usah memandang remeh dengan usrah
>> Thursday, November 10, 2011

maaf
terngiang-ngiang lagi kata seorang akhwat sewaktu daurah :
''jika kamu tidak mahu ke usrah itu kiranya seperti kamu menolak hidayah Allah itu sendiri sedang hidayah Allah itu mahal. mau di beli dengan apa sih??''
tiada yang mampu untuk membeli hidayah Allah. sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya kerana hidayah itu milik Allah.
mahu atau tidak? terpulanglah. tiada paksaan dalam tarbiyah kerana tiada paksaan dalam islam.
berkeluar-keluaran tanpa tujuan yang mendesak, alasan yang rasional sehingga mengorbankan waktu usrah. wajarkah? seperti itukah orang yang ditarbiyah?
berenak-enakan dengan keempukan tilam dan selimut di atas katil untuk menghela kepenatan kerana lelah sehingga tidak hadir ke usrah. pernah terfikirkah pejuang islam kita di bumi palestin itu dapatkah melelapkan mata? paling dekat,pernahkah terfikir apakah murobbiyah kita sudah makan? sudah tidur? sudah berehat?
alasan seperti saya rasa tak kuat lagi..tak kuat nak berubah?
sampai bila?

dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (QS 29:69)
Allah membantu hamba yang bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepadaNya. nak seribu daya, tanak seribu cara. kan? tepuk diri tanya iman.
keinginan harus kuat kerana keinginan yang lemah takkan membuahkan hasil. maka, usah ragu-ragu untuk berubah. usah ragu-ragu untuk melangkah. usah ragu-ragu dengan janjiNya. yakin! bulatkan tekad. pasti boleh!
JIHAD KECIL
layakkah kita mengatakan "aku ingin memperjuangkan islam", "aku sayang islam" andai berjihad melawan nafsu dan jiwa remaja untuk datang ke usrah itu kita sukar untuk lakukan?
ukhti..sedarlah. kita punya matlamat! bukan membuang masa sahaja bulatan gembira itu dibuat. bukan sekadar mahu mengeratkan ukhwah. bukan sekadar mahu menambah ilmu. tapi lebih dari itu. kefahaman tentang islam itu sendiri.
tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman Ad-Din kepada nya.
berjihad lah ukhti. andai melangkah sekelumit sahaja tidak mampu apa tah lagi untuk kita menyerahkan segala jiwa kita pada islam. didiklah hati. tundukkan nafsu dan jiwa remaja mu itu.
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (apa yang telah Allah janjikan padanya) dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya) [QS 33: 23]
semoga yang gugur itu bukan kau. bukan aku. bukan kamu. bukan mereka.
Semoga Allah sudi untuk terus memilih hati kita. sudi untuk memberikan hidayahNya kepada kita walaupun kita seringkali tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. semoga kita bukanlah orang yang ditapis dalam mendapat nikmat iman dan islam ini lantas gugur.
pilihlah untuk jiwamu kerana keputusan itu di hatimu.
selangkah melangkah, beribu langkah syaitan menghalang. siapa akan menang akhirnya?
exam in mood
future murobbi
0 comments:
Post a Comment