touching touched
>> Thursday, July 25, 2013
alhamdulillah.
lama sudah menyepi.
bukan tiada benda mahu dikongsi.
tapi aku berfikiran, mungkin sepi itu lebih baik
bertubi-tubi ujian
saat itu air mata jatuh berderai.
nak di adu tidak tahu pada siapa.
dan akhirnya kembali semula kepad Dia.
dan itulah sebab kenapa aku diuji
ya
untuk kembali pada Nya
alhamdulillah
hari ini masih bernafas
Allah terus bagi peluang
peluang untuk menjalani semula kehidupan setelah bermacam-macam ujian.
Allah memang uji ikut kemampuan walaupun aku rasa aku tidak mampu
tapi janji Allah aku pegang hingga hari ini
masing-masing sekarang sudah membawa haluan
masing-masing punya ujian
masing-masing punya bahagian
kalau dulu kita menjadi sebahagian yang lain,
tapi kini umpama kau-kau, aku-aku
entah mana silapnya
tapi aku yakin ini semua untuk membalikkan kami pada Nya
mungkin selama ini kami terlalu bergantung antara satu sama lain sehingga mengenepikannya
cuma aku berdoa kelak, kemanisan persahabatan itu dapat dirasai.
sahabat,
apa pun yang terjadi dalam hidup mu,
aku yakin Allah uji kerana kamu mampu
aku yakin Allah uji kerana mahu meningkatkan imamu
walaupun kamu letih
walaupun kamu sakit
walaupun kamu benci
sahabat,
aku terasa mahu sahaj mengelap airmata mu
walaupun aku terpaksa berusaha keras untuk mengetahui masalah mu
bukan kerana aku tidak mahu bertanya
tapi aku rasa aku akan mudah tersentuh dengan jawapan tegas tak menjawab itu
kerana aku juga punya emosi
dan aku membiarkan kau dalam emosi bukan kerana aku tak sayang
tapi aku tak mampu hadapi emosi mu itu
cukuplah aku banyak melukakan
biarlah aku sepi
terus membawa diri
menguatkan jiwa sendiri
meski aku perlu jua teman sejati
sudah lah, bukan ini mahu ku coretkan
cuma aku mahu katakan
''kuatlah kuatlah! kuatlah!''
tolong lah
aku merayu untuk kamu kuat
kerana
masing-masing punya bahagian masing-masing dalam hidup dunianya
itu pun sebagai satu saham free Allah nak bagi pada kita untuk saham akhirat.
mohon kuat
mohon sangat-sangat
kerana aku juga sudah letih keseorangan
aku sudah letih menahan rindu
aku sudah letih menahan cemburu
aku sudah letih menyepi di situ.
andai tak mampu kita kembali seperti dulu
saling kuat menguatkan
tidak mengapa
tiada jodonya
cuma aku mohon dan berharap untuk kau terus redha dengan ujian ini walau seberat mana pun ia datang
mohon jangan lupa doa. dan istighfar.
moga Allah bantu kamu
moga Allah redha
