husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

sentap

>> Thursday, March 21, 2013



Aku terkesima di suatu petang.
info dari ukht Aisyah agak menggemparkan..

melaporkan kematian seorang ikhwah.

meskipun aku tidak pernah mendapat taujihat dari beliau,
tak pernah bersua..

aku ada satu perkara yang menyentap jiwa.

amal apakah yang dilakukannya sehinggakan dia menjadi selebriti waktu syahidnya?

aku terdiam. 

mencari dan mencari kisah sebenarnya.

dan akhirnya jiwa aku menangis.

kerana aku malu melihat dia sangat all out untuk jalan ini.

dia mewaqafkan dirinya untuk Allah.

dunia ini telah menjadi saksi atas syahadahnya.

merata-rata saksinya juga menyatakan mereka menjadi saksi kepada ikhwah ini.

Allah.

aku terkesima.

aku yang banyak mengeluh dengan dunia yang menghimpit. atas alasan, cikgu itu sibuk.

walhal ikhwah tersebut juga adalah guru.

pelempang,pang.pang.

Nanges.

Allah, kuatkanlah kami, kuatkanlah kami untuk terus melaju menegakkan syahadatul haq ini.


tiada alasan untuk lemah.

Kata seorang akhwat sebelum mendapat berita kematian ikhwah tersebut,

"Syuhada itu adalah mereka yang telah meninggalkan dunia tanpa berkeinginan pada dunia itu lagi. Cita-citanya hanya redha Allah."



alfatihah buat umar alfarouq deeandtee,
akh Iman Syafiq bin Abdul Rahman.


semoga aku juga dapat pergi di saat dunia mampu menjadi saksi atas syahadah ini


husniyahbazlaa
-aku yang mengimpi syahid.

Read more...

keunggulan KOT

In da name of Allah. 

jarang sekali update aktiviti yang disertai.
tapi kerana kejulung kalian nya K.O.T a.k.a KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN yang diadakan. inshaaAllah nak share banyak benda.

tugas ku adalah AJK di bawah Unit Seranta dan Siaraya.

kami 5 orang. Hakim (ketua), Zul, Kamal, Nisa. Fiza



poster segera selepas mendapat mesej adhoc nak poster utk acara akhir. pulun punya pulun. lepas post kat fb, ketua kata, maaf, kesilapan maklumat. 

dush! andai bukan kerana tarbiyah, sudah pasti aku melenting yang amat!




ni banner KOT sebenar. banner ni design pilihan Ketua Jabatan GERKO. bertubi panggilan puan nak kan banner secepat mungkin. walhal, banner yang ada sume kena rejek.
banner yang direjek menjadi poster sahaja. 

dush! andai bukan kerana tarbiyah, sudah pasti aku melawan puan tahap 7 petala langit..


poster ambang KOT dari unit perasmian dan penutupan majlis.




poster tak sempat publish dari unit seranta dan siaraya.

malam penuh kontroversi.
malam penuh tomahan dan ujian.

dush! andai bukan kerana tarbiyah, sudah pasti aku bakar sahaja padang? aha..logik ka?


tapi, sungguh, ia julung kali diadakan. thanks kat semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak.

spesel thanks buat kamal shyukri sebab tolong buat video ambang ni. kami unit seranta memang tak dan nak buat.. terima kasih sangat2!



bunting perasmian tempah siap 30 minit. simple je, sori bos!
percubaan pertama ku.




perasmian oleh timbalan pengarah. ohoi. gimik menjadi katanya, sedangkan pelakon di sebalik tabir punyalah ramai. :) itulah gimik kan! punyalah pening kepala mereka memerah idea untuk melaksanakannya.

tahniah korang, walaupun masa ni diberi tugasan adhoc di tempat lain.



poster hakim, mantan JPP seranta 2011
sebab penolakan : tulisan warna merah. isu sensitif lahad datu jadi pedoman lecturer. 
pembesaran tarikh yang tak bes utk malaysia. ok komen ni aku tak faham



poster nisa.
sebab kena rejek kerana guna orang utk simbol A



poster fiza
sebab direjek : tade sebab. sebab dia tak nK tunjuk kat puan 


poster zul
sebab direjek : banyak sangat gambar orang.






Pegawai yang terlibat menjayakan KOT 2013


Tagging Pegawai :) *curik gambar  pira*


alhamdulillah. pengalaman berharga.


ibrah:

islam itu syumul, so orang islam kena kuasai sukan jugak.
realitinya, kita belum lagi buat kerja sehabisnya.
sukan masih belum kita kuasai

untuk menjadikan sukan itu ikut syariat, ia perlukan tarbiyah.
should be, bimbingan dari pihak berwajib itu perlu. apatah lagi jika dia punya kuasa.
sebab tak semua orang faham cara nak laksanakan even dia tahu.
bukan at the end, bagitau satu dunia, ha.. banyak perkara lagha dan sbgnya...

lepas ni kena take note benda mcm ni supaya tak berulang lagi.
kena take part dengan pengurusan dan fahamkan situasi.

andai ada yang salah, jangan malu kan sesuatu pihak di hadapan khalayak ramai, daie bukan begitu sifatnya.
sebab kita perlu tahu, bukan semua orang faham apa yang kita faham. 
pengajaran ye buat semua. jangan buat lagi.

semoga apa yang berlaku ni tak membuat kan mereka yang tak mengerti tentang keindahan islam itu semakin menjauh.
be strong wahai pensyarahku.
mendengar khabar airmata mu jatuh sungguh menyentap jiwa :(

sukan itu best. menyihatkan badan.
jadi jangan campur hak dengan batil.

lepas ni mungkin kena reka satu modul sukan ikut syariat.
banyak benda sebenarnya kalau nak betulkan.
*hmmm.. ketuk ketuk kepala. garu kepala.*
take note bakal-bakal pendidik!

cerita KOT dan gambar-gambar acara boleh layari : kejohanan olahraga tahunan

Read more...

maafkan akak!

>> Wednesday, March 6, 2013


saf kepimpinan PERSIS 2013

alfun asif meninggalkan kepimpinan. 
rasa macam nak je masuk balik. 
nak je push diri untuk bekerja.
nak bersama korang pikul beban ni

kerana betapa akak dahulu sudah merasai keperitan perjuangan ini.
betapa akak penah menitiskan airmata kerana perjuangan itu.
kerana perjuangan kita unik.
memerjuangkan keseniaan islam

sobs! 
aku berdakwah. mengaku berjuang di jalan dakwah dan tarbiyah. 
tapi bukan bermakna aku perlu tinggalkan secara total perjuangan seni itu. sebab keseniaan pun perlu diperjuangkan,

adik-adikku, 
bersabarlah.
ini tarbiyah dari Allah.
kuatkan hati. kuatkan pergantungan dengan Allah.

semoga keadaan ini akan membuat perjuangan kita lebih utuh.
kerana aku sebagai kakak yang sudah melalui onak dan ranjau nya ingin sekali melatih kamu semua dalam memimpin persatuan itu agar tidak 'kosong'

ye.aku tidak mahu kamu lalui apa yang aku lalui sebelum ini. 
ditinggal terkapai-kapai.

Allah. kuatkanlah kami.
kuatkanlah jiwa pejuang islam daripada segenap kelompok.

kuatkanlah!
mudahkanlah!

berkatilah!

betapa tidak hidupnya semangat jihad dalam jiwa pemuda.

Nanges.


mood : down

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP