husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

hidayah, tak semurah yang disangka...

>> Thursday, May 31, 2012

in da name of Allah.


situasi 1:

' awak, tadi saya ada bual2 ngan kawan.. dia rupanya pengikut setia blog Inche Gabbana'

'oh.. jadi?'

' dia terkejut kita join usrah..dia jeles! '

' ajak lah dia join! 

'boleh ke awak...macam mana?? dia bukan belaja kat sini.. '

' emh, insyaAllah boleh.. bagi details dia nanti eh..'


**perbualan tersebut berlangsung antara seorang murobbi dan mutarabbi. perbualan ini telah di edit.


situasi 2 :

' akak, nak join usrah! '

'awak, kita pun nak usrah..'


**dua perbualan dalam dua situasi yang berbeza.


situasi 3 :

' eh, kau dari mana?'


'usrah....'


'yang kat padang tadi???'


'a'ah..'


'weh..aku selalu tengok usrah korang dari jauh, asal macam best je? nak join boleh..?'


**kisah ini kisah benar. seorang mutarabbi telah menceritakannya.


subhanallah! subhanallah! subhanallah!!

hebat! semua situasi itu menggambarkan tentang sahabat-sahabat yang sedang mencari-cari hidayah Allah. mencari-cari jalan nak dekatkan diri dengan Allah. mencari jalan nak isi kekosongan di dalam jiwa itu. sweett kan?

saya pasti anda juga punya cerita tersendiri bagaimana terjelepuk dan kini berjalan penuh gaya di jalan dakwah dan tarbiyah ini meskipun ia sangat melukakan dan menuntut pengorbanan. kan???

dan mereka2 ini disentuh  hatinya oleh Allah dengan pelbagai cara.

sebagai contoh situasi pertama adalah kerana aksi-aksi tarbiyah yang ditayang dan dirakam dalam blog tersebut. kan? punya lah besar pengaruh rakaman tarbiyah di dalam blog.

dalam situasi kedua dan ketiga , rasa mahu juga jadi seperti kawan yang dulu dikatakan sekepala namun kini dah berubah. dah solehah. rasa kagum dengan perubahan sahabat.

sweetnya sume perkara ini. Allah bagi hidayah ikut cara Dia, ikut suasana seseorang itu akan tersentuh bagaimana.. 


Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya[ disesatkan Allah berarti: bahwa orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mau memahami petunjuk-petunjuk Allah. dalam ayat ini, Karena mereka itu ingkar dan tidak mau memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, Maka mereka itu menjadi sesat], niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
(6:125)

namun, 

tak semua beruntung. ada tu, cakap sekali je nak usrah..minggu depan dapat dah.. alhamdulillah!

ada yang merasa hidayah itu berlegar di sekelilingnya sahaja namun tetap sahaja beralasan... astagfirullah! sedarlah~

tapi ada yang bertahun menanti. sehingga rasa penat pula menanti. menanti dan menanti... inalillah!

kasihan. payah sungguh nak dapatkan hidayah, nak dekat kan diri dengan Allah. sebab apa? 

padahal bukannya tak pergi masjid, bukannya tak bersahabat dengan si solehah, bukannya tak mengaji, semuanya dah diperbuat namun masih rasa ada yang kosong.
ada tu tidak menjumpai, suasana itu tidak wujud langsung si tempatnya.. 
dia hanya bergantung pada sahabat yang join usrah. merasa aura tersebut melalui perkongsian cerita dari penghuni rumah Dee Ann Tee.

kenapa sukar sangat?? sebab hidayah Allah itu mahal. tak semurah yang kita sangka..dan tak terjangkau dek akal akan bernilainya 'HIDAYAH'

bila keadaan ini berlaku, rasa nya dakwah masih lagi di tahap bawah tanah, jika ada yang dah tumbuh pun pasti tidak menjalar lagi sehinggakan masih ada tempat-tempat yang tiada benihnya. atau pun ada sudah pucuknya, tetapi disembunyikan. 

( daie tidur.) bangkitlah daie!!!

maka, kepada mereka yang mencari tetapi tidak menjumpai itu, bersabarlah dan teruskan berusaha.. semoga dapat menguatkan ruhi sekuatnya sementara menanti kedatangan murobbi. 

ini dia kisah Abu Dzar Al-Ghifari yang sabar menanti murobbi. sejak kecil beliau meragui berhala itu punya kuasa. bertahun beliau memikirkan dan mencari-cari kuasa yang Esa yang diyakininya. sehinggalah meningkat dewasa...masih lagi tidak menemui apa yang diyakininya. namun, suatu ketika tentangan dari musyrikin Arab telah membuat beliau mengetahui tentang ajaran baru yang dibawa Nabi Muhammad. 

kemudian, beliau bergegas ke Mekah untuk mendapatkan ajaran dari Nabi Muhammad. apakah sama apa yang beliau yakini.. maka diredahnya lembah waddan dan mekah itu sangat jauh! bayangkanlah.. meredah terik padang pasir dengan menunggang unta. cekal sungguh beliau untuk mencari kebenaran kepada keyakinannya.

melalui kesungguhan itu akhirnya persoalan selama ini terjawab. Allah lah yang berkuasa dan berhak disembah. beliau memeluk islam dan sempat bersama Rasulullah sebentar sahaja sebelum pulang semula ke Lembah Waddan untuk mengislamkan penduduk Lembah tersebut. cekal kan semangat Abu Dzar? 

teladani Abu Dzar, anda sendiri perlu kuat keinginannya dalam menghampiri jalan ini kerana jalan ini hanya dapat dilalui oleh orang-orang yang terpilih. yang pasti tapisannnya hebat. 

buat mereka yang telah mengimani jalan ini, semoga anda benar-benar menghargai nikmat ini. syukur selalu dan bergeraklah. sungguh, apa yang diperhatikan..umat kini kecenderungannya semakin mendalam kepada islam. kini, tugas kita untuk menyentuh hati-hati mereka ini. dan usah lah beralasan lagi.

kerana..

jangan kata kita ni tak sempurna maka tak mahu berdakwah.

dakwah bukan pilihan tapi kewajipan!



Bazlaa
semoga terus thabat dan hargai nikmat DnT.
kluang, Johor

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP