Fenomena pelajar Institut
Pendidikan Guru yang sedang menerima keputusan peperiksaan.
Bermulalah telefon
berdering, sahabat yang jarang disapa juga akan di sapa. Soalan yang mudah..
‘awak dapat berapa???’
Masing-masing sangat teruja
ingin mengatahui keputusan sendiri dan tidak kurang ada yang menangkup muka
dengan tangan sambil membukanya perlahan-lahan.
Apa pun keputusannya,
tinggi mahupun rendah, maintain, menaik mahupun menurun, gagal mahupun lulus.
Nombor tersebut benar-benar memberi impak kepada kita! Dan sungguh keputusan
itu sudah tertulis di transkip unit peperiksaan yang akan diperoleh naik
semester dan lebih best kerana is sudah termaktub dalam transkrip luh mahfuz.
Kepada yang menerima
keputusan yang baik, pastinya mampu tersenyum puas. Di kelap kelipkan mata
lagaknya seperti tidak percaya sehingga terlupa mengucap hamdalah! Anda sudah
mensyukurinya? Jika belum moh le kita ucapkan “alhamdulillah,
syukur!” Biarpun terlewat namun pastinya lebih baik daripada menjadi
hamba yang tidak bersyukur. Jangan dilupai nikmat kejayaan itu ujian, maka
berjaga-jaga dengan detak hati mu. Bimbang tergelincir dengan keria’kan
Kepada yang menerima
keputusan yang kurang baik, tanpa disedari ada air yang mengalir di pipi.
Menarik lengan baju, mahupun hujung selimut untuk mengesat airmata itu. Senyuman terasa kelat untuk
diukir. Usahlah begitu, peluang masih ada untuk membetulkan kesilapan, teruslah
tersenyum dan ucapkanlah terima kasih penuh kesyukuran dengan keputusan itu.
Mohon agar Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut. semoga
dengan kesabaran kita itu Allah sudi memberi rahmatNya kelak.
Namun tahniah kepada yang
kuat menghadapi kegagalan. Kegagalan mungkin satu perkara yang perit untuk ditelan,
tapi percayalah..hidup kita perlu ada kegagalan agar kita belajar bersyukur
untuk menerima kejayaan kelak. Segala keputusan yang diterima itu sudah
tertulis di luh mahfuz. Ketetapan yang telah Allah tetapkan. Namun, kita boleh
mengusahakan yang terbaik dan selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana
perancangan Allah itu yang terbaik. Siapa kita untuk memperlekeh dan
mempersoalkan sebuah takdir yang ditentukan Allah. Bukankah Allah berkata :
... Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di
belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan
apa yang dikehendaki-Nya. ... [QS
2 :255]
.... Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui."[QS
2 ;30]
GAGAL KERANA DATANG USRAH
‘eh,
dia budak usrah kan? Tulah, orang ajak study, dia pergi usrah la program la..’
Pernah
dengar bait kata itu? Apa kata anda? Anda turut akan menyalahkan kehadiran anda
ke usrah telah mengagalkan anda?
Namun,
benarkah usrah itu yang menghalang anda untuk berjaya? Pada saya, sudah pasti
ia bukan alasan. Kita sedia maklum dalam seminggu pastinya akan ada usrah.
Bukankah sifat seorang muslim itu tersusun urusannya dan menjaga waktu? Jadi,
kita sepatutnya mengatur waktu study kita lebih awal kerana kita tahu ada usrah
kelak. Dan apa yang lebih pasti, kita sudah sedia maklum akan jadual
peperiksaan kita.
Percayalah,
kamu punya masa jika kamu membahagikannya dan menyusunnya dengan baik. Jika
tidak, kamu boleh membuat percaturan dengan sahabat lain yang tidak ikut usrah, mereka sempat lagi makan bersama kawan-kawan sampai
berejam-rejam lama bergosip sambil santai bersembang, mereka sempat lagi nak
tengok video atau cerita korea atau tengok wayang, mereka sempat lagi bergayut
berjam-jam, mereka sempat lagi tidur dengan enak, mereka sempat lagi bermain
game, mereka sempat lagi mengupdate blog, mereka sempat lagi melayari internet.
Anda tidak percaya? Anda perhatikan sendiri. Sungguh, usrah setakat sejam dua
itu tidak akan memberi kesan seandainya anda mampu mengurus waktu sebaiknya.
Maka,
tidak perlu timbul isu tak datang usrah kerana exam. Usrah bukan untuk dihadiri
dan diadakan saat anda lapang, saat anda merasa sihat, saat anda merasa
kebutuhan untuk mendapatkan pengisian ruhi. Bukan kerana itu anda perlukan usrah.
Tanya
diri anda, mengapa anda datang usrah? Tepuk dada, tanya iman jangan tanya aiman
sebab dia akan kata ‘aiman tak kisah’.
SAYA BERJAYA KERANA ITU USAHA SAYA
‘
rahsia kejayaan saya ialah study group dan buat latihan. Di sini, saya
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang banyak
membantu saya dalam pelajaran. Tanpa mereka siapalah saya..’
Pernah
dengar bait kata ni? Hehe, macam lagu pulak la main bait-bait. Kebiasaanya kita
mendengar ucapan ni dalam tv apabila wartawan bertanya kepada calon
UPSR/PMR/SPM/STPM setelah keputusan keluar.
Study
group, buat latihan, baca soalan spot adalah salah satu usaha kita dalam
mencapai kejayaan. Namun sebenarnya, adakah dengan usaha itu telah menjayakan
kita?
Sekali
lagi, saya mahu bertanya.. pernah anda dengar sahabat kita berjaya dengan
cemerlang walaupun dia malas study, sahabat kita berjaya dengan cemerlang
walaupun sekadar membaca spot? Pernah? Saya pernah!
Sebenarnya,
usaha tak menatijahkan keputusan tapi rahmat Allah lah yang menentukan.
Ramai
daripada kita membaca buku bagai nak rak, dari kulit ke kulit namun akhirnya
blank. Tak ingat. Tak paham pun soalan tu tanya apa. Walaupun dah usaha, kun
fayakun Allah itu jelas hebat dan nyata.
Jadi, bersyukurlah.. dengan
rahmat Allah itu kita berjaya dengan jayanya dalam peperiksaan. Dan dengan
rahmat Allah juga lah kita diuji dengan kegagalan. Bukankah manusia itu masuk
ke syurga dengan rahmat Allah..Usaha kita melakukan amal itu sekadar
menunjukkan kesungguhan kita dalam mencari rahmat Allah.
ILMU ITU
ALAT, ISLAM ITU MATLAMAT
Adik yang comel : akak, macam mana nak maintain
pointer? Saya tak tau mana silapnya.
Akak yang ayu :
maintain pointer? (gelak kecil) pada akak, kita tak boleh pun nak maintain
pointer. Allah yang tentukan semua tu. Nak tau mana silapnya? Hanya awak je
yang tau mana silapnya. Time exam kita akan tau part mana yang kita tak paham,
part tu la yang awak kena betulkan dan fahamkan semula. Kita study bukan untuk
exam dik, kte study sebab nak faham. Nak guna ilmu tu, nak aplikasi.
Adik yang comel :
saya faham tu kak. Study bukan untuk exam tapi untuk difahami. Macam mana ye
kak kita nak set mind kita? Ramai yang berjaya tu diaorang kata sebab study
spot. Memang banyak pun spot kuar. Alhamdulillah setakat ni saya dapat stdy
full tapi saya tak tau nak kata apa.. memang lah spot membantu tapi
kadang-kadang saya tak tau kemampuan diri. Macam mana ye kak? Akak cerahkan
lagi pemahaman saya boleh?
Akak yang ayu :
dengar ye, bagi akak dalam math, bakal cikgu math n seorang muslim..satu hari
nanti sume anak murid akan bersoal jawab dengan kita. Waktu tu, kita akan guna
kefahaman kita, bukan soalan spot yang ditanya tapi ditanya on the spot. So,
set mind study untuk melambangkan peribadi muslim. Allah nak kita jadi orang
yang berilmu. Ini lambangkan islam. Sebab tu kita kena kembalikan maruah umat
islam yang senang-senang ditindas kafir
kerana kita lemah. Kita tak dapat kuasai ilmu dengan sebaik-baiknya dan buat
kerja sekadar buat. Sedangkan mereka terus berusaha meneraju dunia. Jadi, kita
kena buat yang terbaik dalam setiap pekerjaan kita. Study spot memang membantu
sebab soalan2 tu act cover satu subjek. Cuma tak dapat memahami hujung pangkalnya secara detail.
Bila soalan pusing sikit, dah pening, tak tau nak jawab. So, apa-apa pun betulkan niat. Adik
perlu betul-betul faham apa yang dipelajari. Tambah-tambah lagi subjek agama
kerana syaitan akan cuba pesongkan kefahaman kita tentang islam. Sebab tu
sampai ada yang menjual agama untuk kepentingan diri.
Adik yang comel :
syukran akak. Saya faham dah. Saya kena fahami ilmu bukan kerana saya nak jadi
seorang guru tapi seorang murobbi. Bukan faham sekadar dengan akal tapi dengan
hati. Saya tak nak jadi fitnah kepada islam. insyaAllah kak. Semoga dengan
kefahaman yang jelas ni kita lebih faham kenapa kita belajar kan kak.
*Ilmu, kita perlu kuasai
tak kira apa bidang pun. Bila kita kuasai ilmu, kita akan sukar ditindas.
Aiwah, ikhwah dan akhwat kuasai bidang anda sebaiknya!
*ilmu itu alat, islam itu
matlamat. Daie, usah jadi fitnah dalam study. Dakwah is number one but study is
not number two.
Buat pelajar IPG yang
menerima result yang baik, tahniah saya ucapkan. Buat yang kurang bernasib
baik, takziah saya ucapkan. Semoga dalam apa sekalipun keadaan, kita tetap
bersyukur. Allah sayang hambaNya dengan pelbagai cara. Mungkin kita akan lebih
bahagia bila kita gagal kerana kejayaan yang tetangguh. Selamat menempuh ujian
nikmat mahupun musibah.
Buat pelajar universiti,
ikhwah/akhwat yang kebanyakkannya sudah menghampiri detik-detik peperiksaan,
semoga berjaya dengan jayanya. J
husniyahbazlaa
2 safar 1433
berdebar-hitungan-allah-itu-dahsyat
Read more...