belum tibakah........?
>> Saturday, November 10, 2012

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]
Antara hikmah dalam bahagian pertama ini ialah;
(i) Rahmat Allah Swt terhadap manusia yang daif dan lemah serta tidak mampu mengetahui semua perkara. Jika satu bukit hancur dengan sebab tajalli Allah Swt dan nabi Musa rebah pengsan maka bagaiman jika Allah Swt tajalli dengan zat dan hakikat sifatnya kepada manusia?. Untuk itu Allah Swt telah menyembunyikan dari manusia mengetahui waktu kiamat sebagai rahmat kepada mereka agar mereka sentiasa bersedia menghadapinya.
latihan khat sempena musim peperiksaan |
Dalam setiap fasa, selalu ada pekerja-pekerja dakwah yang kelelahan. Jika mereka lelah kerana membawa panji kebenaran, nescaya Allah akan menguatkan mereka kembali. Namun, jika mereka lelah kerana tergoda oleh gemerlapnya dunia, maka akan ada pekerja lain yang bersedia menggantikannya. Ketahuilah bahawa dakwah itu tidak akan pernah kehabisan pekerja. Ikut atau tidaknya kita dalam dakwah ini, kereta dakwah masih akan terus melaju menuju syurga.
*****
Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianm. Berjalan, duduk dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.
Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah, menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari…
(Alm. KH. Rahmat Abdullah)
© Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP