husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

sebaris yang terkesan

>> Tuesday, November 6, 2012


tenang.

semoga tenang menempuhi jalan ini.

semoga tetap bersabar dalam menggenggam alat untuk mencapai matlamat.

ye. belajar selamanya alat. takkan jadi matlamat.

matlamat kita tetap satu. kita adalah abid dan caliph.

berstatus daie. insyaAllah.

tajdid niat. belajar bukan kerana exam. bukan kerana spot. 

ibrah hari ini : jaga adab belajar, jangan banyak komen. hormati guru biar dia tiada di depan kita.


semoga berjaya untuk paper akhir sem ini PQE 3102 ULUM QURAN DAN HADIS.

kesusahan paper ini mengajar erti pentingnya ilmu itu. luasnya ilmu Allah memang tak tergapai.

point nya.. ijaznya Alquran!

paling best part ayat muhkamat dan mutsyabihat.. kenapa begitu? semuanya kerana Allah tahu kemampuan kita. 

Antara hikmah dalam bahagian pertama ini ialah; 
(i) Rahmat Allah Swt terhadap manusia yang daif dan lemah serta tidak mampu mengetahui semua perkara. Jika satu bukit hancur dengan sebab tajalli Allah Swt dan nabi Musa rebah pengsan maka bagaiman jika Allah Swt tajalli dengan zat dan hakikat sifatnya kepada manusia?. Untuk itu Allah Swt telah menyembunyikan dari manusia mengetahui waktu kiamat sebagai rahmat kepada mereka agar mereka sentiasa bersedia menghadapinya.



Allah kurniakan kefahaman untuk mereka yang mahu memahami.

anda mahu jadi golongan yang faham? Allah kata kena usahakan.

dan ia adalah satu ketenangan. tenang dengan faham.

satu keteguhan hati. teguh dengan faham.

FAHAM.


------------------------

menanti pertemuan cinta lagi

p/s : adik, semoga kau tabah! Allah uji ikut kemampuan. insyaAllah aku akan menemanimu. kakakmu, Bazlaa 




0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP