikatnya mesti penat tapi sekurang-kurangnya puas.

dan aku kini masih mencari sebab untuk bahagia.
walaupun sebagai seorang laoshi.
laoshi bahasa melayu.

jujur aku kata kan
aku buntu untuk mentarbiyah anak-anak cina itu
entah sikap dan disiplin apa yang perlu aku tunjukkan
entah nasihat bagaimana yang mampu mendekatkan mereka dengan tuhan

aku kelu. aku kedu


aku tatahu bagaimana kawan-kawan GPI lain menghadapi mehnah mereka dalam kerjaya ini. tapi yang pastinya aku sedikit terkilan apabila tidak dapat all out dalam bidang aku.

aku sejujurnya sedang membina kaedah atau cara untuk all out dengan medium aku sekarang.
sungguh, ia bukan mudah. aku harus studi sirah. aku  harus tahu bagaimana dahulu musyrikin berminat dan hormat dengan islam. aku harus ulang sejarah itu semula, harus untuk aku, bukan sekadar kepuasan tapi itu amanah untuk aku sebagai murobbi.

harapan aku satu, aku masih mamp berdakwah dalam medan ini.

aku hanya perlu mengurus emosi dengan baik.
aku hanya perlu mengurus masa dengan baik.
aku hanya perlu perbaiki hubungan dengan warga sekolah.

cuma satu perkara yang aku pasti, 
setiap perkara yang berlaku dan sedang aku hadapi ini adalah rencana Allah yang cukup cantik dan rahsia. semoga aku tidak berkeluh kesah dengan apa yang terjadi. semoga aku cukup bersabar untuk ini.

Sabar itu bukan dengan bersabar dalam menanti pada saat yang lama.
Tetapi bgaimana menghadapi nya dalam menanti saat saat itu

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP