husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

fisio, sebuah kesabaran pada kesihatan

>> Saturday, December 28, 2013



alhamdulillah. hampir 3 bulan usai temujanji pemulihan carakerja atau lebih famous sebagai fisioterapi (walaupun fisio dengan pemulihan cara kerja tu adalah lain)

alhamdulilllah sepanjang 10 kali melaksanakan aktiviti itu di unit rehablitasi Klinik Kesihatan Putrajaya terlalu banyak tarbiyah aku perolehi.

terima kasih kepada akhwat yang sangat setia bersama walaupun saya tahu dia penat dan tak larat nak ulang alik, hantarkan saya ke temujanji.
terima kasih kawan-kawan sekelas yang bersusah payah berlakon dan sebagainya semata-mata nak menghantar saya ke temujanji. turut tak lupa atas keprihatianan semua.
terima kasih juga kepada guru pembimbing, rakan praktikum dan guru-guru sekolah tempat aku praktikum yang tak henti memberi semangat dan mengerti keadaan saya. teringat kisah kolam menjadi saksi titik-titik airmata yang jatuh keputus asaan. Allahu Allah
terima kasih buat akhwat, sahabat dan sesiapa sahaja yang mendoakan kesembuhan

hanya yang melalui merasakan nikmat dan ujiannya.
hanya yang melalui merasakan betapa peritnya mengepam jiwa menjadi besar
hanya yang melalui merasakan betapa kebergantungan pada Allah lebih besar dan pengharapan pada manusia itu mengecewakan.
hanya yang melalui sahaja merasa betapa indahnya ukhuwah apabila didasari kerana Allah.

dan sebenarnya ujian yang hadir ini benarlah untuk membuat kita dekat dengan Allah.
membuat kita dihapuskan dosa dengan bersabar.
membuat kita bersunguh menghargai nikmat sihat kerana ingin meneruskan gencaran dakwah.
membuat kita lebih berhati-hati dan kreatif menggunakan nikmat Allah.

tanpa sedar orang disekeliling turut ditarbiyah. 

alhamdulillah.

semoga cepat sembuh.
semoga tidak memberi kesan yang teruk lagi untuk masa akan datang.
semoga tidak memberi kesan juga ketika peperiksaan.
semoga cepat sembuh tanganku. 

Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkanku (26:80)

pesan seorang adik, ''tangan yang menggoncang dunia, cepat sembuh k''

doaku " moga Allah beri kekuatan untu aku tempuhi ujian ini dengan tabah dan sabar"

Amin

#throwback #twozeroonethree

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP