husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

silent daie

>> Wednesday, May 30, 2012

in the name of Allah..


tersentap membaca status seorang akhwat..


ishk3..
para daie takut nak bercakap tentang cinta.
tapi para mad'u banyak dengan masalah cinta..=_="

apa-apa pun, mencari cinta Allah tu lebih hakiki.
memang susah, memang payah..
bertahun-tahun mencari, kadang-kadang masih belum merasai.

kadang-kadang puas berfikir.
kenapa orang anggap cinta remaja muda mudi adalah perkara biasa?
sedangkan ia luar biasa dalam islam!

lihatlah kiri kanan anda, semuanya berkata,
"cinta adalah segala-segalanya...=_="
(pakcik bas tadi pon pasang lagu cinta ntah hape-hape..huhu..)

siapalah yang nak menyahut seruan,
tukar persepsi masyarakat islam bahawa couple (termasuk couple konon islamik), "cinta gedik" tu bukan perkara biasa, malah mampu membinasa...
nauzubillah..
kami berlindung dengan nama Allah dari perkara-perkara macam ni...

tiba hal hati, kita takut berbicara. 


atas alasan 
''aku takut hari ni aku bam bum..bum bam esok aku buat.''
''aku pun tak tau aku macam mana nanti''
''aku pun dulu macam tu..''


banyak alasan dicipta. hatta, saya sendiri pun selalu mencipta alasan. 


tapi, sampai bila mahu mencipta alasan?


bukan ke kita mengimani bahawa kita perlu sebarkan syahadatul haq? sebarkan islam. 


akhwat, saya percaya..kita semua punya kisah silam. kisah 'cinta'. malah, mad'u kita mungkin tahu kisah gelap itu.. tapi itu bukan sebab kita tak mahu tegur dan jalankan tugas kita....kan?


akhwat, saya tahu.. kita ni bukan malaikat. ada masa kita pun down. ada masa kita pun goyah.. tapi, kenapa kita nak zalimi sama mad'u kita kerana iman kita yang down?


akhwat, kita takut melihat dunia percintaan hari ni. kita sendiri tak tahu kita kelak bagaimana dalam bercinta.. tapi, insyaAllah akhwat sentiasa mengidamkan cinta yang terpelihara kan? ye. kita sama-sama berdoa Allah pelihara hati kita dari ujian perasaan ini.


akhwat, hari ni kita bagi peringatan, bagi nasihat..bukan kerana kita ni terbaik. tapi, kita berharap kelak akan ada yang memperingatkan kita bila kita sudah mula hanyut tanpa sedar.


akhwat, hari ini saya menulis bukan kerana saya baik atau alim, tapi kerana saya lemah, saya perlukan insan-insan membantu saya bila saya terjebak dengan kancah ini. saya sendiri sedang berusaha menjadi si solehah. bersama-sama ke arahNya.


akhwat, kita punya hati bukan? hati yang berbolak balik. 
hari ni kita utuh. iman kita kuat. tapi..barangkali hari esok, kita dah jatuh ke bawah. terjelepuk. selain Allah, akhwat jugak akan membantu kan?


bukan ke tanda kita kasih kan sahabat apabila kita tarik dia keluar dari kancah yang membawa kepada kemurkaan Allah.? kan..kan..kan?


pada siapa mahu diserahkan hati? awas!


sebenarnya.. 


saya risau melihat dunia.


saya tahu daie juga manusia.


tapi saya gerun melihat daie yang kalah dengan hatinya.


apa kelak saya juga begitu?


seandainya begitu, anda yang membaca blog ini bertanggungjawab membawa saya kembali ke pangkal jalan.




kini, saya jadi lebih gerun.. gerun melihat daie berbicara tentang cinta kerana pada satu sudut seolah-olah dia mencari dalil menghalalkan 'cinta' itu..


saya tau cinta itu lumrah dan fitrah. tapi, matlamat tak menghalalkan cara. kan? 


ya Allah selamatkan kami dari fitnah hati.


ya Allah yang membolak balikkan hati. tetapkan hati-hati kami.






**sungguh, perkara yang aku takut menguasai diri adalah nafsu dan masalah hati .


medan amal tidak sama dengan medan bicara. medan percaya tidak sama dengan medan yakin.. 
kau kata itu, tetapi kau membelaknginya. huh

 *daie, usah tidur. nanti mad'u mu hancus lebur~






*****




bazlaa
ingatan BESAR untuk diri.
semenjak dua menjak ni kisah hati melingkari. aku sudah dewasa rupanya. 
soalan ummi tadi benar-benar buat hati ku berdegup kencang! aha.

2 comments:

bazlaa May 30, 2012 at 3:40 PM   Reply To This Comment

kenapa?

maaf andai mengguris rasa.

peringatan BESAR untuk diri sendiri.

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP