husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

carilah jalan bukan alasan

>> Sunday, October 16, 2011

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. alhamdulillah. syukur yang tidak terhingga, hari ini masih lagi merasai nikmat iman dan islam. dua nikmat yang sangat besar namun kita seringkali alpa dan tidak merasakan langsung bahawa ia adalah nikmat. kan? semoga Allah mengampunkan kita manusia yang kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. astagfirullah. 


baru sahaja tadi. terserempak dengan sebuah video. Allahu! 


jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah.
jangan berat menyebut nama Allah..
dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah?
-al habib munzir al musawa-
subhanallah, walhamdulillah, allahuakbar! 


bila merenung. ditenung. bila mendengar. didengar. benar katanya. beratnya lidah untuk mengungkap kalimah Allah. kadang kala untuk mengucap astagfirullah pun merasa malas dan egois. Allah.. gelapnya hatiku!


bergelar daie bukan mudah.. seringkali terasa malu untuk mengaku diri itu daie. terasa mahu lari kerana ''saya tak layak'', ''saya banyak dosa..'', ''saya tak boleh..'', ''saya tak hebat mcm awak''..


siapa sedar? kalimah dan bait tu seringkali kita ungkapkan kan? ana sendiri tatkala pertama kali diamanahkan usrah. rasa tak mampu menyelubungi diri. tapi.. sampai bila?


ye. sampai bila kita tak mampu? sampai bila nak kata kita tak layak? sampai bila nak kata kita banyak dosa? sampai bila kita nak kata kita tak boleh..kita tak bagus? sampai bila?


persoalan ini takkan selesai. takkan dapat diselesaikan kerana ia bermula dari diri kita. hati kita.


adakah alasan ini akan dipertahankan selama-lamanya dalam diri bila di minta untuk berdakwah?


tidak, bukan?


jawapan ini jugakkah kita nak beri bila berhadapan dengan Allah? 


sampai bila? jika tahu banyak dosa, apakah kita nak membiarkan kita hidup dlm dosa? apakah kita akan join dakwah bila kita suci tanpa dosa. jika benar, bila?


itu semua adalah alasan. alasan yang direka untuk lari dari tanggungjawab. carilah jalan bukan alasan.


kita amat dan teramat sedar bahawa umat sangat tenat. umat perlukan kita. tapi kita lari pula. betulkah tindakan kita itu? tidakkah ia menzalimi mereka? 


aiwah akhwat ku.. pentarbiyahan itu datang dari segenap penjuru. dulu ana juga beralasan begitu tapi ana sedar itu tanggungjawabku. alasan yang direka itu datang dari diri sendiri, maka harus bertanggungjawab menyelesaikannya. andai berdosa, saat inilah kita ter''push'' untuk bertaubat kerana bimbang dosa kita yang menyebabkan hidayah Allah terhalang sampai kepada mad'u kita. andai tak mampu maka berusahalah, andai kata ilmu mu cetek, maka perbanyakkan lah bacaan dan carilah ilmu itu, andai kata kamu tak hebat, kamu tak perlu hebat di mata manusia, tak perlu dipandang oleh manusia, tapi biarlah Allah memandangmu. berusahalah menutupi lubang2 kekurangan itu.


sama-samalah kita perbaiki diri. 


aiwah! bergeraklah! untuk umat. untuk islam.


kerana, sebenarnya terlalu kecik apa yang kita perjuangkan. terlalu sedikit apa yang kita lakukan. tapi biar pun sedikit, biar pun kecik istiqamahlah. terus kanlah perjuangan. berjuanglah semampunya.


mahar syurga itu mahal. mungkin kita perlu korbankan segala-galanya.


sungguh, ada rasa cemburu melihat ikhwah dan akhwat yang perjuangannya tidak pernah henti. yakinnya dia melangkah menjulang islam itu sangat dikagumi. itulah impianku.


sungguh, aku telah jatuh cinta pada 'D' ini. Allah..tuntunlah langkahku.. semoga aku masih terpilih untuk berada di jalan DnT ini. semampunya akan diusahakan.




-alhamdulillah, tangan dah pulih, insyaAllah dengan izinnya...semoga lebih banyak bakti dpt dikutip sebagai saham akhirat. 
utk sahabat, aku sentiasa ada.aku sayang kamu kerana Allah tapi aku tahu Allah lebih sayang kamu, semoga baik2 sahaja. maaf.
sambung study balik. UAK( ujian Akhir Kursus 17/10 [literasi bahasa dan english profeciency] 18/10 [ literasi nombor ] doakan kejayaanku. Amin-



0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP