husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

kepenatan yang tenggelam

>> Friday, October 21, 2011

'' sya, jom petang ni jogging sesama..''
''tak boleh la awak. kte ada usrah..''
''awak ni..tak de masa pun untuk kita orang..''


aku tersenyum. merajuk mereka tidak lama. faham mungkin dengan komitmenku. 


''maaf, 'ada' yang lebih 'memerlukan'..''

senyum menghiasi jawapan.


ye. aku sering.terpaksa. mengorbankan waktu2 remaja ku. tapi sikit pun aku tidak merasa terkilan. malah lebih terkilan jika aku tinggalkan jalan ini.


''insyaAllah halaqah kita jam 5 ye petang ni..''
''inalillah umi, ana ada usrah dengan adik-adik.. malam ana ada taalim..''
''boleh postpone x usrah adik tu..?''
''emh..insyaAllah boleh. ana buat usrah lepas maghrib lah..''
''alhamdulillah.. jumpa ye petang ni..''
''ye insyaAllah. pas asar halaqah. pas maghrib usrah. pas isya' taalim.. :) "
''haip..sempat mandi tak tu...?''
''minyak wangi ada kak...heh3...''


mantap. henset aku letak diatas meja. fuh.terkeluar bunyi itu dr mulut ku....segera aku beristighfar, Allah. aku mengeluhkah? kuatkah jiwa ku.




seharian. hari ini. aku begitu senang. tarbiyah menghiasi hidup. Alhamdulillah. masih memperoleh kekuatan menghadiri dan memberi. insyaAllah semoga Allah terus memilih aku berada di jalan ini. 


sekurang-kurangnya aku menghabiskan waktu itu dengan perkara yang membawa kebaikan.


teringat perkongsian dari mutarabbi berkaitan dengan Salman Al-farisi yang berusaha bersungguh-sungguh mencari agama sehingga melangkaui beberapa negeri.


terhibur dengan ceritera burung hud-hud, burung istimewa yang tunduk dan taat kepada Nabi Sulaiman setelah Allah tundukkan. 


terkesima dengan burung hud-hud yang tidak hadir dalam barisan tentera sewaktu Nabi Sulaiman memanggilnya tetapi ketidakhadirannya membawa suatu khabar yang bermakna bagi islam di mana pengkhabarannya mengenai ratu saba' yang menyembah matahari. ketidakhadiran yang bukan dengan sesuatu yang sia-sia tapi membawa sesuatu untuk islam.


terpesona dengan indahnya akhlak Nabi Sulaiman ketika menerima nikmat, baginda memohon agar Allah mencampakkan rasa kesyukuran ke dalam hatinya. 




penat.letih. terhibur rasanya melihat muka-muka permata-permata itu. sungguh, kerana aku yang masih merangkak dalam dunia tarbiyah ini sangat terharu melihat kefahaman yang sedang terbina. ya Allah, sungguh, aku bersyukur melihat mereka. terima kasih kerana sudi memberi mereka nikmat kefahaman.




teringat dulu, sewaktu di satu daurah...


''ukhti....ana sedih lah..''
''eh..kenapa???''
''emh...ana merasa begitu nikmat di jalan ini. satu perasaan yang tak dapat digambarkan.. tapi ana tak tahu sama ada mutarabbi ana dapat tak merasainya...''


berjurai airmata jatuh. ye. aku masih baharu. banyak yang tak tahu. banyak yang kurang. rasa x mampu membawa mereka. masakan tidak, pada ku murobbiyah ku sangat hebat. apakah bisa aku menjadi sepertinya...


''anti doakan lah..semoga Allah terus memilih hati mereka. semoga mereka thabat di jalan ini. walaupun bukan dengan anti mungkin dengan orang lain... ''


ye. benar. insyaAllah semoga mereka terus dipilih..walaupun bukan dengan aku. benar. tak perlu bimbang. yang penting apa yang ada sekarang, aku usahakan semampunya. insyaAllah. menegakkan syahadatul haq.


semakin hari. semakin banyak perkara yang dipelajari. sejenap penjuru Allah mentarbiyah hambaNya. Alhamdulillah.


semoga Allah sentiasa memilih hati kita. menthabatkan kita di jalan ini. aku, kamu, kita dan mereka.




kepenatan yang tenggelam. semoga Allah merahmati setiap langkah kita. 






-sakit tenggelam dek keseronokan tarbiyah. semoga terus thabat.-


miqdad menanti
husniyahbazlaa
madrasahtarbiyah

Read more...

carilah jalan bukan alasan

>> Sunday, October 16, 2011

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. alhamdulillah. syukur yang tidak terhingga, hari ini masih lagi merasai nikmat iman dan islam. dua nikmat yang sangat besar namun kita seringkali alpa dan tidak merasakan langsung bahawa ia adalah nikmat. kan? semoga Allah mengampunkan kita manusia yang kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. astagfirullah. 


baru sahaja tadi. terserempak dengan sebuah video. Allahu! 


jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah.
jangan berat menyebut nama Allah..
dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah?
-al habib munzir al musawa-
subhanallah, walhamdulillah, allahuakbar! 


bila merenung. ditenung. bila mendengar. didengar. benar katanya. beratnya lidah untuk mengungkap kalimah Allah. kadang kala untuk mengucap astagfirullah pun merasa malas dan egois. Allah.. gelapnya hatiku!


bergelar daie bukan mudah.. seringkali terasa malu untuk mengaku diri itu daie. terasa mahu lari kerana ''saya tak layak'', ''saya banyak dosa..'', ''saya tak boleh..'', ''saya tak hebat mcm awak''..


siapa sedar? kalimah dan bait tu seringkali kita ungkapkan kan? ana sendiri tatkala pertama kali diamanahkan usrah. rasa tak mampu menyelubungi diri. tapi.. sampai bila?


ye. sampai bila kita tak mampu? sampai bila nak kata kita tak layak? sampai bila nak kata kita banyak dosa? sampai bila kita nak kata kita tak boleh..kita tak bagus? sampai bila?


persoalan ini takkan selesai. takkan dapat diselesaikan kerana ia bermula dari diri kita. hati kita.


adakah alasan ini akan dipertahankan selama-lamanya dalam diri bila di minta untuk berdakwah?


tidak, bukan?


jawapan ini jugakkah kita nak beri bila berhadapan dengan Allah? 


sampai bila? jika tahu banyak dosa, apakah kita nak membiarkan kita hidup dlm dosa? apakah kita akan join dakwah bila kita suci tanpa dosa. jika benar, bila?


itu semua adalah alasan. alasan yang direka untuk lari dari tanggungjawab. carilah jalan bukan alasan.


kita amat dan teramat sedar bahawa umat sangat tenat. umat perlukan kita. tapi kita lari pula. betulkah tindakan kita itu? tidakkah ia menzalimi mereka? 


aiwah akhwat ku.. pentarbiyahan itu datang dari segenap penjuru. dulu ana juga beralasan begitu tapi ana sedar itu tanggungjawabku. alasan yang direka itu datang dari diri sendiri, maka harus bertanggungjawab menyelesaikannya. andai berdosa, saat inilah kita ter''push'' untuk bertaubat kerana bimbang dosa kita yang menyebabkan hidayah Allah terhalang sampai kepada mad'u kita. andai tak mampu maka berusahalah, andai kata ilmu mu cetek, maka perbanyakkan lah bacaan dan carilah ilmu itu, andai kata kamu tak hebat, kamu tak perlu hebat di mata manusia, tak perlu dipandang oleh manusia, tapi biarlah Allah memandangmu. berusahalah menutupi lubang2 kekurangan itu.


sama-samalah kita perbaiki diri. 


aiwah! bergeraklah! untuk umat. untuk islam.


kerana, sebenarnya terlalu kecik apa yang kita perjuangkan. terlalu sedikit apa yang kita lakukan. tapi biar pun sedikit, biar pun kecik istiqamahlah. terus kanlah perjuangan. berjuanglah semampunya.


mahar syurga itu mahal. mungkin kita perlu korbankan segala-galanya.


sungguh, ada rasa cemburu melihat ikhwah dan akhwat yang perjuangannya tidak pernah henti. yakinnya dia melangkah menjulang islam itu sangat dikagumi. itulah impianku.


sungguh, aku telah jatuh cinta pada 'D' ini. Allah..tuntunlah langkahku.. semoga aku masih terpilih untuk berada di jalan DnT ini. semampunya akan diusahakan.




-alhamdulillah, tangan dah pulih, insyaAllah dengan izinnya...semoga lebih banyak bakti dpt dikutip sebagai saham akhirat. 
utk sahabat, aku sentiasa ada.aku sayang kamu kerana Allah tapi aku tahu Allah lebih sayang kamu, semoga baik2 sahaja. maaf.
sambung study balik. UAK( ujian Akhir Kursus 17/10 [literasi bahasa dan english profeciency] 18/10 [ literasi nombor ] doakan kejayaanku. Amin-



Read more...

tersentap

>> Saturday, October 15, 2011

Allah.. tersentap!

saat ini. saat hati huyung hayang.saat hati sakit. aku jumpa nota kasih ini. nota dr seorang akhwat.

(T_T)

Malulah wahai da’ie, kata mata sering membaca Quran, tapi mengapa masih mata kau gunakan, melihat wayang yang merosakkan, membaca komik yang melalaikan? Malulah wahai da’ie, kata telinga sering mendengar peringatan, tapi mengapa masih telinga kau gunakan, mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan, mendengar bersama fitnah dan umpatan? Malulah wahai da’ie, kata kaki sering menapaki jalan perjuangan, tapi mengapa masih kaki kau gunakan, menuju tempat yang jelas melalaikan, bahkan jarang ke masjid kau langkahkan? Malulah wahai da’ie, kata tangan sering menulis kebaikan, tapi mengapa masih tangan kau gunakan, menekan capaian (link) yang merosakkan, menaip di ruang sembang tiada batasan? Malulah wahai da’ie kata hati ingin kau bersihkan, tapi mengapa masih hati kau gunakan, mengiyakan segala dosa kemaksiatan, menyokong hasutan nafsu dan syaitan? Sedarlah wahai da'ie, cukuplah pengkhianatan kita lakukan, cukuplah menghampiri sifat kemunafikan, walau ku tahu da’i bersifat kemanusiaan, terkadang sering melakukan kesilapan, tapi jangan jadikan itu alasan, untuk berterusan mengulangi kesalahan, namun jadikannya satu sumber kekuatan, menanam azam untuk mengambil pengajaran, ayuh da’ie sejati perlu kita buktikan!


Read more...

mohon taujih

>> Thursday, October 13, 2011

hilang diri. hilang jiwa. hilang hati lah kan?


aku menulis untuk diri. untuk peringatan diri. kau sebagai pembaca menjadi saksi. saksi penulisan. mengingatkan diri yang pernah menulis. mengingatkan diri yang yang memberi peringatan pada diri. 


tulis.baca.ingat.amal.


sahabat, ambillah ibrah pada yang perlu. pada yang tak, tegurlah.


bagai orang hilang jalan dalam menyelesaikan misi.tarik aku semula ke jalan itu..


sila.bantu.berilah taujih.


rindu akhwat nak bercurahat.

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP