husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

post pukal 2014

>> Thursday, February 19, 2015

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah

dah lama tengok blog berabuk. ada jugak niat nak update tapi akhirnya tak update jugak.
maka setahun yang sepi lah blog ni kan.

bajet busy sangatlah kan tahun akhir. *buat muka*

meh nak pukal sume dalam post ni.


Siri 1 : oo ini hikmahnya! 


2014, menyaksikan pertarungan hebat kerana menjalani praktikum di sekolah kluster di banting. memang nebes. tak payah cakap la nebes macam mana, sebabnya ini adalah praktikum terakhir. momentum kena jaga untuk akhirnya kelak.

sekolah yang sudah lama ditutup kerana pernah mahu menggagalkan guru pelatih akhirnya di buka semula. dan kami adalah the choosen one lah untuk melaui ujian yang Allah dah tetapkan ini.

dan di situ kami ada 6 orang. 2 agama. 3 math. 1 org pemulihan. maka ceritanya kami redah sampai pecah segala batu di sekolah itu untuk 'calit hitam pada budak praktikum'

ceritanya masa ni kena datang sekolah walaupun cuti jerebu. 
tapi lepas solat hajat, lepas kul 9, kami pun balik. aha.

this is ustazah lily yang osem kebabom dalam bagi kita nasihat untuk jadi ustazah yang baik. 
gambar dengan mama sarkiah tak sempat amik. hehe.

dengan praktikumate yang sangat baik, bertimbang rasa dan sabar dengan perangai kita. semoga Allah bagi rezeki dekat awak cepat-cepat untuk posting ye. kita sedih dah awak tade dengan kita kat sekolah baru ni. sobs sobs. 

ahha. ni kisah imam muda. banyak cerita disebalik kisah ni. tapi wat lek wat pis je la. 
dah selamat pun buat kursus ni. mekasih ustaz pijol :)

aha. kisah ni pulak kena buat gimik merdeka. hai u olls paham-paham la dekat sekolah kluster ni memang banyak dugaan. kali ni bukan dengan guru mahupun pentadbir tapi masalah dalaman kami sendiri

kisah bajet poyo nak jadi mc. awek saya tu terlambat bangun. acah-acah cari glamer bila jadi mc. 

bergambar itu harus sebagai kenangan, terima kasih cikgu-cikgu yang bagi kerjasama dengan baik untuk sebuah pengalaman ini.

see.. dulu sekolah ni kutuk habis cikgu praktikum. walaupun bukan sume buat macam tu. tapi at last, kami ditatang bagai minyak yang penuh. ni rumah pertama time raya kami serbu . lepas tu terus berderet rumah yang nak kami datang. nak katanya we brake the ice. macam mana kami buat? everyone akan dapatkan beberapa guru untuk didekati

rumah -rumah seterusnya. sebenarnya ni trip budak praktikum. tapi sebab ada sorang tu bujang lagi. dia pun join sekaki. aha, acah-acah muda sekali lah kan..


geng akak-akak surau. suka gambar ni sebab kak wahyu pakai baju pemberian kita. suwit angat-angat

dah trip ke berapa ntah ni. suma kami serbu dalam seminggu. ada lagi yang tak masuk gambar. eheh.


dan kisahnya pada hari terakhir kami.. ada yang fight nak wat majlis hari raya time ni.. sebab nak raikan kami. padahal nya lambat lagi majlis tu. acah-acah hot gituh. aha.

last day yang sibuk bergambar. yelah banyak onak dan duri dah dilalui bersama.



SK Sri Langat. bukan sebuah sekolah yang biasa-biasa. 
awal kami masuk dah banyak dugaan. sampai ketua Unit Praktikum menawarkan kami untuk bertukar sekolah. tapi kami memilih untuk tempuh.
kami tahu kisah sejarah buruk guru pelatih di sini.
kami ambil inisiatif bersihkan balik nama kami di sini.
kami mainkan peranan masing-masing. 
sume kunci-kunci kami pegang. eheh.
banyak kerja tok sah cakap, siap kami wat meting sendiri macam mana nak belajar menapis sume kerja tu. sebab kami tak mampu nak langsaikan. dan alhamdulillah kami berjaya menemui caranya.

bak kata kak fizah 
" korang ni beruntung, cikgu sekolah ni susah nak terima cikgu praktikum. tapi akak tengok korang memang dah berjaya tawan hati mereka. siap g rumah lagi..''

alhamdulillah. Allah mudahkan urusan 4 bulan di sini,

seriusly, banyak yang kami belajar di sini.
how to handle people..
how to manage time..
how to manage stress..
how to cooperate with each other..

sebabnya.. antara kami sebagai rakan praktikum pun dulu ada pandangan serong. mereka yang kos lain ni ingat kami ni jumud, beku dan lesu. sebab mereka kata selama ni mereka berpraktikum dengan budak agama mesti ada je masalah. alhamdulillah, dengan kami,mereka boleh terima gayanya. mudah untuk bekerja. bantu membantu.

kerana islam itu mudah. 


amacam? guru besar dengan mummy gpk pun nak bergambar dengan kami. 
pewit. aha. *angkat bakul*


with my guru pembimbing yang super duper ohsem. 
dia jaga saya dengan baik. padahal dia guru pembimbing je. seriusly, 3 bulan kat sekolah tu jarang sakit. sebab dia faham kondisi saya.

dan di sekolah ini, aku melakar sebuah sejarah diri melaksanakan kajian tindakan bertajuk
TAB CEL-FIZ MEMBANTU MURID TAHUN 4 ORKID MENGHAFAZ SURAH AL-ZALZALAH 

hadapilah setiap dugaan itu dengan sabar,
kerana ujian hari ini untuk persiapan hari esok.
seriusly, praktikum kat sekoalh ini adalah satu preparation besar untuk aku berada di sekolah postingku sekarang.

sangat cantik aturan Allah. tak terjangkau dek akal.

ooo itu hikmahnya..!

aku lalui sekarang. alhamdulillah tsumma alhamdulillah.

suwitnya Allah. suwit sangat-sangat. 

ok habis pukal part 1. part 2 ada? ada ada.. to be continue....

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP