husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

I LOVE U TEACHER!

>> Friday, March 13, 2015

segala puji bagi Allah yang memberi aku ruang dan peluang di atas muka bumi ini dan membuka luas pintu taubat atas dosa-dosa yang telah aku lakukan.

astagfirullah.

aku ini hamba penuh dosa yang sering dan sering seolah tidak serik melakukan dosa.

Allah. ampunkan dosa-dosa kami ya Allah.

alhamdulillah. Pagi tadi selamat berbulatan gembira. Alhamdulillah, walaupun dah habis maktab masih dan masih lagi dapat berbulatan gembira a.k.a usrah. ouch, makin terasa cabaran bila jari wanita bekerjaya tapi mahu kekal utuh di jalan dakwah dan tarbiyah. ohoi.. ini belum kawen lagi. mahu ku tampar sahaja diri sendiri. sobs!

alkisah semalam hari last sekolah, murid-murid pagi sudah serbu ku di kereta,
sangat mahu menolong mengangkat buku.

bila sampai bilik guru, GB tegur..
'hai cikgu, pagi-pagi murid sudah datang angkat buku...' dalam pelat cina.
di sambungnya lagi.. 'mereka sudah sayang cikgu..'

aku sengeh-sengeh kambing je. alhamdulillah. aku memang berhasrat nak memikat hari mereka.

hari yang sama juga, aku dapat surat cinta dari anak murid. katanya 'I LOVE U TEACHER'.

serius lah, aku terdetik dalam hati, biar betul budak ni. tapi budak mana boleh menipu. budak yang bagi beberapa keping surat kecil itu adalah mereka yang pernah saya denda dahulu kerana ingkar arahan. rasa garang dah, tapi masih disayangi, maksudnya aku masih lagi marah dalam keadaan mendidik. alhamdulillah. moga dapat mengekalkan momentum ini.

kemudiannya, nak share jugak lah.
bukan untuk berbangga-bangga, tapi sebagai satu lonjakan dalam diri.
kisahnya pada hari Rabu, masa meting guna bahasa melayu. hampir separuh perjalanan meting tu guna bahasa melayu. terkejut sebenarnya. sebab ustaz tade kan. aku sorang je ada. tapi rasa sangat dihormati bila GB buat macam tu. terima kasih cikgu. sebelum ni memang aku melopong sangat-sangat la kalo meting. fully in  mandarin ma. tak kira la meting panitia bahasa melayu sekalipun.

lepas tu, GB puji aku, dia kata dia suka. sebab aku rajin. dia kata bagus.

aku tunduk malu. dalam hati, aku berharap mampu menunjuk qudwah yang baik.
dan aku berharap tiada agenda lain di sebalik pujian itu. moga-moga. kalau ada niat yang tak baik, moga Allah halang.
dan aku tetap berdoa, semoga dengan performance aku dalam kerjaya ini melembutkan hati GB untuk aku melaksanakan JQAF secara sepenuhnya.

amin. doakan ye!

serius aku tak tipu, bukan mudah nak mengejar budaya kerja cina.
penat weh. pen merah tahan 2 minggu je. gila deabak tau.

tapi aku berharap sangat Allah pinjamkan aku kekuatan untuk perform!

dan sesungguhnya, aku sangat bersyukur atas nikmat-nikmat Allah sepanjang aku berada di sekolah ini. yelah.. sekeliling aku, ada sahaja insan yang berhati mulia yang membantu aku untuk faham gerak kerja sekolah, yang bantu untuk translate. mashaAllah hebat sangat Allah gerakkan hati mereka. Alhamdulillah.

paling bes, ada ustaz kat sekolah tu.
ustaz saya respek sangat kat ustaz. serius seminggu dia tade ni, memang aku intai segala buku dia.
mashaAllah dia bukan sebarangan murobbi. usaha dia aku lihat dengan catatan pencapaian murid.
details. hebat sangat. tak tahu macam mana dia hadapi.

tapi betul lah kata dia, kalau kita tahu apa dia hakikat nya, apa dia syariatnya,, maka kita akan redha.

yeay! ALLAH ada.

aku kuat ni pun.. sebab Allah bagi kekuatan.

aku buat semua ni walaupun tak larat sebab aku percaya sangat Allah akan bantu aku dalam agama ini. jadi aku akan terus berbuat sehinggalah mati mematikan langkahku. inshaAllah. ALLAHUMMA AMEEN!

ok babai. nak off to daurah! shah alam, wait ha! kita sambung dengan cerita daurah pulak nanti!

Read more...

NI LAO SHI QIANG!

>> Monday, March 9, 2015

Ni Lao Shi Qiang!

Awak guru yang kuat!

SJKC Ping Ming memang menjadi titik tolak permulaan ku dalam kerjaya sebagai murobbi.
Dulu masa melihat kakak-kakak dapat Sekolah Cina, tak pernah pula terlintas yang aku akan terjebak seperti mereka dalam perguruan di Sekolah Cina. 

'Mekarlah di mana kamu dicampakkan, kerana kamu adalah benih' pernah aku mendengar bait ini dari Murobbiku sewaktu di institusi pengajian dahulu.

Sehingga hari ini, dah masuk dua bulan di sekolah.
Sampai aku tak tahu nak share macam mana perasaan aku di sekolah itu.

Cuma aku tatau kenap aku berat hati nak tinggalkan sekolah tu walau aku punya cabaran sekarang.

Sedih menjadi insan 'salah tingkap' dalam isu posting. Ayat ni Ustaz PPD yang bagi. 
Tapi setelah banyak situasi aku dicampakkan sewaktu di praktikum dan dalam beberapa bahagian gerakan dakwah, aku menjadi seorang yang lali dan mula percaya diri bahawa Allah meletakkan aku di sini bersebab. Pasti. Dan aku masih mencari-cari jalan untuk mencipta sesuatu sejarah di sekolah ini.

Ceritanya semalam merupakan hari kepenatan sedunia, 8 masa weh. Aha. 
BM 4 JQAF 4.
turun naik aras 2-3
ulang alik blok A dan D.

yeay! kuat!

aku tak paham kenapa aku kena mengeluh
aku tak paham kenapa aku kena rasa penat
aku tak paham kenapa perlu aku rasa semua itu

hai jiwa! BERJIWA BESARlah!

apa yang dilalui hari ini adalah pilihan kita.

yes. aku yang memilih agar anak islam itu kenal Al-Quran. 
yes. aku yang memilih agar anak islam itu kenal huruf jawi.
yes. aku yang memilih untuk mengajar mereka.
yes. aku yang memilih untuk buat JQAF, untuk bantu mereka. 

siapa pilih ? KAU
siapa sanggup? KAU
siapa mahu? KAU.

Allah, aku ingin korbankan diri untuk agama. 
Mungkin ini cara yang aku ada buat masa ini. 
Mungkin aku akan penat ya Allah. 
Mungkin aku akan mengeluh, 
Mungkin aku akan cemburu melihat guru lain. 
Mungkin aku akan menangis ya Allah. 

bekerja di luar jadual memerlukan kekuatan rohani ya Allah.
Allah, bagi aku kekuatan ya Allah dalam menanamkan kecintaan agama dalam diri mereka.

ya Allah, kuatkan hatiku!
ya Allah, kuatkan jiwaku!

jika aku dipilh untuk tetap di sekolah ini, aku redha.
bantu aku ya Allah.

aku nampak banyak hati-hati suci. 
bantu aku ya Allah dalam langkah ini.

moga kelak anak islam itu izzah dengan Mu
moga kelak umat Ping Ming itu mula lembut hati dan Kau beri hidayah kepada mereka.

Allah. 
aku bertawakal dalam langkah ini. 

sungguh, yang mengerti hanya Kau.

semoga aku tak patah semangat!

DAN KERANA TUHANMU, MAKA BERSABARLAH!


Read more...

pencari hikmah

>> Sunday, March 1, 2015

alhamdulillah tsumma alhamdulillah.

alhamdulillah atas perlindungan Allah ke atas ku dan keluarga ku dari musibah mahupun bencana.

dalam setiap detik dan saat terutama saat memandu ke sekolah merupakan saat-saat yang aku amat merasa dekat dengan Allah. kerana aku percaya pada selamatnya aku kembali dan pergi berjihad itu dalam perlindungannya sebagai Rabb yang Paling Agung.

hari ini hari ahad. hari yang sangat memenatkan.
hari yang mana jadual ku kelas berderet-deret.
nak makan pun kena curik masa.

ALLAH,
buka kan mataku atas segala hikmah ini.

benarlah menjadi murobbi itu moga kepenatan kita bukan sebagai kepenatan guru.
menjadi murobbi itu perlu guna kalamullah agar ia memberi kesan kepada jiwa
benarlah maenjadi murobbi itu harus fikrah menjadi agenda.
benarlah menjadi murobbi itu mengajak manusia menuju Allah.
benarlah menjadi murobbi itu rugi, apabila saat orang lain sibuk mentarbiyah, kita tidak terlibat dengan kerja tersebut.

dan murobbi itu.. adalah aku.
ye. aku mau jadi murobbi itu.

mencari hikmah hanya dapat diperoleh apabila seseorang itu bijak. ye. bijak dalam mendapatkan hikmah. dia redha atas segala yang Allah tentukan untuk dia.

hari ini hari bersejarah.
buat kedua kalinya, aku dan ustaz Syahmi, GPI sekolah ku bertentang mata dengan GB untuk menjalankan j-QAF. walaupun GB berkeras mahu mengekalkan jadual BM untuk aku, dia dapat juga menerima untuk perlaksanaan jQAF pada kelas tertentu.

bersyukur. tape. sikit-sikit. aku dan ustaz punya misi dalam mentarbiyah anak-anak itu.

walaupun sebenarnya, sukar untuk aku bawa kedua subjek baru ini. 
aku perlu dalami keduanya dengan baik.

yelah. menitis air mata melihat anak islam ku begitu.
jumpa ku yang diucapkan 'SELAMAT PAGI CIKGU NISA'
bukan lagi kalimah sejahtera atas kamu.. bukan lagi kalimah Assalamualaikum.

serius aku rindu.
rindu nak mengajar agama.
rindu nak buat macam-macam.
rindu nak berprogram,
rindu nak selawat, baca doa sebelum beljar, baca syahadah, nasihat bebel-bebel pasal Nabi, kenalkan dengan Allah, buat solat sunat ramai-ramai..
walaupun hakikatnya mesti penat tapi sekurang-kurangnya puas.

dan aku kini masih mencari sebab untuk bahagia.
walaupun sebagai seorang laoshi.
laoshi bahasa melayu.

jujur aku kata kan
aku buntu untuk mentarbiyah anak-anak cina itu
entah sikap dan disiplin apa yang perlu aku tunjukkan
entah nasihat bagaimana yang mampu mendekatkan mereka dengan tuhan

aku kelu. aku kedu


aku tatahu bagaimana kawan-kawan GPI lain menghadapi mehnah mereka dalam kerjaya ini. tapi yang pastinya aku sedikit terkilan apabila tidak dapat all out dalam bidang aku.

aku sejujurnya sedang membina kaedah atau cara untuk all out dengan medium aku sekarang.
sungguh, ia bukan mudah. aku harus studi sirah. aku  harus tahu bagaimana dahulu musyrikin berminat dan hormat dengan islam. aku harus ulang sejarah itu semula, harus untuk aku, bukan sekadar kepuasan tapi itu amanah untuk aku sebagai murobbi.

harapan aku satu, aku masih mamp berdakwah dalam medan ini.

aku hanya perlu mengurus emosi dengan baik.
aku hanya perlu mengurus masa dengan baik.
aku hanya perlu perbaiki hubungan dengan warga sekolah.

cuma satu perkara yang aku pasti, 
setiap perkara yang berlaku dan sedang aku hadapi ini adalah rencana Allah yang cukup cantik dan rahsia. semoga aku tidak berkeluh kesah dengan apa yang terjadi. semoga aku cukup bersabar untuk ini.

Sabar itu bukan dengan bersabar dalam menanti pada saat yang lama.
Tetapi bgaimana menghadapi nya dalam menanti saat saat itu

Read more...

post pukal 2014 last episod

>> Saturday, February 21, 2015

''kak, nak tanya la..''
''hmm...''
''apa yang best sangat kat daurah masjid shah alam tuh...? citer siket"

sameone ask me about that.


smart khalifah nama glamer atau nama popular nya daurah masjid negeri adalah alunan dan rentak yang akan membungkam di hati insan-insan yang berada terlibat dalam program tersebut.

nak kata aku yang secara tak disangka terlibat dalam daurah ni terasa umph nya!

soalan familiar yang akan mereka tanya, 'mana akak jupe daurah?'

aku pun tak tau nak jawab apa, sebab sebenarnya aku nak kerja MAHA, tapi lepas seorang ikhwah ni daftarkan kami, katanya memang tak sesuai untuk akhwat bekerja di situ, lantas dia mencarikan kami program fasilitator seperti ini. dan borang-borang bagai tu semua yana yang urus. aku wat lek wat pis je siapka AR. hehe.

yang bestnya, dah dekat dengan hari kejadian aku tanya yana, ni program macam mana? yana tade jawapan. aku dah cuak dah la. sebab teringat beberapa program sebelum ni yang pernah join. dan dalam program tu tade bahan apa pun.. sume kena sediakan. buku pun tarak. aha pening betol masa tuh.. tapi redah je lah.. mungkin sistematik kot kali ni. kat masjid besar pulak tuh, ayat-ayat pujuk hati!

so dengan kosong nya, berpandukan Google Maps *crediit utk inche google* daripada keletihan mukhayam bergegas lah kami ke masjid negeri shah alam. dan bermula lah al kisah 5 minggu yang penuh warna warni, suka dan duka, riang dan tawa, sawit dan pahit. ahaha.

ni meting pertama setelah skip berapa meting ntah. 
masa nih serius krik krik. tetiba kena kenalkan diri, trademark dan energizer. 
(ahaha. lawak. energizer takat dalam kelas budak gelak-gelak adalah)

lepas tu bermula lah titik penyatuan fasilitator kategori caliph senior.
dua org junior maktab ku..yang lain tak dikenali. hehe.

dan masa ni aku krik krik je tengok ali. tengok profesional habis. 
aku sampai nak wat muka jeruk je tengok dia. kiki.

minggu pertama ni ada lagi yang tak lengkap, 
masa ni syanil tak datang lagi. adam lak cuti..urus konvo. lepas tu aini balik ada hal family..
kami pakat redah je kekuatan apa yang ada.

caliph senior ni kategori untuk budak menengah.
antara peserta tersikit.
dan kami ada 10 orang je fasi.

kata orang, orang katalah kan..
mudah jaga caliph senior sebab budak dah besar. dengar kata..
tapi tapi sebenarnya memang setiap kategori ada isu dan masalah.

dan boleh lah aku berlatih nanti nak tawaf kaabah,
latih nak sai' dengan mencari budak-budak 'baik' yang kena selalu dipantau time solat.
siap main kejar-kejar dalam lif. turun naik tangga lagi.
boleh tahan gak stamina aku rupanya. ahaha. 

gambar dengan adik-adik caliph senior (CS) yang dah otai. hehe

ada perkara yang aku nampak, 
setiap orang, disebalik senyumannya, disebalik tawanya.. terselit beribu cerita. bila tahu apa yang terselit di sebalik kekuatan senyuman itu.. mashaAllah. ALLAH sangat hebat dalam mentarbiyah hamba Dia. 

kekuatan yang seseorang miliki ntuk meneruskan kehidupan bertuhan itu bukan perkara yang mudah. mereka pasti bertarung dengan hati dan perasaan mereka. kerana setiap satunya tidak selari dengan apa yang dihajati. suma apa yang aku kagum semangat mereka bergantung dengan Tuhan. mereka sangat-sangat menghargai setiap detik kehidupan yang diberi dengan menempuhi sebuah fasa yang kelam.

fasi hebat nih.. sume masalah dia gantung kat tempat letak kasut. pastu dia tempuhi daurah dengan osem dan hebat. memang deabak. *tepuk2 deabak*

malam T.O.T pertama kali yang aku hadiri. ohsem. sakit perut gelak. kiki

acah acah release tension sambil sambut adam punya konvo di pegaga.
ok rindu pegaga

tapi kan. sampai sekarang aku pun pelik.. kenal tak sampai 24 jam tapi bekerja macam setahun dah bersama. saling melengkapi antara satu sama lain. hebat!

konsep meraikan ni lah yang membuat kan  kami makin tertaut. acewah

ni memang pantang nampak kamera. amik kesempatan jap amik gambar dengan pelawat masjid.

minggu riadah : memanah.

ok. ni memang gambar acah-acah. tangan aku masih tak kuat. nak tarik tali tu pun tak kuat. sedih je. tak dapat nak memanah. sobs sobs.

ok dah.. sampai cerita dan minggu paling hectic sekali bagi budak2 CS.

punya la mencari nafas dan angin baru dalam meting. sanggup tuh beratapkan embun malam. tapi rindu nya nak berebut naik kereta g beli makanan. 

ohana fiesta.
kelam kelibut aku jadinya. ahah. sebab kes qiam tak setel lagi.

adik CS memang osem sebab dalam waktu yang singkat mereka dapat buat yang terbaik.
memang deabak. ustaz luqman pun suka. mashaAllah.

generasi seperti ini perlu diperhalusi lagi pegangan mereka. moga kelak mereka akan terus membesar dengan jiwa yang besar.

ni je la gambar full ngan sumaiyah krik krik. 
mereka kata kami sayang akk nisa sebab garang. 

pastu rina kata 
kalau akak tak garang dan baik je tak best lah.
tade org nk marah kami nanti. pastu tak dapat apa. tapi akak garang aum aum.

haha. gelak je. aku berwatak serius plus garang dengan mereka. tapi dengan sumaiyah ada plus manja. ahaha.

ini kes malam T.O.T yang sangat sadis.

bilik seminar tu  memang tade hiasan
penat balik lawatan lagi.
pastu slide tak siap lagi
pastu mic ilang
pastu fafa + mymy kena balik..
pastu fifi ada hal family..
lepas tu teks mc tak siap lg..
pastu banyak bend tak buat lagi.

last-last kami terduduk di atas karpet biru tu.
seriusly muka memasing nak nanges.
datang kaka masuk cte mic ilang. 
GM dah bising-bising, terus terbayang malam T.O.T yang suram sebab nanti GM nak clorox. 

malam yang sadis habis.
sampai decide mintak tangguh.

last2 abg luqluq datang jd superhero carikan mic bagai. carikan lcd n papan layar. kemas sume sekali masa tu. tak hias apa. melainkan amik kain batik n kain pelekat.

pastu mc dah tak boleh jadi mc. pastu aku dgn nana jd mc.
pastu lawak..
sebab guna bahasa klasik..
kanda-dinda
aha..geli geleman. bercakap tanpa skrip.
aum aum.. memang tak tau apa jadi malam tu. 

tup tup dah habis.
alhamdulillah Allah mudahkan semua pentas lakonan malam tu.
*nanges jap*

kenangan.

kata yana.. 'legend setiap masa'

lepas tu.. kisahnya. dah penat2.. g jenjalan pulak dengan adik beradik Little Caliph (LC)

jalan sampai tengah malam. sampai GM marah. *padan muka*

aku ni kes nak meraikan. lastlast balik aku yang nanges. sebabnya kerja2 qiam baiti jannati tak siap lagi. aku gn nana plak incas kan. nasib la nana cool. huhu

sebab minggu tu CS ada 4 program besar
1. Ohana Fiesta *selasa*
2. Lawatan ke Planetarium *khamis*
3. T.O.T*khamis*
4. Qiam baiti jannati.*sabtu*

tambah se lagi untuk minggu depan.. *sembelihan*

apa pun senyum je okeh

rindu adik beradik nih.. susah senang bersama. takkan menjatuhkan sesiapa. janji kami bersama.

kenangan masa qiam baiti jannati.

tuh ada nana n nini tu sebab apa tau tak?

kes berebut nak guna dewan makan plus nasi basi. okbai. haha

btw, adik beradik smart khalifah memang kebabom. kerjasama mereka sangat baik . maaf atas kekurangan pengurusan kami. sobs. kami budak baru belajar. nana je yang dah power. terima kasih sebab sanggup bersengkang mata walaupun tak tau cane nak kejut korang bangun dalam bilik GM tuh. kiki
kenangan di hari sembelihan. oke kita pun berjaya menyembelih burung puyuh. terima kasih nana ajar kita. haha. gambar time sembelihan memang tade. sebab syok pegang pisau je. tak pikir kamera dah

yang ni alkisahnya sebab aku kena balik awal jadi mereka meraikan dengan boling.
oke aku tukang sorak je sebab tangan aku ni lembut sangat nak g main boling. bimbang kang sakit lak nak bawak ferrari. 

oh ye. alhamdulillah ferrari muncul dalam ceritera daurah ni. Allah sebaik-baik pengatur. 

sempat lagi g bergambar di hari-hari terakhir. 
smart tak? masing-masing menggayakan watak sndiri

kes kena kuarantin dengan adik-adik CS untuk majlis penutupan bawah mereka.
pewit.. muka bangga kan kena kuarantin. haha.

adik beradik Smart Khalifah yang hebat!

oke ada kisah gambar ni.

yang penting suma kena buat muka ganas. gaya ku! haha

yang ni kek spesel untuk kita. sedih tau kita sebab adik adik suwit sangat.
snggup tu bawak kek pagi sebab ingat kita balik pagi.
sanggup ajak kita masuk bilik kuliah nak raikan kita..
sanggup sangat adik-adik raikan kita. kita serius terharu.
kita 'garang' tau. ahaha. watak kita masa kem

adik beradik Little Caliph

adik beradik Caliph Junior


bismillah jalan je!
from zero to hero!
berkorban kerana Allah tiada kecewa.
all for one, one for all!
rasakan tarbiyah Allah itu osem
disebalik sesuatu ada sesuatu, redha sangka baik..
wat muleksss
lets create excellence together
toyyib!
enjoy!

Read more...

post pukal 2014 siri II

>> Friday, February 20, 2015

ok jum sambung. 

acah acah hot jek orang nak baca kan. ala tak baca pun tape. 

tapi tu la kan manusia, buat semua nak tengok hasil, tak nampak hasil terus nak gibap.

ingat sikit Nabi Muhammad dulu berdakwah tak sempat pun tengok ustaziyatul alam. jadi? tak yah la rasa cepat sangat nak gibap. eh eh. macam cakap dengan cermin je.

OH PERSIS DI HATI <3

Alhamdulillah. hampir empat tahun menanggung amanah PERSIS ini. dan sebelum aku keluar, aku tak tinggalkan PERSIS ni pada sesiapa pun. sebab aku rasakan amanah itu terlalu berat. terlalu sangat. sampai sering meragut hati dan perasaan. yes. aku cepat sangat sensitip pasal PERSIS ni. sobs. maafkan saya adik-adik kepimpinan. u will find no perfect on me. 

cuma aku masih berharapan bahawa ada adik-adik yang sanggup perjuangkan PERSIS ni. 
bukan kerana amanah. tapi kerana rasa tanggungjawab menaikkan saki baki seni islam yang tertindas ni. macam lekeh je kalo orang dengar atau orang tahu, tapi kalau kita dalami kemenangan islam dalam pelbagai aspek, kita akan tahu kenapa kena perjuang kesenian islam.

btw, kanvas tak sempat merasa, yelah pack kan jadual. tape.

cuma bestnya sempat la berbengkel kufi yang penuh drama tuh. ahaha. 
pastu sempat gak ajar adik-adik asas khat, berkampung time exam. acah-acah turunkan ilmu.
alhamdulillah mereka supportive dan nak usaha kuasai. moga kelak jadi khutot berjaya ye.

PERSIS. we are family.
siapa-saipa jadi kepimpinan nanti jadikan ia macam keluarga.
jaga ukhuwah. baru korang tak sakit bekerja.
siapa yang ada dalam PERSIS je kot faham apa yang dimaksudkan. itu pun kalau mahu mengambil rasa itulah. dan serius lah, memang akan rindu dengan telatah semua orang dalam tu. 
dulu memang PERSIS ni tempat release tension. sebab sume care and baik je. sobs!

dah la. dah la pos pukal. banyak lak bebel.

ni tugasan pertama. dapat tempahan mural kat sekolah jalan tiga, sekolah kluster kot. 
ada zaki, baya n ewa je menemani. 
kes apa ntah diaorang ingat aku merajuk. standard la gurau dengan presiden camtu. ahaha. 
tape, yang penting ini memang moment indah. pewit..

dan satu perkara yang aku rasa sebak bila nak kuar maktab tuh.. aku dapat lihat kegemilangan PERSIS. ahli makin giat beraksi di mana-mana dinding sekolah. memang terharu keharuan la tengok usaha mereka. even mereka tadelah sifu lagi tapi usaha memartabatkan tu ada. memang terbaik!

ehem. just for PERSIS. design untuk baju. 


okeh. ni gambar masa IPOD, hamper duk kat belakang dah. kitaorang tak perlukan hamper dah. pentas itu kami punya.  haha. gila budak persis konker pentas. 
mentang-mentang menang booth terbaik. 
pewit. alhamdulillah. hebat adik-adik ni punya usaha. tahniah semua. kenangan manis buat kakak yang dah habis belajar ni. 
memang kebabom la kan. dengan uniform persis yang macho tuh.

pengarah datang amik gambar. terharu tak? 
nampak simple tapi saya terharu okeh. nanges sikit.

so we are family. ramai lagi yang tade ni..
sanggup tu baya g amik een kat padang.
sanggup tu g kejut feisal suh bangun sebab tertidur. 
sanggup la sume orang duk jaga booth, bertarung nak duk kat booth sedangkan ada tugas lain. korang memang terbaik! *bagi cap jempol sikit*

ukhuwah apa ntah yang tertanam. best bila bersama. terasa bila tiada. 
ahaha. gelak geli baca ayat sendiri.

celebrate beday jemah. prank tengah-tengah maghrib. 
tq salina bawak g beli kek. tq een n diba sebab tolong prank.

ni sume gara-gara aku yang sibuk. 
dapat sambut pun dah nak malam. huhu *kesat airmata*
ni pun kes sambut bday sekali pukal dengan adik-adik baru

yang ni pun ada kisah. berlari-lari aku nak g jamuan ni sebab ada tugasan lain.
terima kasih semua, malam ini kita punya.
makanan sume sedap. mekasih semua. mekasih.
kenangan sangat la malam ni. 
kenangan yang tak boleh lupa. sampai bila-bila,
kerana boleh jadi pada malam itu aje lah senyuman bahagia yang terakhir akan terukir bersama insan yang disayangi.

hadiah untuk semua kepimpinan 2012-2015

PERSIS, terima kasih atas tarbiyah mengurus persatuan yang aku peroleh.
PERSIS, terima kasih buat aku sedar bahawa bakat aku juga berguna untuk islam
PERSIS, terima kasih ajar aku berkasih sayang.

**************************************

SKUAD DIDIK BERSEDIA MENDIDIK

"akak pun skuad didik?"
aku angguk-angguk. "kenapa?"
diam sengeh-sengeh je budak tu.

well, kalau nak cerita dari awal pun bole jugak pasal skuad didik ni.

bukan aku tak dengar orang mengata skuad didik. tapi kadang biarlah orang nak mengata pun. kerja kita kan buat. bukan menghukum. lagi pun buang masa bertelagah, sedang banyak lagi kerja nak buat. 

cuma nak tanya kat orang-orang tu.. skuad didik ni sampai tahap boleh membawa kepada maksiat dan kemungkaran ke kalau join? memang segala amal dalam skuad didik ni menjauhkan kita dari Allah?

kalau ye pun tak suka penggeraknya, tak perlu calit kan pada nama organisasi. itu masalah kamu sendiri ya. kami dah cuba berlapang dada dan berdiri utuh dengan matlamat kami, harap boleh sedar kan diri sendiri. sebab kami pun bukan perfect sangat pun. sebab tu banyak salah kami. yelah kan budak baru belajar nak up. nak belajar macam mana mengurus sebuah persatuan yang bukan kosong macam persatuan biasa. jeles okeh tengok pekomperi. main muzik berisi.

eh dah la, dah besar, boleh fikir. 
kita sama-sama berjuang di jalan Allah. jadi meh berjuang dengan sihat. fullstop.

ni misi terbesar skuad didik MISI KORBAN KEMBOJA selepas MISI PENDIDIKAN BANDUNG.
dua penggerak yang berbeza menggerakkan misi dengan matlamat yang satu. kesukarelawanan.

aku sepatutnya one of them in misi korban kemboja.
tapi kita merancang, Allah juga merancang..
Allah pilih untuk aku tidak pergi ke sana.. tok sah cakap la sedihnya.. 

kemboja, bawa cintaku pergi tanpa jasad.

yang ni memang terharu.
bekas bekas cinta dalam hati mereka dizahirkan dengan hadiah-hadiah ini. 
siap ada kisah berebut nak beli beg di kedai di kemboja. hehe. comel je semua..

alkisah ini dinner kemboja, aku dirayu pengarah program untuk hadir.
puas beralasan. akhirnya terpaksa akur. akur dengan permintaan mereka.
dan ini kami pelajar tahun akhir di sebalik misi kemboja.

satu kesimpulan pada malam itu ialah..

 'Mata-mata yg mengharap'.. 

Selamat jalan akak2 senior yg akan meninggalkan bumi IPG.. ingat janji kita untuk lahirkan Sukarelawan Cilik di sekolah nnty. Jika ada jodoh, kita akan buat reunion di Kemboja nnty dlm Misi Bakti Kemboja 2015, September nnty.. InsyaAllah.. di atas cruise, kita makan lembu panjat bukit.. Kemboja, mu tunggu aku datang!
A night to remember..  (Umar Al-Faruq, 2014)

*************************************

FLASHMOB 2.0 DAN DINNER BATCH


gambar masa latihan flashmob 2.0

actually, flashmob 2.0 adalah #wishlist2014 saya. alhamdulillah, lepas dipertaruh, sekali lagi skuad didik dan kelab teater bergabung tenaga untuk flashmob ini.

dalam kesibukan ber'AR', kelab teater mintak aku buatkan jalan cerita. 
oh dah tolak tapi tak dapat. dan kali ni sedikit kekurangan idea-idea baru memandangkan geng flashmob banyak buat berdasarkan lagu sahaja. 
dan berbantu kan pertolongan akhwatfillah, maka terhasillah flashmob yang membawa misi ALQASAM.

utk preparation dan latihan tok sah cakap lah pack nya. 
alhamdulillah kali ni memang dapat kerjasama yang baik. malah, lebih teratur. dan yang besnya team ni dah mula mengumpul aset sendiri. alhamdulillah.

alhamdulillah, masih mampu beri komitmen meski di himpit asakan AR. 
Alhamdulillah untuk kesihatan itu.
Alhamdulillah Allah mudahkan banyak urusan.

kerana ada satu perkara aku yakin, 
bila kita buat sesuatu untuk ummah, membawa kepada Allah, 
inshaAllah Allah akan berkati waktu kita dan mudahkan urusan kita. kalau tak caye kita wat eksperimen. nak tak? kalau nak saya share,. kena tunggu post lain la. ni post pukal 2014

a great team. 
alhamdulillah.
moga tercapai hadaf kita.



dan alkisahnya malam flashmob tu jugak la dinner batch kita untuk kali terakhir. ni la first time buat kat hotel bagai. bagi grand sikit sebab dah last.
dan alkisahnya apa sebab ntah.. malam konsert ipod tuh,malam yang ada persembahan flashmob tu bertembung dengan dinner batch. 

sedih sebenarnya. persiapan dengan rakan-rakan dah buat untuk dinner. nak-nak plak dinner ni last dengan diaorang. jiwa remaja mula memberontak.
nak tinggal flashmob pun x sampai hati, sebab ada masalah teknikal sikit, cuba juga minta bantuan adik-adik untuk cover my part. alhamdulillah mereka boleh buat masa latihan last tu.  walau macam mana pun mereka tetap mahu saya ada bersama mereka. cuak katanya.

last-last, adalah ummu ammar sanggup nak g amik kita kat dinner. sebab persembahan flashmob lambat sikit, maka kita sempat sampai sebelum persembahan. alhamdulillah sume berjalan dengan baik.

teruk dilema, akhirnya Allah buka kan jalan untuk memenuhi keinginan dan keperluan.

terima kasih kamu-kamu yang banyak membantu saya dalam menjayakan flashmob 2.0. moga kamu berjaya membawa flashmob 3.0.

*********************************

alkisahnya 2014, dua orang sahabat kami menamatkan zaman bujang.

tahniah buat aminah halim dan najwa fakhrurrazi.

moga bait dakwah yang dibina di bawah rahmat Allah, selamat bercinta hingga syurga.

kenduri akad nikah aminah halim :)

kita carik gambar najwa kawen tak jupe plak. sori wa!

**************************************

ni la minggu yang hectic. aha, acah-acah pra viva dalam jqs sebab mama nak g haji.
btw, terima kasih mama atas tunjuk ajar dan bimbingan juga nasihat tentang kehidupan. sungguh, mama memang terbaik walaupun saya hampir sakit dengan permintaan mama yang menggunung tu.

rakan seperjuangan AR saya, Ibtihal,  bawah didikan mama pun dah selamat mendirikan rumahtangga. barakallah.

ni masa viva sebenar. 
mama kat mekah. mama hantar mesej katanya dia mendoakan kejayaan kami dari mekah. sebak betul. sebab mama memang the best supervisor.

so inilah saya. saya dah berjaya harungi sampai tahap ini. tahap yang digeruni untuk dicapai oleh sume student maktab. alhamdulillah Allah mudahkan. dan alhamdulillah penilai waktu pembentangan menyatakan pembentangan aku antara permbentagan terbaik. kerana jelas isinya. alhamdulillah. syukur, walhal aku dah gerun sebab hari sebelumnya, penilai tersebut baham pembentang kaw kaw.

terima kasih ibu ayah. ni hadiah untuk ibu ayah, walaupun akak tak dapat jadi pembentang terbaik dalam kos akak. ni je mampu

mekasih gak kat geng persis sebab jadi superhero tolong kita hasilkan tab cel-fiz tu.

muka kami lepas habis viva. 
bak kata nida, dah boleh kawen dah, ahaha. 

and last...

panggilan temuduga SPP.
tetiba jek nama keluar untuk temuduga. punya la kelam kabut nak study.

tapi semuanya Allah yang tolong. sekarang dah lulus spp dan dan dah dapat posting.
walhal hari tu sebelum masuk bilik spp mintak ampun dan doa dari mak ayah memang macam apa ntah. yela.. killer killler soalannya. mau la aku tak kecut..
 kuar bilik spp siap nanges-nanges dah. apa ntah tak dapat jawab hafazan.. bukan tak hafal. memang rasa macam dapat ke lulus spp ni.

tp alhamdulillah Ar-Rahman Allah itu luas. 
*nanges*

**************************************

i will miss u geng kecoh dan kecah
dating and hang out buat kali terakhir dengan mereka. terima kasih pn aisyah sebab belanja kami..


merayau ke banting.. rumah nawal

and here we are.. rumah puan khazimah. suwit angat-angat puan ni..

may i said that... biar gambar bebicara?
Alfu Syuja' sedang enak ijlis bina numinu saah

persiapan sebelum konvo.
KONVENSYEN MAHASISWA 2014

 the best part sebelum memegang skrol ijazah adalah mukhayam bersama kecintaan hati. lepas je mukhayam ni ada satu lagi cerita.. 

yang tu kena tunggu pukal 2014 part iii. last part tu. tapi ohsem, inshaAllah.

so kalau ada tanya kenapa i pukal sume nih sebab i nak ingat kenangan-kenangan ni sampai bila-bila. nak baca bila rindu. i masukkan gambar pun sebab nak mencari sebab untuk tersenyum pada sebuah kenangan

kerana..

"nak mencipta memori itu mudah, tapi nak mengulang memori itu sebenarnya payah."



Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP