husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

solat itu tiangnya...

>> Saturday, December 17, 2011



Rumah sepi, seolah-olah turut berkabung dengan pemergian Encik Badrol. Puan Miesya berteleku di atas sofa kelabu pilihan bersama dengan Encik Badrol. Kenangan hidup hampir 30 tahun seakan bermain-main di fikiran. Tanpa sedar airmatanya jatuh. Puan Miesya mengesat airmatanya.

‘ma..’ Adi bersuara.

Puan Miesya mengangkat muka. Adi duduk di sebelah ibunya. Ada kerinduan yang dia rasakan apabila melihat wajah ibunya. Adi baru sahaja pulang dari Australia selepas mendapat berita ayahnya tenat. Belum sempat melepas rindu pada kedua orang tuanya, dia sudah kehilangan ayah. Perginya untuk selamanya.

‘ma.. Adi mimpikan ayah’ kata Adi lembut.

Kedengaran tangisan Puan Miesya semakin kuat.

‘Adi...’ puan Miesya bersuara.

Hasrat Adi ingin menceritakan mimpinya dikuburkan.

‘ kesian papa di. Sebelum dia meninggal, dia nak solat, dia nak mengucap..tapi dia tak boleh buat..’

‘apa maksud mama..??’

‘papa di, kesian dia... dia tak sempat nak solat, tak dapat nak mengucap. Seolah-olah ada yang tersekat..’

‘ma..kenapa macam tu? Bukan ke mama ngan papa puasa, bayar zakat, pergi haji..?’

‘ye..mama ngan papa buat semua tu..tapi kami tak solat.
Tak guna Adi, zakat, puasa, pergi haji kalau tak solat.
Sebab solat tu itu tiangnya..
Dalam rumah ni, kita boleh cakap tentang iman, halal haram, pasal ilmu agama tapi kita tak praktik kan apa yang kita tau..’

‘tapi ma.. papa kan baik. Dia tak main judi, tak minum arak. Dia baik ma..’

‘baik tapi tak solat Adi..
Solat itu tiangnya. Allah tak nak tau kita baik ke tak, Allah akan hisab solat kita dulu..
Sebab tu, bila Adi ngan akak  tak solat, mama ngan papa tak marah..
Sebab kami pun tak buat Adi...’

Puan Miesya teresak-esak menangis. Adi terkaku. Ye. Dia akui bahawa mama dan papanya tidak pernah mementingkan solat. Memang mereka keluarga kaya yang tidak bongkak. Mereka dermawan dan pemurah. Tapi segala-galanya tidak membawa erti.

Adi bersyukur, rajuknya ke Australia membawa hati kerana putus cinta telah mengenalkan dia dengan Allah. Di sana, dia jumpa apa yang dicari selama ini. Cinta yang sebenar. Airmatanya jatuh tanpa sedar.

Puan Miesya mengenggam tangan Adi.

‘Adi... Adi kena tolong papa..
Mama tak boleh tolong..
Adi doakan papa ye...’

Sambung Puan Miesya.. ‘ bila seorang anak  adam itu meninggal ada 3 amalan yang tidak putus..salah satunya doa anak yang soleh..
Mama merayu pada Adi, doakan papa ye Adi..mama tak boleh buat apa-apa dah Adi..’

‘mama, mama tak perlu merayu.. Adi pasti akan doakan papa.. Adi kan anak papa..’

**
Kisah ini adaptasi dari Tentang Dhia. Diolah, diedit sesuai dengan apa yang nak disampaikan. Watak adalah rekaan semata-mata.
**

Saya. Awak. Kamu. Semua adalah ANAK. Punya ayah. Punya ibu. Siapa pun kita sekarang, pastinya kita sudah mampu berfikir apa matlamat hidup kita.

Pada anak yang mendapat didikan agama sejak dari kecil, pastinya boleh tersenyum gembira kerana tidak perlu merisaukan dan tercari-cari ilmu agama.Namun ianya tetap zero jika ilmu yang diperoleh tidak digunakan.  

bagi yang tidak atau kurang mendapat didikan agama, usah terus menyalahkan ibu dan ayah. Anda pastinya sudah boleh berfikir, sudah mampu untuk mencari apa yang tidak lengkap dalam hidup anda. Berusahalah untuk memperbaiki diri, carilah kehidupan yang beragama kerana pastinya ia sangat menenangkan. Usah terus mengulangi apa yang terjadi pada kita, kerana yang ruginya adalah KITA.

Lagipun, pastinya kita sayangkan IBU dan AYAH kita. Aiwah jadi ANAK SOLEH/AH. Kerana anak soleh/ah adalah ASET kepada ibu dan ayah kita.

p/s : Alfatihah buat ibu dan ayah kita sama ada yang sudah meninggal atau masih hidup.





Husniyahbazlaa

SolehahToBe

5muharram1433

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP