husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

flashmob : sebuah impian

>> Sunday, December 29, 2013





''jangan meremehkan impian walau setinggi apa pun'' 
quote Negeri 5 Menara

dulu.. aku pernah berimpian. Aku coretkan di twitter.



waktu aku menulis itu, aku tidak pasti sebenarnya aku mampu atau tidak melaksanakan impianku. apatah lagi saat itu aku sedang berpraktikum.. aku pula tidak memegang apa pun jawatan yang melibatkan aku dalam meting GAKEP (Gabungan Kelab dan Persatuan). 

aku hanya mengimpi-ngimpi untuk menggegarkan bumi tarbiyah ini dengan flashmob itu.

kerana aku tahu, ramai yang tak tahu tentang syria, palestin mahupun mesir...

dan aku mendapat idea, untuk menyelit bersama kelab Skuad Didik, kelab kesukarelawanan yang di amanahkan slot Talk Islami sewaktu Ipod.. 

alhamdulillah tsumma alhamdulillah.. 
Allah bagi peluang. 
pada awalnya presiden seperti tidak bersetuju. 
kerana presiden itu penuh hamasah tapi melihat reaksinya sudah cukup membuatkan aku faham bahawa dia seperti tidak mahu melibatkan diri, 
mungkin kerana beratnya tugas-tugas lain, 
namun selepas di syura kan, aku bersedia mengambil tanggungjawab tu bersama akhwat yang lain. 

Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk melapangkan masa yang menghimpit, 
Allah izinkan kami untuk mengerah keringat untuk agamaNya, 

aku rindu kesibukan itu.
berpulasan kami bersama akhwat membanting keringat, mengerah otak, menjengkilkan mata yang asik terlelap, berkejaran syuro, berjumpa orang-orang besar, tersenggut menghadap komputer menghitung detik dan momen yang penting untuk digarab menjadi sebuah penceritaan yang hebat.

dan syukur, Allah lebih membantu apabila JPP Kesenian dan Kebudayaan menawarkan untuk melakukan persembahan tersebut pada malam konsert. Allahu Allah. sujud syukur. 
selepas syuro, kami terima tawaran itu. Alhamdulillah.

Alhamdulillah kemudian kami di khabarkan bahawa Kelab Teater turut akan bersama. Alhamdulillah syukur.

puas dan puas.
kami mencuba yang terbaik untuk menyentuh hati audiens kelak.
selebihnya kami serahkan pada Allah.

kerana sewaktu latihan dan sebelum persembahan sebenar, kami sangat diingatkan dan mengingatkan diri masing-masing, barisan penggerak dan pelakon flashmob untuk menjaga niat, dan melaksanakannya kerana Allah. 

dan alhamdulillah, feedbacknya sangat baik. alhamdulillah!





sedikit gambar sekitar flashmob


aksi bersama akh muadz


aksi slot syria

barisan pelakon dari kelab teater

kami bersama Akh Muadz


terima kasih buat kelab teater, JPP kesenian,
terima kasih buat watak-watak utama belakang tabir,
terima kasih buat sukarelawan yang osem
terima kasih buat yang terus menyokong biar sengaja mahupun tidak.

flashmob, 
sedetik yang bermakna.
semoga Allah redha

noted pada yang hadir malam itu,
sungguh kehadiran anda sangat bermakna buat saya.
moga Allah balas dengan kebaikan.



#throwback #twozeroonethree

Read more...

fisio, sebuah kesabaran pada kesihatan

>> Saturday, December 28, 2013



alhamdulillah. hampir 3 bulan usai temujanji pemulihan carakerja atau lebih famous sebagai fisioterapi (walaupun fisio dengan pemulihan cara kerja tu adalah lain)

alhamdulilllah sepanjang 10 kali melaksanakan aktiviti itu di unit rehablitasi Klinik Kesihatan Putrajaya terlalu banyak tarbiyah aku perolehi.

terima kasih kepada akhwat yang sangat setia bersama walaupun saya tahu dia penat dan tak larat nak ulang alik, hantarkan saya ke temujanji.
terima kasih kawan-kawan sekelas yang bersusah payah berlakon dan sebagainya semata-mata nak menghantar saya ke temujanji. turut tak lupa atas keprihatianan semua.
terima kasih juga kepada guru pembimbing, rakan praktikum dan guru-guru sekolah tempat aku praktikum yang tak henti memberi semangat dan mengerti keadaan saya. teringat kisah kolam menjadi saksi titik-titik airmata yang jatuh keputus asaan. Allahu Allah
terima kasih buat akhwat, sahabat dan sesiapa sahaja yang mendoakan kesembuhan

hanya yang melalui merasakan nikmat dan ujiannya.
hanya yang melalui merasakan betapa peritnya mengepam jiwa menjadi besar
hanya yang melalui merasakan betapa kebergantungan pada Allah lebih besar dan pengharapan pada manusia itu mengecewakan.
hanya yang melalui sahaja merasa betapa indahnya ukhuwah apabila didasari kerana Allah.

dan sebenarnya ujian yang hadir ini benarlah untuk membuat kita dekat dengan Allah.
membuat kita dihapuskan dosa dengan bersabar.
membuat kita bersunguh menghargai nikmat sihat kerana ingin meneruskan gencaran dakwah.
membuat kita lebih berhati-hati dan kreatif menggunakan nikmat Allah.

tanpa sedar orang disekeliling turut ditarbiyah. 

alhamdulillah.

semoga cepat sembuh.
semoga tidak memberi kesan yang teruk lagi untuk masa akan datang.
semoga tidak memberi kesan juga ketika peperiksaan.
semoga cepat sembuh tanganku. 

Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkanku (26:80)

pesan seorang adik, ''tangan yang menggoncang dunia, cepat sembuh k''

doaku " moga Allah beri kekuatan untu aku tempuhi ujian ini dengan tabah dan sabar"

Amin

#throwback #twozeroonethree

Read more...

praktikum II di SK Jenderam

>> Sunday, September 29, 2013


Alhamdulillah, secara bertulis dan amali selesai praktikum dua bulan di SK Jenderam.

komen?

terlalu banyak kisah untuk di coretkan.

sekolah ini mengajar aku erti kedewasaan.
mengajar aku erti pengorbanan guru.
mengajar aku untuk peka dengan mad'u.
mengajar aku bersosial sebaiknya dengan guru, mereka pun mad'u.

sekolah ini terlalu banyak kisahnya.
dari guru besar sampai la ke makcik kantin dan makcik tukang sapu.
we are family ibaratnya.

sekolah ini ajar aku bekerja biar gempak, bersosial biar lepak.
suasana bekerjanya hidup.
kami tak dipandang sebelah mata.
kami turut merasakan kebersamaan bersama mereka.

sk jenderam dan warganya memang terbaik.

suka duka. perit getir. airmata menitik2 di surau dan sbgnya semua menjadi saksi..
sokongan moral tak henti dari guru-guru buat aku guru praktikum yang kurang kudratnya.
terima kasih.

buat guru pembimbing yang supperb dan umph!
terima kasih ustazah faridah. terima kasih ustaz rizal.

sehingga hari ini, walaupun dah seminggu habis praktikum, kami masih lagi kontek mengontek. ;) see? hubungan itu wujud. 

alhamdulillah. tsumma alhamdulillah.

i want do more for them. tapi masa tak mengizinkan. cukuplah dapat bagi talk 30 minit about peranan hidup sebagai muslim.

ok. jum tengok gambar ;)



inilah murid-murid warga jenderam
dari tahun 1-6
satu-satunya sekolah. kecik tapi ramai jugak guru lelakinya.
nampak balance je nak buat kerja.
semangat cikgu-cikgu menyanyi.
ni la cikgu-cikgu, GPK, GB sume sibuk bergambar. anak murid berterabur kat depan tu.
hey, pantang nampak kamera sumenya. hehe
tapi ni tak lengkap ni. ada lagi yang tade.
bersama guru pembimbing.
ustaz rizal, guru pembimbing bahasa arab
ustazah faridah selaku guru pembimbing pendidikan islam
bersama ustazah endon, ketua panitia pend islam. banyak bagi tunjuk ajar pada kami. ;)

alhamdulillah. siap. projek bersama.
misi membawa kufi ke sekolah. ;) sempat jugak buat kelas khat dengan murid tahun 6,
my practicum mate, hafiza hawa
bersama adam hafiz yang sweet

bersama sebahagian dari murid 3C.
yang lain dah bergasak menangis.
cenderahati dari mereka
spesial picture ;)

ok. jumpa lagi next praktikum yang tak tahu mana hala dan siapa punya kepala. hehe

hari ini dalam sejarah. 
catatan praktikum. SK Jenderam. 
290913

Read more...

konvoi raya

>> Thursday, August 15, 2013

subhanallah!

allahuakbar!

alhamdulillah!

syukur. Allah bagi lagi peluang untuk kami berziarah ke rumah guru-guru yang banyak berbakti kepada kami.

satu moment yang sangat best bila guru bertanya belajar di mana, kos apa.
sangat terasa betapa seronoknya hati seorang guru itu melihat anak didiknya berjaya.

sedangakan dia terus meniti usianya, terus menabur khidmatnya kepada murid yang silih berganti.

masyaAllah guru itu hebat. sangat hebat!

terima kasih guru-guruku, berkatilah kehidupan guru-guruku ini ya Allah.

5KAA2008
SMK Tun Hussein Onn Kluang, atau lebih dikenali sebagai Sekolah Sukan Negeri (SSN)

Bahasa Melayu Puan Rozita Rashid
Bahasa Inggeris teacher Haslinda Elias
Bahasa Arab Puan Mahdalina Ramly
Syariah Islamiah Ustaz Hamdi
Alquran dan Assunnah Ustaz Ramzi
Matematik dan Fizik Puan Jamaliah Talib
Biologi Puan Mardziah
Matematik Tambahan Puan Norfuza Esa
Kimia Puan Turah
Sejarah Cikgu Riduan
English Science andTechnolgy Sir Azman 



*berziarah ke rumah cikgu ishak,guru sains tingkatan 3*



jaulah raya versi THO fasa guru-guru

senyum lebar.

miss them. all the best geng. 


*oh, satu perkara.. rasa hepi sebab dalam ni ada juga akhwat. oh bila tarbiyah menyapa rasa seronok dengar. almaklumlah kawan sama membesar juga buat benda yang sama. so no reason untuk futur. tarbiyah bukan untuk futur.*


setahun je lagi. semoga selamat semuanya.

Read more...

maaf

>> Thursday, August 8, 2013

bilamana punya banyak masalah dengan manusia

itu bermakna kita punya masalah dengan Allah.

yes. hubungan kita dengan Allah banyak yang compang camping.

makanya bermasalah lah hubungan kita dengan manusia.



manusia, siapa yang mampu lari dari khilaf?

tapi anda mampu mengatakan 'minta maaf'

walaupun ego untuk melafazkan, tapi mulia Allah iktirafkan.

walaupun sukar untuk dimaafkan, tapi sungguh, ia perbuatan mulia.


forget and forgive.

how i do many mistakes. sedar mahupun tidak.


and sometimes, 

eh bukan sometimes, everytime.. sebenarnya,

kita sangat perlu sahabat untuk menegur khilaf kita.

dari kita terhukum atas kesalahan yang kita sendiri tidak sedar kita melakukannya.

hatta akhwat sendiri kadang-kadang takut untuk menegur akhwatnya.


yes. manusia akan tacink dengan teguran tersebut.

tapi, ia perlu sebenarnya. sangat perlu. 

agar nya si dia pun dapat perbaiki akhlaknya seiring kefahaman agamanya.


mungkin, aku yang harus memulainya. 

supaya aku juga sedar aku tidak menghukum manusia sebelum aku menegurnya.

let me do it first.


Memberi maaf pada yang merasa punya khilaf; menentramkan hatinya. Memberi maaf pada yang tak merasa bersalah; menentramkan hati kita.


asif. maaf. forgive me.

atas kesalahan yang telah diperbuat.

-aku.yang.terhukum.dengan.kesilapan.sendiri.-


Read more...

touching touched

>> Thursday, July 25, 2013

alhamdulillah. 
lama sudah menyepi. 
bukan tiada benda mahu dikongsi. 
tapi aku berfikiran, mungkin sepi itu lebih baik

bertubi-tubi ujian
saat itu air mata jatuh berderai.
nak di adu tidak tahu pada siapa.
dan akhirnya kembali semula kepad Dia.

dan itulah sebab kenapa aku diuji
ya
untuk kembali pada Nya

alhamdulillah
hari ini masih bernafas
Allah terus bagi peluang
peluang untuk menjalani semula kehidupan setelah bermacam-macam ujian.

Allah memang uji ikut kemampuan walaupun aku rasa aku tidak mampu
tapi janji Allah aku pegang hingga hari ini

masing-masing sekarang sudah membawa haluan
masing-masing punya ujian
masing-masing punya bahagian

kalau dulu kita menjadi sebahagian yang lain,
tapi kini umpama kau-kau, aku-aku

entah mana silapnya
tapi aku yakin ini semua untuk membalikkan kami pada Nya
mungkin selama ini kami terlalu bergantung antara satu sama lain sehingga mengenepikannya

cuma aku berdoa kelak, kemanisan persahabatan itu dapat dirasai.

sahabat,
apa pun yang terjadi dalam hidup mu,
aku yakin Allah uji kerana kamu mampu
aku yakin Allah uji kerana mahu meningkatkan imamu
walaupun kamu letih
walaupun kamu sakit
walaupun kamu benci

sahabat,
aku terasa mahu sahaj mengelap airmata mu
walaupun aku terpaksa berusaha keras untuk mengetahui masalah mu

bukan kerana aku tidak mahu bertanya
tapi aku rasa aku akan mudah tersentuh dengan jawapan tegas tak menjawab itu

kerana aku juga punya emosi
dan aku membiarkan kau dalam emosi bukan kerana aku tak sayang
tapi aku tak mampu hadapi emosi mu itu

cukuplah aku banyak melukakan
biarlah aku sepi
terus membawa diri
menguatkan jiwa sendiri
meski aku perlu jua teman sejati

sudah lah, bukan ini mahu ku coretkan
cuma aku mahu katakan 
''kuatlah kuatlah! kuatlah!''
tolong lah 
aku merayu untuk kamu kuat

kerana
masing-masing punya bahagian masing-masing dalam hidup dunianya 
itu pun sebagai satu saham free Allah nak bagi pada kita untuk saham akhirat.

mohon kuat

mohon sangat-sangat

kerana aku juga sudah letih keseorangan
aku sudah letih menahan rindu
aku sudah letih menahan cemburu
aku sudah letih menyepi di situ.

andai tak mampu kita kembali seperti dulu
saling kuat menguatkan
tidak mengapa
tiada jodonya

cuma aku mohon dan berharap untuk kau terus redha dengan ujian ini walau seberat mana pun ia datang

mohon jangan lupa doa. dan istighfar. 

moga Allah bantu kamu
moga Allah redha

Read more...

rancaknya kehidupan

>> Sunday, March 31, 2013

@ sayonara jahiliyah IPG KPI

akhwatfillah,
kita dah tempuh banyak benda bersama, 
sakit tangis duka dan tawanya kita harungi bersama.

banyak dan sangat banyak lagi perkara yang akan kita lalui lepas ni..

bukan kah kita telah berjanji untuk mewaqafkan diri untuk islam ini??
ini lah saatnya kamu membuktikan janjimu dengan amal.

akhwatfillah,
jalan juang mana yang sepi dari ujian?
jalan juang mana yang dapat dilalui dengan karpet merah?
jalan juang mana pengikutnya sentiasa dipuji-puji?
jalan juang mana yang pendokongnya tak perlu untuk berkorban??

tiada. ukhti. tiada.

ujian ini yang akan membuatkan kamu bangkit. 
bangkit dari lena.
bangkit dari jaga,
bangkit dari kerehatan
bangkit dari keseronokan.
bangkit dari keselesaan.

aku, tidak di ajar untuk bersenang lenang di jalan ini, dan aku juga tidak suka mengajarkan kamu kesenangan di jalan ini kerana hakikatnya ia memang mencabar dan tidak mudah.



akhwatfillah,

bertabahlah!
bertahanlah!!
sungguh, Allah bersamamu.

bila kita sudah berada di jalan ini, patah balik itu perkara yang merugikan.
kerana entah dengan cara apa lagi boleh booster kita beramal untuk merebut syurga.

semoga kuat hai mujahidah!

jaga hati. jaga mutabaah. jaga tarbiyah antum. jaga dakwah antum.


akhwatfillah,

bila kamu merasa penat, katakan aku buat ini LILLAH!
bila ada yang merasa penat, katakanlah.. 'ukhti, kita rehat di syurga nanti ...'


**********

mendengar sok sek praktikum itu menyesakkan, aku jadi bimbang. 
kerana aku takut aku memadukan dakwah dan tarbiyah. 
ya Allah, mohon permudahkan urusanku.
mohon kuatkan kami.
aku ingin sekali all out untuk addin ini.

Nanges.

hai umat, aku datang ni.

SK Bandar Teknologi Kajang

***********

husniyahbazlaa
mood praktikum
i.wish.that.dakwah.dan.tarbiyah.will.be.my.first.love.forever



Read more...

himmah

>> Friday, March 29, 2013

alhamdulillah.

memang Allah bagi ubat kaw2 punya la!

kesibukan selama ini alhamdulillah dapat direhatkan sebentar bila berada dalam konferens riang.

walaupun ada bisik-bisik kata,

'weheeii, ko tak penat ke? asik ada program je..'

'tu la..ko ni, usrah luar la. apa la.. banyak sangat..'

haip! join dan buat kerja dalam tarbiyah dan dakwah pun kena jugak ke? aha. relaksla. Rasulullah pun kena dulu. sahabat. diaorang cool jek kan.

diaorang tak paham nikmatnya. diaorang tak tahu apa kita rasa sebenarnya. pada diaorang benda-benda itu memenatkan. tapi pada saya, itulah masa saya nak rehat dari urusan duniawi ini.

pada awalnya, saya sedih. saya sangat terasa bila ada hadis yang berbunyi :



mau tak nya. kesibukan ini hampir sahaja membunuh jiwa. mujur support system sering mengingatkan saya terutama ketika berpetak dan membulat gembira maupun riang!

jadi, bila dapat satu panggilan dakwah. aiwah! saya teruja dan sentiasa berdoa. moga Allah beri kelapangan waktu.

dan Allah telah pilih kami untuk bersama dalam konferens ini.


HIMMAH

alhamdulillah. himmah! siapa tahu? himmah tu satu dorongan untuk kita. memang la nak katanya ia akan membantu kita dalam bergerak dan melangkah penuh bergaya di jalan ini meskipun airmata, duka dan pengorbanan sangat dituntut di sini.

sangat penting untuk kita ada himmah, untuk mengelak kita dari terus lesu dan akhirnya futur di jalan ini. 

sangat penting untuk kita ada himmah, agar kita tidak sering memberi alasan untuk jalan ini.

sangat penting untuk kita ada himmah, agar kita tidak mereka rukhsah dalam jalan ini.

maka carilah himmah 'aliyah!

Cari ia dengan ilmu.  kuatkan mujahadah dalam berfikir perkara yang hebat. bersahabat dengan orang yang tetonjol hikmahNya.

sangat rugi kalo kita tade himmah, layu je. lesu je. malas. berangan-angan. membuang waktu.

apa yang pasti, rebut himmah itu! gunakan sebaiknya. 

jangan sampai kita ini hilang 'rasa' dari jalan ini.

jangan sampai bila islam dah menang, kita sibuk nak ngaku kita ada dalam gerabak tersebut sedangkan kita tak buat apa-apa pun. 

sangat takut. 

mana tidaknya, dengan himmah itulah kita punya keteguhan hati.

aiwah, cari sahabat berjiwa himmah!

demi menuju ke syurga!





-draft dah lama @ daurah himmah-



Read more...

kuat

>> Wednesday, March 27, 2013

17.03.2011

tarikh bermakna.

dua tahun 10 hari sudah.


awak dan saya, semoga terus kuat!

in shaa Allah saya tahu ini yang terbaik.

keputusan saya dan awak untuk memilih jalan ini bukan keputusan keseorangan.

semoga kuat.

biar jauh, in shaa ALLAH awak dalam doa saya.

<3

Read more...

wasiat


Isnin, Asar, 22 Sya’ban 1406H (20 April 1986)

Abdullah Yusuf Azzam
(Wasiat ini ditulis oleh Shaykh Dr Abdullah Azzam semasa jihad Afghanistan melawan Soviet Union masih berlangsung)


Wasiat Asy-Syahid

1. Wahai Para Da’i Islam!
Carilah kematian niscaya anda akan dikurniai kehidupan. Janganlah kamu semua sampai tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah kalian sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban2 besar.

2.Wahai Para Ulama Islam!
Majulah kalian untuk memimpin generasi yang ingin kembali kepada Rabb-nya ini. Janganlah kalian cenderung kepada kehidupan dunia.

3.Wahai Kaum Muslimin!
Telah lama kalian tidur nyenyak, sehingga kerosakan bermaharajalela di negeri kalian.

4.Wahai Kaum Wanita!
Jauhilah kehidupan mewah dan megah kerana kemewahan itu musuh jihad, disamping akan merosak jiwa manusia. Hindarilah barang-barang yang tidak terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan2 asas.
Binalah anak-anak kalian untuk menjadi orang yang biasa susah, jantan, berani dan siap sedia berjihad.

Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta Jihad dan perjuangan. Jadikanlah rumah kamu seperti sarang singa, bukn ladang ayam daging yang diberi makan utuk disembelih para taghut.

Hiduplah dengan penuh prihatin terhadap musibah kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam seminggu hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air.

5.Wahai Anak-Anak!
Didiklah diri dengan bunyi ledakan bom, dengungan senjata, naguman jet2 perang dan dentuman kereta kebal. Jauhkanlah diri kalian dari dendangan lagu-lagu dan musik-musik orang-orang pengumbar nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari tilam orang-orang yang hidup bermewah-mewahan.

6.Wahai Ummu Muhammad! (Isteri Abdullah Azzam)
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan kepadaku dan kepada kaum Muslimin.

Engkau telah bersabar hidup bersamaku setelah sekian lama merasakan manis pahitnya kehidupan. Engkau telah memberikan dukungan yang sangat berarti bagiku untuk berjalan di atas perjalanan yang penuh berkah ini dalam berjuang di medan Jihad.

Ke atas bahumulah aku serahkan tanggung jawab keluarga pada tahun 1969, ketika kita baru mempunyai dua anak perempuan dan seorang bayi lelaki. Engkau hidup dalam sebuah kamar kecil yang terbuat dari tanah liat, tanpa dapur dan alat pemanas (untuk menghadapi musim dingin).
Kemudian aku serahkan ke atas pundakmu segala urusan rumah tangga ketika beban semakin berat, keluarga semakin bertambah, anak-anak bertambah besar dan tamu-tamu bertambah banyak, tetapi engkau tetap tabah menghadapi semuanya.
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan untukku.

Sesungguhnya kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling lazat. Kesabaran menghadapi kesulitan lebih manis daripada hidup bergelumang kemewahan dan kemegahan.
Pertahankanlah hidup zuhud niscaya Allah mencintaimu, dan janganlah engkau menginginkan apa yang ada di tangan orang lain, nescaya mereka akan mencintaimu.
Al-Quran adalah kenikmatan dan teman hidup. Bangun malam, siyam sunnah (puasa sunat) dan istighfar di waktu sahurpagi membuat hati menjadi bersih dan menjadikan engkau merasakan manisnya ibadah.
Bertemanlah dengan wanita-wanita salihah, tidak berambisi (tidak cinta dan rakus) kepada kehidupan dunia dan menjauhi kemewahan dan cinta dunia, akan memberikan ketenangan hati.

Semoga Allah mempertemukan dan menghimpun kita di Syurga Firdaus, sebagaimana Allah menghimpun kita di dunia.

7.Wahai Kalian Anak-Anakku!
Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sedikit. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian.

Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban. Demi Allah, aku tidak kuasa hidup tenang sementara api malapetaka membakar hati kaum Muslimin. Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan-hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan.

Aku wasiatkan kepada kalian agar berpegang teguh kepada Aqidah Salaf (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) .Jauhkanlah diri kalian dari sikap berlebih-lebihan. Baca dan hafazlah Al-Quran.
Jagalah lisan, bangunlah malam, lakukanlah puasa sunnah, bergaullah dengan orang-orang baik, aktiflah bersama gerakan Islam.

Aku wasiatkan kepada kalian wahai anak-anakku agar kalian ta’at pada ibu kalian dan menghormati saudara-saudara perempuan kalian (Ummul Hasan dan Ummul Yahya). Carilah ilmu syari`ah yang bermanfaat. Ta’atilah saudara kalian yang terbesar (Muhammad) dan hormatilah dia.

Aku wasiatkan kalian agar saling mencintai sesama kalian. Berbuat baiklah kepada datuk dan nenek kalian (Ummu Faiz dan Ummu Muhammad), kerana keduanyalah, setelah Allah, banyak berjasa baik kepadaku. Sambunglah hubungan keluarga kita dan berbuat baiklah kepada keluarga kita. Penuhilah hak persahabatan kita kepada orang yang bersahabat demi kita.

Maha Suci Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah kecuali Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

Read more...

repost : surat untuk awak.

>> Monday, March 25, 2013

assalamualaikum. disebabkan tak sempat nak jumpa semua sedangkan minggu ni minggu terakhir akak kat maktab, akak harap sangat adik-adik boleh baca post ni. baca tau. 

adik-adik yang akak sayangi, cintai dan kasihi kerana perjuangan ini. 
sesungguhnya epilog perjuangan kami kakak2 dan abang2 before ini untuk memartabatkan kesenian islam di IPG KPI yang semakin hilang ni bukanlah satu karya agung. bukan satu karya yang mampu menyentuh emosi bagi antum. tapi ia istimewa buat akak. akak nampak sakit dan tangisnya perjuangan abang-abang dulu menyemarakkan dan memperjuangkannya.

bagi akak. selaku pemerhati dan pernah terlibat dengan saf pejuang2 ini merasakan satu hentakan, pelempang, sepakan melihat perjuangan semakin luntur dalam diri kita. mana pergi adik2 semangat jihad adik2 utk perjuangkan kesenian ini?

adik-adik yang di kasihi,
andai perjuangan di medan perang sahaja yang Allah terima, sudah pasti kita tak layak mendapat syurga. tapi Allah itu adil, pemurah.. Dia bagi ganjaran terhadap apa pun yang kita lakukan untuk islam. dalam apa pun bidang. kedoktoran. kejuruteraan. pendidikan. dan keseniaan juga!
adik-adik, para artis yang mendapat hidayah gigih pergi ke sana ke mari untuk memaklumkan kepada ramai orang, 'hey, islam tu bes! jom la jadi orang islam! ' 'hey, aku ada Allah. kamu pun ada'.
tapi kita? sekadar memperjuangkan keseniaan islam di dalam maktab shj sudah lemah. nampak kecik tapi susah nak laksana kan.. kan?

adik-adik, kami dulu dah lalui apa yang adik-adik lalui. kerja melambak. ada meting itu. ada meting ini. esok nak hantar asgmen. esok jugak nak kena present. esok jugak lecturer nak tengok fail. esok jugak la ada itu dan ada ini.. kami dah lalui semua tu. lalui dengan ketenangan mahupun tekanan. bersengkang mata. mata bengkak menangis pun ada.

tapi adik-adik, semua tu Allah yang bantu. even kita join banyak persatuan atau kena menghadiri program, usrah dan sbgnya.. percayalah Allah akan tolong kita dik. Allah bantu kita sebab kita buat perkara-perkara tadi tu pun kerana Allah. takkan lah Allah tak tolong. tolong punya! percayalah! 
macam tu jugak dengan kelas khat, kami dah lalui saat-saat getir dengan kerja yang menimbun, tapi keyakinan yang kami pegang ini telah membuatkan kami sanggup datang kelas khat walau apa pun yang akan berlaku esoknya. 
kerana yang akan bantu dan tentukan kerja kita siap atau tidak itu ALLAH. bukan diri kita.

kekadang, akak malu dik kat ustaz zawadi, sebab kan dia susah nak fokus kat kita dulu, akhirnya sekarang dia tak amik upah kat mana-mana institusi untuk ajar kelas khat. tapi dia tetap ajar kat IPIS even tak pernah dibayar.. ye, kita tak pernah bayar dia, johan khat kebangsaan berturut-turut, pengadil khat kebangsaan sebab kita tak mampu nak bayar dia. tapi hasilnya, bila dia datang, yang ada hanya beberapa orang sahaja.. 

akak tau adik-adik kepimpinan baru ni boleh bagi sebaik-baik komitmen. dan akak tau pasti ada sebab kenapa awak-awak yang terpilih dalam kepimpinan ni. secara kasarnya mungkin terpaksa, tapi semua itu kan aturan Allah.

akak cuma berharap, adik-adik bagi la sebaik-baik komitmen utk perjuangan ini. akak cakap macam ni sebab akak tanak adik-adik berjuang kosong, tapi berjuang untuk islam dengan keseniaan ini. kita cari pahala banyak-banyak dengan jalan juang yang ada depan mata ni ye. semoga usaha kecik ni akan meningkatkan saham sorga adik-adik semua ye.

akak sayang persis. akak sayang orang-orangnya juga.
akak takkan biarkan adik-adik berjuang sendirian. kita berjuang sama-sama ye walaupun akak tade dalam kepimpinan ini.

nak gibap boleh tapi 2 saat je. 
"sikap gibap bukan sikap mukmin" debuk!

selamat berjuang ye. 
selamat PBS. selamat berpraktikum utk diri sendiri. 
bertemu kembali selepas praktikum in shaa Allah!

mata masuk habuk.

-Nisa'-





-paste.dipos pada 19Mac2013 at 1524@saf kepimpinan PERSIS-
mood : RINDU PERSIS

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP