husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

flashmob : sebuah impian

>> Sunday, December 29, 2013





''jangan meremehkan impian walau setinggi apa pun'' 
quote Negeri 5 Menara

dulu.. aku pernah berimpian. Aku coretkan di twitter.



waktu aku menulis itu, aku tidak pasti sebenarnya aku mampu atau tidak melaksanakan impianku. apatah lagi saat itu aku sedang berpraktikum.. aku pula tidak memegang apa pun jawatan yang melibatkan aku dalam meting GAKEP (Gabungan Kelab dan Persatuan). 

aku hanya mengimpi-ngimpi untuk menggegarkan bumi tarbiyah ini dengan flashmob itu.

kerana aku tahu, ramai yang tak tahu tentang syria, palestin mahupun mesir...

dan aku mendapat idea, untuk menyelit bersama kelab Skuad Didik, kelab kesukarelawanan yang di amanahkan slot Talk Islami sewaktu Ipod.. 

alhamdulillah tsumma alhamdulillah.. 
Allah bagi peluang. 
pada awalnya presiden seperti tidak bersetuju. 
kerana presiden itu penuh hamasah tapi melihat reaksinya sudah cukup membuatkan aku faham bahawa dia seperti tidak mahu melibatkan diri, 
mungkin kerana beratnya tugas-tugas lain, 
namun selepas di syura kan, aku bersedia mengambil tanggungjawab tu bersama akhwat yang lain. 

Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk melapangkan masa yang menghimpit, 
Allah izinkan kami untuk mengerah keringat untuk agamaNya, 

aku rindu kesibukan itu.
berpulasan kami bersama akhwat membanting keringat, mengerah otak, menjengkilkan mata yang asik terlelap, berkejaran syuro, berjumpa orang-orang besar, tersenggut menghadap komputer menghitung detik dan momen yang penting untuk digarab menjadi sebuah penceritaan yang hebat.

dan syukur, Allah lebih membantu apabila JPP Kesenian dan Kebudayaan menawarkan untuk melakukan persembahan tersebut pada malam konsert. Allahu Allah. sujud syukur. 
selepas syuro, kami terima tawaran itu. Alhamdulillah.

Alhamdulillah kemudian kami di khabarkan bahawa Kelab Teater turut akan bersama. Alhamdulillah syukur.

puas dan puas.
kami mencuba yang terbaik untuk menyentuh hati audiens kelak.
selebihnya kami serahkan pada Allah.

kerana sewaktu latihan dan sebelum persembahan sebenar, kami sangat diingatkan dan mengingatkan diri masing-masing, barisan penggerak dan pelakon flashmob untuk menjaga niat, dan melaksanakannya kerana Allah. 

dan alhamdulillah, feedbacknya sangat baik. alhamdulillah!





sedikit gambar sekitar flashmob


aksi bersama akh muadz


aksi slot syria

barisan pelakon dari kelab teater

kami bersama Akh Muadz


terima kasih buat kelab teater, JPP kesenian,
terima kasih buat watak-watak utama belakang tabir,
terima kasih buat sukarelawan yang osem
terima kasih buat yang terus menyokong biar sengaja mahupun tidak.

flashmob, 
sedetik yang bermakna.
semoga Allah redha

noted pada yang hadir malam itu,
sungguh kehadiran anda sangat bermakna buat saya.
moga Allah balas dengan kebaikan.



#throwback #twozeroonethree

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP