husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

post pukal 2014 siri II

>> Friday, February 20, 2015

ok jum sambung. 

acah acah hot jek orang nak baca kan. ala tak baca pun tape. 

tapi tu la kan manusia, buat semua nak tengok hasil, tak nampak hasil terus nak gibap.

ingat sikit Nabi Muhammad dulu berdakwah tak sempat pun tengok ustaziyatul alam. jadi? tak yah la rasa cepat sangat nak gibap. eh eh. macam cakap dengan cermin je.

OH PERSIS DI HATI <3

Alhamdulillah. hampir empat tahun menanggung amanah PERSIS ini. dan sebelum aku keluar, aku tak tinggalkan PERSIS ni pada sesiapa pun. sebab aku rasakan amanah itu terlalu berat. terlalu sangat. sampai sering meragut hati dan perasaan. yes. aku cepat sangat sensitip pasal PERSIS ni. sobs. maafkan saya adik-adik kepimpinan. u will find no perfect on me. 

cuma aku masih berharapan bahawa ada adik-adik yang sanggup perjuangkan PERSIS ni. 
bukan kerana amanah. tapi kerana rasa tanggungjawab menaikkan saki baki seni islam yang tertindas ni. macam lekeh je kalo orang dengar atau orang tahu, tapi kalau kita dalami kemenangan islam dalam pelbagai aspek, kita akan tahu kenapa kena perjuang kesenian islam.

btw, kanvas tak sempat merasa, yelah pack kan jadual. tape.

cuma bestnya sempat la berbengkel kufi yang penuh drama tuh. ahaha. 
pastu sempat gak ajar adik-adik asas khat, berkampung time exam. acah-acah turunkan ilmu.
alhamdulillah mereka supportive dan nak usaha kuasai. moga kelak jadi khutot berjaya ye.

PERSIS. we are family.
siapa-saipa jadi kepimpinan nanti jadikan ia macam keluarga.
jaga ukhuwah. baru korang tak sakit bekerja.
siapa yang ada dalam PERSIS je kot faham apa yang dimaksudkan. itu pun kalau mahu mengambil rasa itulah. dan serius lah, memang akan rindu dengan telatah semua orang dalam tu. 
dulu memang PERSIS ni tempat release tension. sebab sume care and baik je. sobs!

dah la. dah la pos pukal. banyak lak bebel.

ni tugasan pertama. dapat tempahan mural kat sekolah jalan tiga, sekolah kluster kot. 
ada zaki, baya n ewa je menemani. 
kes apa ntah diaorang ingat aku merajuk. standard la gurau dengan presiden camtu. ahaha. 
tape, yang penting ini memang moment indah. pewit..

dan satu perkara yang aku rasa sebak bila nak kuar maktab tuh.. aku dapat lihat kegemilangan PERSIS. ahli makin giat beraksi di mana-mana dinding sekolah. memang terharu keharuan la tengok usaha mereka. even mereka tadelah sifu lagi tapi usaha memartabatkan tu ada. memang terbaik!

ehem. just for PERSIS. design untuk baju. 


okeh. ni gambar masa IPOD, hamper duk kat belakang dah. kitaorang tak perlukan hamper dah. pentas itu kami punya.  haha. gila budak persis konker pentas. 
mentang-mentang menang booth terbaik. 
pewit. alhamdulillah. hebat adik-adik ni punya usaha. tahniah semua. kenangan manis buat kakak yang dah habis belajar ni. 
memang kebabom la kan. dengan uniform persis yang macho tuh.

pengarah datang amik gambar. terharu tak? 
nampak simple tapi saya terharu okeh. nanges sikit.

so we are family. ramai lagi yang tade ni..
sanggup tu baya g amik een kat padang.
sanggup tu g kejut feisal suh bangun sebab tertidur. 
sanggup la sume orang duk jaga booth, bertarung nak duk kat booth sedangkan ada tugas lain. korang memang terbaik! *bagi cap jempol sikit*

ukhuwah apa ntah yang tertanam. best bila bersama. terasa bila tiada. 
ahaha. gelak geli baca ayat sendiri.

celebrate beday jemah. prank tengah-tengah maghrib. 
tq salina bawak g beli kek. tq een n diba sebab tolong prank.

ni sume gara-gara aku yang sibuk. 
dapat sambut pun dah nak malam. huhu *kesat airmata*
ni pun kes sambut bday sekali pukal dengan adik-adik baru

yang ni pun ada kisah. berlari-lari aku nak g jamuan ni sebab ada tugasan lain.
terima kasih semua, malam ini kita punya.
makanan sume sedap. mekasih semua. mekasih.
kenangan sangat la malam ni. 
kenangan yang tak boleh lupa. sampai bila-bila,
kerana boleh jadi pada malam itu aje lah senyuman bahagia yang terakhir akan terukir bersama insan yang disayangi.

hadiah untuk semua kepimpinan 2012-2015

PERSIS, terima kasih atas tarbiyah mengurus persatuan yang aku peroleh.
PERSIS, terima kasih buat aku sedar bahawa bakat aku juga berguna untuk islam
PERSIS, terima kasih ajar aku berkasih sayang.

**************************************

SKUAD DIDIK BERSEDIA MENDIDIK

"akak pun skuad didik?"
aku angguk-angguk. "kenapa?"
diam sengeh-sengeh je budak tu.

well, kalau nak cerita dari awal pun bole jugak pasal skuad didik ni.

bukan aku tak dengar orang mengata skuad didik. tapi kadang biarlah orang nak mengata pun. kerja kita kan buat. bukan menghukum. lagi pun buang masa bertelagah, sedang banyak lagi kerja nak buat. 

cuma nak tanya kat orang-orang tu.. skuad didik ni sampai tahap boleh membawa kepada maksiat dan kemungkaran ke kalau join? memang segala amal dalam skuad didik ni menjauhkan kita dari Allah?

kalau ye pun tak suka penggeraknya, tak perlu calit kan pada nama organisasi. itu masalah kamu sendiri ya. kami dah cuba berlapang dada dan berdiri utuh dengan matlamat kami, harap boleh sedar kan diri sendiri. sebab kami pun bukan perfect sangat pun. sebab tu banyak salah kami. yelah kan budak baru belajar nak up. nak belajar macam mana mengurus sebuah persatuan yang bukan kosong macam persatuan biasa. jeles okeh tengok pekomperi. main muzik berisi.

eh dah la, dah besar, boleh fikir. 
kita sama-sama berjuang di jalan Allah. jadi meh berjuang dengan sihat. fullstop.

ni misi terbesar skuad didik MISI KORBAN KEMBOJA selepas MISI PENDIDIKAN BANDUNG.
dua penggerak yang berbeza menggerakkan misi dengan matlamat yang satu. kesukarelawanan.

aku sepatutnya one of them in misi korban kemboja.
tapi kita merancang, Allah juga merancang..
Allah pilih untuk aku tidak pergi ke sana.. tok sah cakap la sedihnya.. 

kemboja, bawa cintaku pergi tanpa jasad.

yang ni memang terharu.
bekas bekas cinta dalam hati mereka dizahirkan dengan hadiah-hadiah ini. 
siap ada kisah berebut nak beli beg di kedai di kemboja. hehe. comel je semua..

alkisah ini dinner kemboja, aku dirayu pengarah program untuk hadir.
puas beralasan. akhirnya terpaksa akur. akur dengan permintaan mereka.
dan ini kami pelajar tahun akhir di sebalik misi kemboja.

satu kesimpulan pada malam itu ialah..

 'Mata-mata yg mengharap'.. 

Selamat jalan akak2 senior yg akan meninggalkan bumi IPG.. ingat janji kita untuk lahirkan Sukarelawan Cilik di sekolah nnty. Jika ada jodoh, kita akan buat reunion di Kemboja nnty dlm Misi Bakti Kemboja 2015, September nnty.. InsyaAllah.. di atas cruise, kita makan lembu panjat bukit.. Kemboja, mu tunggu aku datang!
A night to remember..  (Umar Al-Faruq, 2014)

*************************************

FLASHMOB 2.0 DAN DINNER BATCH


gambar masa latihan flashmob 2.0

actually, flashmob 2.0 adalah #wishlist2014 saya. alhamdulillah, lepas dipertaruh, sekali lagi skuad didik dan kelab teater bergabung tenaga untuk flashmob ini.

dalam kesibukan ber'AR', kelab teater mintak aku buatkan jalan cerita. 
oh dah tolak tapi tak dapat. dan kali ni sedikit kekurangan idea-idea baru memandangkan geng flashmob banyak buat berdasarkan lagu sahaja. 
dan berbantu kan pertolongan akhwatfillah, maka terhasillah flashmob yang membawa misi ALQASAM.

utk preparation dan latihan tok sah cakap lah pack nya. 
alhamdulillah kali ni memang dapat kerjasama yang baik. malah, lebih teratur. dan yang besnya team ni dah mula mengumpul aset sendiri. alhamdulillah.

alhamdulillah, masih mampu beri komitmen meski di himpit asakan AR. 
Alhamdulillah untuk kesihatan itu.
Alhamdulillah Allah mudahkan banyak urusan.

kerana ada satu perkara aku yakin, 
bila kita buat sesuatu untuk ummah, membawa kepada Allah, 
inshaAllah Allah akan berkati waktu kita dan mudahkan urusan kita. kalau tak caye kita wat eksperimen. nak tak? kalau nak saya share,. kena tunggu post lain la. ni post pukal 2014

a great team. 
alhamdulillah.
moga tercapai hadaf kita.



dan alkisahnya malam flashmob tu jugak la dinner batch kita untuk kali terakhir. ni la first time buat kat hotel bagai. bagi grand sikit sebab dah last.
dan alkisahnya apa sebab ntah.. malam konsert ipod tuh,malam yang ada persembahan flashmob tu bertembung dengan dinner batch. 

sedih sebenarnya. persiapan dengan rakan-rakan dah buat untuk dinner. nak-nak plak dinner ni last dengan diaorang. jiwa remaja mula memberontak.
nak tinggal flashmob pun x sampai hati, sebab ada masalah teknikal sikit, cuba juga minta bantuan adik-adik untuk cover my part. alhamdulillah mereka boleh buat masa latihan last tu.  walau macam mana pun mereka tetap mahu saya ada bersama mereka. cuak katanya.

last-last, adalah ummu ammar sanggup nak g amik kita kat dinner. sebab persembahan flashmob lambat sikit, maka kita sempat sampai sebelum persembahan. alhamdulillah sume berjalan dengan baik.

teruk dilema, akhirnya Allah buka kan jalan untuk memenuhi keinginan dan keperluan.

terima kasih kamu-kamu yang banyak membantu saya dalam menjayakan flashmob 2.0. moga kamu berjaya membawa flashmob 3.0.

*********************************

alkisahnya 2014, dua orang sahabat kami menamatkan zaman bujang.

tahniah buat aminah halim dan najwa fakhrurrazi.

moga bait dakwah yang dibina di bawah rahmat Allah, selamat bercinta hingga syurga.

kenduri akad nikah aminah halim :)

kita carik gambar najwa kawen tak jupe plak. sori wa!

**************************************

ni la minggu yang hectic. aha, acah-acah pra viva dalam jqs sebab mama nak g haji.
btw, terima kasih mama atas tunjuk ajar dan bimbingan juga nasihat tentang kehidupan. sungguh, mama memang terbaik walaupun saya hampir sakit dengan permintaan mama yang menggunung tu.

rakan seperjuangan AR saya, Ibtihal,  bawah didikan mama pun dah selamat mendirikan rumahtangga. barakallah.

ni masa viva sebenar. 
mama kat mekah. mama hantar mesej katanya dia mendoakan kejayaan kami dari mekah. sebak betul. sebab mama memang the best supervisor.

so inilah saya. saya dah berjaya harungi sampai tahap ini. tahap yang digeruni untuk dicapai oleh sume student maktab. alhamdulillah Allah mudahkan. dan alhamdulillah penilai waktu pembentangan menyatakan pembentangan aku antara permbentagan terbaik. kerana jelas isinya. alhamdulillah. syukur, walhal aku dah gerun sebab hari sebelumnya, penilai tersebut baham pembentang kaw kaw.

terima kasih ibu ayah. ni hadiah untuk ibu ayah, walaupun akak tak dapat jadi pembentang terbaik dalam kos akak. ni je mampu

mekasih gak kat geng persis sebab jadi superhero tolong kita hasilkan tab cel-fiz tu.

muka kami lepas habis viva. 
bak kata nida, dah boleh kawen dah, ahaha. 

and last...

panggilan temuduga SPP.
tetiba jek nama keluar untuk temuduga. punya la kelam kabut nak study.

tapi semuanya Allah yang tolong. sekarang dah lulus spp dan dan dah dapat posting.
walhal hari tu sebelum masuk bilik spp mintak ampun dan doa dari mak ayah memang macam apa ntah. yela.. killer killler soalannya. mau la aku tak kecut..
 kuar bilik spp siap nanges-nanges dah. apa ntah tak dapat jawab hafazan.. bukan tak hafal. memang rasa macam dapat ke lulus spp ni.

tp alhamdulillah Ar-Rahman Allah itu luas. 
*nanges*

**************************************

i will miss u geng kecoh dan kecah
dating and hang out buat kali terakhir dengan mereka. terima kasih pn aisyah sebab belanja kami..


merayau ke banting.. rumah nawal

and here we are.. rumah puan khazimah. suwit angat-angat puan ni..

may i said that... biar gambar bebicara?
Alfu Syuja' sedang enak ijlis bina numinu saah

persiapan sebelum konvo.
KONVENSYEN MAHASISWA 2014

 the best part sebelum memegang skrol ijazah adalah mukhayam bersama kecintaan hati. lepas je mukhayam ni ada satu lagi cerita.. 

yang tu kena tunggu pukal 2014 part iii. last part tu. tapi ohsem, inshaAllah.

so kalau ada tanya kenapa i pukal sume nih sebab i nak ingat kenangan-kenangan ni sampai bila-bila. nak baca bila rindu. i masukkan gambar pun sebab nak mencari sebab untuk tersenyum pada sebuah kenangan

kerana..

"nak mencipta memori itu mudah, tapi nak mengulang memori itu sebenarnya payah."



0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP