rasa yang tidak terungkap
>> Wednesday, September 14, 2011
bismillahirrahmanirrahim
selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, para tabi' dan para tabi' tabiin juga buat semua pejuang islam tak kira dari lapangan mana sekali pun.
![]() |
lama menyepi. rasa rindu untuk berkongsi |
alhamdulillah. ini yang pertama. entry pertama merasmikan MISI PENCARIAN. ye. sedang mencari-cari. mencari kasih illahi. memburu cintaNya. aku mencari diri. mencari jiwa yang lapang dan bersedia untuk perjuangan islam. mencari hati yang rindu untuk memberi setiap kata pembakar semangat setiap detik.
![]() |
bumi bertuah. tahu kah anda juga bertuah terpilih menjadi khalifah Allah? |
semalam.kicauan burung.langit redup memayungi kita. angin sepoi-sepoi bahasa seperti memahami jiwa dan hati yang sangat rindu. rindu untuk berbulatan gembira.
tahu kah apa rasa itu? tidak. hanya yang merasai nya yang mengetahuinya. sungguh, saat ini terbayang muka-muka akhwat kecintaan ku.
alhamdulillah. kini duduk kami bukan untuk bualan kosong. cerita kami bukan untuk melalaikan hati. ketawa kami bukan kerana perkara duniawi semata. tangis kami kerana kami benar-benar tersentuh dengan tarbiyahMu. semuanya kami himpun bersama, kami rasai bersama, kami ikat hati kami erat-erat. hanya untuk mengejar cintaMu. menyemarakkan jiwa dengan iman. berlumba dalam beramal. menyulam kasih hanya keranaMu.
siapa sangka?
tarbiyah ini membuatkan 'dia' kini sudah dapat memakai pakaian yang sempurna.
tarbiyah ini telah menyedarkannya tentang kasih sayang sesama insan berlandaskan iman.
tarbiyah ini bukan di cari sewaktu sihat sahaja.
tarbiyah ini bukan dihadiri sewaktu kita lapang sahaja.
tarbiyah ini bukan dihadiri sewaktu iman sedang memuncak sahaja.
tarbiyah ini bukan dihadiri bila diri tugasan-tugasan duniawi telah selamat diselesaikan.
tarbiyah ini membuatkan dia tahu mana yang aula. mana yang harus di utamakan
tarbiyah ini membuat dia dapat memilih berdasarkan iman bukan nafsu.
sungguh..
aku gembira melihat mujahadah antunna.
sungguh..
kefahaman sudah mula diserap dalam setiap nafas mu. setiap gerak geri mu. setiap buah bicaramu. setiap detik rasa mu.
Allah, terima kasih kerana sudi memasukkan kefahaman dalam jiwa mereka.
nikmat apakah yang ingin didustakan lagi oleh kamu bila mana kamu memperoleh nikmat kefahaman itu?
semoga jiwa-jiwa antunna, jiwa-jiwa kita sentiasa disentuh tarbiyah.
meskipun adakalanya futur menyapa. adakalanya iman memuncak.
oleh itu, apakah kamu merasa jalan ini harus ditinggalkan?
![]() |
teruskan mujahadah wahai jiwa-jiwa yang dirindui. langkah pertama telah di orak dan percayalah bahawa langkah seterusnya akan dibantu oleh Allah.
semoga terus cekal. sedut hamasah bersama. gencar kan langkah. gegarkan jiwa.
rahmatilah kami ya Allah. izinkan kami mengorak langkah di jalan ini hingga sampai ke penghujungnya. tautkan hati kami dengan rabithah hati keimanan.
teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa[ az zukhruf 43: 67 ]
-khas buat jundi2 harapan agama.-
2 comments:
tarbiyah itu yang membuat manusia berubah 360 darjah. subhanaAllah. post yg menarik =)
benar ukhti.. tarbiyah itu magic..
sekadar perkongsian bersama. semoga ada ibrahnya. :)
Post a Comment