husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

SAYA SIBUK!

>> Saturday, December 17, 2011




Akak.. saya tak datang usrah ye. Saya sibuk. Ada bla...bla.bla..
Akak..saya tak datang ye. Sakit kepala lah..
Akak..saya nak kuar dengan kawan, maaf ye..
Akak.. saya tertidur..lupa la kak ada usrah.


jawapan acap kali diterima dari mad’u.

Adakalanya..

insyaAllah kak..

hampir ke semua membalasnya, namun akhirnya bila tiba saat yang dirindukan untuk bersama, bulatan tidak menjadi bulatan.

Hanya terpaku sendirian. Biarpun setengah jam berlalu, masih setia menanti mad’u. Dengan harapan mereka akan datang walaupun lambat.

Tapi...ia tetap hampa. Maka berusrah lah naqibah seorang diri dalam senyum manis biarpun di hati mungkin kelat rasanya.

Itulah lumrah. Adat berdakwah. Bukannya mudah. Bukannya dalam sekelip mata binaan kita akan menjadi orang yang tunduk dan patuh. Bukannya dalam sekelip mata binaan kita akan menjadi solehah, sanggup berkorban untuk agama. Dan adakalanya, barangkali binaan kita lari, memilih untuk tidak berada di jalan ini.

Kita sering kali kecewa kan?? Kecewa melihat binaan kita tidak menjadi..cemburu pula melihat binaan akhwat lain menjadi. Kecewa ke? Oh..nanti dulu. Hidayah dan kefahaman islam itu bukan milik kita.milik Allah, dan Dia akan beri kepada mereka yang terpilih. Tak salah bukan, untuk kamu terusan berusaha membina binaan kamu? Sebagaimana murobbiyah kita bersungguh-sungguh membina diri kita, sebagaimana murobbiyah kita teramat bersabar dengan kerenah kita. Tak salah bukan??

All out

Mungkin kita tak cukup all out segalanya dalam usaha membina binaan kita. Barangkali masih ada rasa tak payah atau tak perlu untuk berbuat itu dan berbuat ini kepada mad’u kita.Mungkin juga kita masih mempertimbang kira segalanya walapun di dalam dakwah ini.

All out la ukhti.. all out segalanya untuk mad’u mu..

Teramat perlu untuk kita berusaha segigihnya, apabila kita cuba all out, pastinya kita akan mencuba pelbagai cara, pelbagai kaedah untuk memenangi hati mad’u kita.  Kerana mad’u kita juga manusia. Mungkin ada mad’u yang boleh terima dan hadam dengan sekali cakap. Namun, mungkin ada yang perlu kita hadapkan muka ke muka, mata ke mata, hati ke hati untuk dia lebih memahami. Dan mungkin juga kita perlu terjun ke dalam minat mereka, untuk sentiasa bersama mereka dan memenangi hati mereka.

Ye. Itulah yang perlu kita lakukan. Sebagai daie, kita perlu memikir seribu cara, bukan seribu alasan. Sebagai daie kita perlu mengorbankan segalanya, jiwa, harta, perasaan dan masa. Meskipun kita terpaksa meyorokkan perasaan tak enak atau barangkali terasa dengan nya, kita harus mengetepikan perasaan kita untuk memenangi hati mereka.

Sebut nama mereka dalam doa

ukhti, bagaimana akak boleh membina binaan sehebat tu?

Sebut nama mereka dalam doa ukhti..

Subhanallah! Benarlah.. kerana hati mereka Allah yang pegang. Kerana hidayah dan rahmat juga Allah yang pegang. Kerana kefahaman islam itu juga Allah yang pegang. Berdoalah, sebut nama mereka dalam doamu ukhti.

Berdoalah semoga Allah memasukkan kefahaman dalam jiwa-jiwa mereka, berdoalah supaya Allah memberi hidayah dan terus memilihnya untuk berada di jalan ini. berdoalah supaya mereka dapat lebih menjadi lebih baik daripada kita.

Kerana doa senjata mukmin.




Husniyahbazlaa

15muharram1433

menunggudisayuprindu

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP