husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

coretan

>> Sunday, February 26, 2012

in da name of Allah.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dapat jugak mencoret kat sini. sangat lama rasanya tak update blog. hati sangat menginginkan. idea rasa mencurah-curah tapi kekangan waktu dan tenaga membuat aku lebih memlilih untuk menyimpan segala rasa di folder draft itu. adakalanya ia sekadar draft di dalam otak. 

tetiba teringat pesan kak *n supaya mencoretkan sesuatu tentang tarbiyah. diari tarbiyah.

teringat juga pesan ukht *A agar mencari saksi dengan syahadah yang diimani ini. sebagai contoh adalah melalui blog. pembaca-pembaca itu saksi bahawa kita ini bersyahadah. manakala dengan manfaat yang ada kita bisa mengutip saham-saham sorga.

makin lama dalam dunia dakwah dan tarbiyah pastinya ujian sangat kental. yelah.. ujian tu kan tapisan. beruntunglah andai kita dapat melepasinya dengan tabah dan sabar. tapi, andai kita tidak berjaya mengatasinya pastinya diri kita dihiasi futur dan lama-lama akan keluar dari jalan ini. sangat membimbangkan. apatah lagi hidayah Allah itu sangat mahal.

apa yang aku tau, jalan ini sangat menuntut pengorbanan. ye. pengorbanan. kalo benarlah anda mengaku anda cinta, pasti sanggup berkorban kan??

hati rasa sangat merindui family dirumah. apa khabar mereka? tak sama rasanya mendengar khabar dari telefon berbanding melihat mereka muka ke muka. tapi, apa kan daya.. ada yang lebih menuntut. siapa? pastilah UMAT!

kata mereka ' eh, ko tak reti-reti nak balik ke?'

'ek eleh..akak yang tanak balik kan?'

'ko ada pe ni? hujung minggu je lesap..'

aku bukan tak reti nak balik. bukan tak nak balik. bukan buat apa-apa yang x senonoh tapi perkhidmatan ku diperlukan. walaupun aku bukan orang yang hebat, tapi aku hanya mampu melakukan apa yang aku mampu, maka, aku lakukan! 

aku hanya tersentuh mendengar kisah seekor burung yang mengangkut air menggunakan paruhnya untuk memdam api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. sedangkan kita sedia maklum bahwa burung itu takkan berjaya pun membawa air itu apatah lagi untuk memadamkannya. tapi jawapan burung itu sangat mengusik jiwa..'sekurang-kurangnya bila Allah bertanya apa yang telah aku lakukan, aku ada jawapan...'

oh diri..sangat lemah. aku sangat malu dengan burung itu. maka, aku hingga hari ini terusan bermujahadah menangung rindu. insyaAllah. kuat2! cuti tak lama lagi dah.

apa yang pasti, aku sangat perasan. dunia tarbiyah ini telah membentuk perasan kasih kan family itu. perasan ingin menjadi anak solehah. perasaan ingin menggunkan waktu yang ada sebaiknya. perasaan untuk menunaikan hak-hak mereka. segalanya bermula dengan tarbiyah. kini, bila aku pulang pastinya aku menggunakan waktu bersama keluarga sebaiknya. semoga Allah tuntuni langkah hati ini. jauh dimata, dekat dihati, disebut dalam doa.

itu berkaiatan mujahadah hati, kini mujahadah fizikal.

aku tahu, ramai yang penat. banyak tanggungjawab. banyak kerja. sampai lemas rasanya. lemas dihimpit urusan duniawi.

kan?

ye. aku rasakan.

penat. sakit. tak cukup tido. berkejar-kejar. tak siap homwork. 

berat. berat rasa apa yang dipikul ini. 

kerana bila aku mengimani syahadah ini, aku tahu aku perlu buat/ Allah akan murka.

sudah pasti aku memilih buat, meskipun tak tahu cara. meskipun aku tak kuat mana. meskipun aku lemah tak berdaya. aku tak mahu jika ada yang menuntut haq syahadah dari aku sewaktu melangkah ke syurga kelak. tak mahu. takut.

duhai hati, duhai iman. bersabarlah. 

teladi sifat Rasulullah dalam berdakwah. teladani sifat Nuh menghadapi seruan Allah bertahun lamanya.

semoga futur tak menghiasi. aku yakin. bila kita buat apa yang Allah suruh, pastinya Allah akan membantu. aku yakin! 

kuat2! 




-hati gundah gulana-

husniyahbazlaa

1.45am

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP