husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

I LOVE U TEACHER!

>> Friday, March 13, 2015

segala puji bagi Allah yang memberi aku ruang dan peluang di atas muka bumi ini dan membuka luas pintu taubat atas dosa-dosa yang telah aku lakukan.

astagfirullah.

aku ini hamba penuh dosa yang sering dan sering seolah tidak serik melakukan dosa.

Allah. ampunkan dosa-dosa kami ya Allah.

alhamdulillah. Pagi tadi selamat berbulatan gembira. Alhamdulillah, walaupun dah habis maktab masih dan masih lagi dapat berbulatan gembira a.k.a usrah. ouch, makin terasa cabaran bila jari wanita bekerjaya tapi mahu kekal utuh di jalan dakwah dan tarbiyah. ohoi.. ini belum kawen lagi. mahu ku tampar sahaja diri sendiri. sobs!

alkisah semalam hari last sekolah, murid-murid pagi sudah serbu ku di kereta,
sangat mahu menolong mengangkat buku.

bila sampai bilik guru, GB tegur..
'hai cikgu, pagi-pagi murid sudah datang angkat buku...' dalam pelat cina.
di sambungnya lagi.. 'mereka sudah sayang cikgu..'

aku sengeh-sengeh kambing je. alhamdulillah. aku memang berhasrat nak memikat hari mereka.

hari yang sama juga, aku dapat surat cinta dari anak murid. katanya 'I LOVE U TEACHER'.

serius lah, aku terdetik dalam hati, biar betul budak ni. tapi budak mana boleh menipu. budak yang bagi beberapa keping surat kecil itu adalah mereka yang pernah saya denda dahulu kerana ingkar arahan. rasa garang dah, tapi masih disayangi, maksudnya aku masih lagi marah dalam keadaan mendidik. alhamdulillah. moga dapat mengekalkan momentum ini.

kemudiannya, nak share jugak lah.
bukan untuk berbangga-bangga, tapi sebagai satu lonjakan dalam diri.
kisahnya pada hari Rabu, masa meting guna bahasa melayu. hampir separuh perjalanan meting tu guna bahasa melayu. terkejut sebenarnya. sebab ustaz tade kan. aku sorang je ada. tapi rasa sangat dihormati bila GB buat macam tu. terima kasih cikgu. sebelum ni memang aku melopong sangat-sangat la kalo meting. fully in  mandarin ma. tak kira la meting panitia bahasa melayu sekalipun.

lepas tu, GB puji aku, dia kata dia suka. sebab aku rajin. dia kata bagus.

aku tunduk malu. dalam hati, aku berharap mampu menunjuk qudwah yang baik.
dan aku berharap tiada agenda lain di sebalik pujian itu. moga-moga. kalau ada niat yang tak baik, moga Allah halang.
dan aku tetap berdoa, semoga dengan performance aku dalam kerjaya ini melembutkan hati GB untuk aku melaksanakan JQAF secara sepenuhnya.

amin. doakan ye!

serius aku tak tipu, bukan mudah nak mengejar budaya kerja cina.
penat weh. pen merah tahan 2 minggu je. gila deabak tau.

tapi aku berharap sangat Allah pinjamkan aku kekuatan untuk perform!

dan sesungguhnya, aku sangat bersyukur atas nikmat-nikmat Allah sepanjang aku berada di sekolah ini. yelah.. sekeliling aku, ada sahaja insan yang berhati mulia yang membantu aku untuk faham gerak kerja sekolah, yang bantu untuk translate. mashaAllah hebat sangat Allah gerakkan hati mereka. Alhamdulillah.

paling bes, ada ustaz kat sekolah tu.
ustaz saya respek sangat kat ustaz. serius seminggu dia tade ni, memang aku intai segala buku dia.
mashaAllah dia bukan sebarangan murobbi. usaha dia aku lihat dengan catatan pencapaian murid.
details. hebat sangat. tak tahu macam mana dia hadapi.

tapi betul lah kata dia, kalau kita tahu apa dia hakikat nya, apa dia syariatnya,, maka kita akan redha.

yeay! ALLAH ada.

aku kuat ni pun.. sebab Allah bagi kekuatan.

aku buat semua ni walaupun tak larat sebab aku percaya sangat Allah akan bantu aku dalam agama ini. jadi aku akan terus berbuat sehinggalah mati mematikan langkahku. inshaAllah. ALLAHUMMA AMEEN!

ok babai. nak off to daurah! shah alam, wait ha! kita sambung dengan cerita daurah pulak nanti!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP