husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

ada apa dengan PERSIS.??

>> Friday, June 8, 2012

in the name of Allah.


alhamdulillah! syukur alhamdulillah. masih lagi diberi nikmat untuk menaip bait2 kalimah di sini sebagai peringatan BESAR buat DIRI dan kamu-kamu juga.


namun, kali ni.. mungkin sekadar perkongsian sahaja dan seperti biasa entry2 saya adalah untuk memperingatkan diri saya sendiri tentang matlamat asal penciptaan dan tugas saya di muka bumi ini.


ok. masuk pada tajuk.


PERSIS.


anda tau apa itu PERSIS? 


penghuni bumi IPG KPI [ Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam] pasti nya ramai yang sudah familiar dengan nama ini..


tapi ramai je yang tak tahu walaupun mereka dah lama menginap di bumi IPGKPI ni.
aha, tak mengapa! bukan besar sangat pun kesilapan itu.


baiklah, kasihan anda yang tertanya-tanya, 
PERSIS adalah singkatan nama kepada PERSATUAN SENI KHAT ISLAM
macam mana boleh disingkatkan menjadi PERSIS, itu kena tanya sifu-sifu kami. kami hanya pewaris sahaja.


okeh, apa pentingnya PERSIS ini untuk diceritakan?


pada awalnya, saya tak merasakan PERSIS ini satu kepentingan malah bebanan. tapi, saya terus dikejar dan dikejar oleh sifu-sifu tersebut. adegan ini berlaku semasa saya baru sahaja menjejakkan kami di bumi IPG ini. lari punya lari, tak dapat jugak lari. yelah waktu tu kan junior, tak tahu selok belok rencah ragam IPG, for sure dalam adegan itu saya tertangkap!


bila tertangkap, memang payah nak lari. nak-nak Allah telah pilih saya yang kerdil tetapi comel ini untuk mendapat bakat yang merupakan salah satu amanah yang ada untuk saya. bakat yang kecik itu, yang sebenarnya sangat boleh untuk ditandingi amat memerlukan perkembangan yang jitu. kenapa?


SENI KHAT. seni yang pupus. seni yang tak dipandang dah. seni yang hampir sahaja kalah dengan teknologi. seni yang sukar ditemui. seni yang tinggi nilainya. seni yang paling halus. seni yang perlu penjagaan rapi. apa yang penting ia adalah SENI ISLAM. ye. gedebuk batu berat atas bahu bila dengar kalimat itu SENI KHAT= SENI ISLAM.


bila memikirkan bahawa ia adalah kesenian islam, bakat Seni Khat ini hanya dianugerahkan kepada orang tertentu (Allah, aku hina untuk mendapat nikmat ini), sekali lagi gedebuk batu berat atas bahu. sungguh, ia sangat menuntut komitmen saya.


sememangnya, waktu itu (zaman mengikuti persediaan ke ijazah) ..saya sangat meminatinya malah teruja amat bila tahu ada persatuan begini di sini. saya mula mengaktifkan diri. kelas khat saya hadiri. ada demonstrasi pun  saya join. ada pertandingan saya join. bukan untuk menonjolkan diri tetapi kerana minat, tapi sebenarnya dalam tidak sedar saya dah masuk dlam perangkap mereka. bagaikan lapar disuap nasi, mereka yang sudah lama menanti pewaris tersenyum indah. 


mana taknya, bertahun sifu kami menanti pewaris. bayangkanlah mereka adalah senior tahun akhir sedangkan saya ketika itu masih kanak-kanak, masih lagi di tahap persediaan. beza hampir 4 tahun menanti pewaris. memang sah saya tak dapat melarikan diri lagi. 


kenapa saya nak larikan diri?


sebab masa tu saya dah jatuh cintan dengan jalan ini. jalan dakwah dan tarbiyah. jalan yang saya ingin waqafkan diri saya untuknya. jalan yang sememangnya penuh duka dan pengorbanan tetapi saya yakin pengakhirannya baik! saya pilih jalan ini. saya ingin tinggalkan segala aktiviti berpersatuan kerana ia sangat mengganggu. apatah lagi waktu itu murobbi ku sangat tegas tidak memberi saya aktif dalam aktiviti berpersatuan.


saya termenung. terusan termenung. 


manakala daripada pihak sifu-sifu pula..

'' enti, ana nak amanahkan persatuan ini pada enti. kalau bukan kita syabab islam yang perjuangkan Islam.. perjuangkan seni Islam, siapa lagi..??''
"ana amanahkan pada enti, jangan sampai khat terkubur di bumi IPG ini..''
oh, termenung panjang. bagaimana? harus jawab apakah? 


sedangkan waktu tu, saya sedia maklum memang tiada waris kesenian tersebut. saya sendiri tak sempat mana mewarisi seni itu dari mereka. seni yang ada ini bekalan dari ustaz2 di sekolah dahulu. dan saya rasa keseorangan sangat waktu itu.




saya temui akhwat, tanya pendapat..


saya istikharoh...


akhirnya, setelah ditimbang balik.. saya bersama dalam PERSIS.


dan saat itu, saya berjanji saya tidak akan membelakangkan tarbiyah. 


*dah hampir dua tahun sifu-sifu ku meninggalkan saya berjuang di sini, tapi alhamdulillah, Allah bantu, Allah hadirkan saya pewaris. Allah hantar pada saya saf tentera yang mantap.
**syukran tak terhingga kepada saf kepimpinan PERSIS yang sangat osem dalam memberi komitmen dan memahami jiwa saya.
PERSIS  sekarang bukan sekadar Persatuan Seni Khat Islam tetapi PERgerakan Sebarkan ISlam.. 


ye. saya semampunya memasukkan sepenuhnya ruh tarbiyah dalam persatuan. tazkirah. syuro pemilihan kepimpinan. program ber'ruh'kan tarbiyah + seni. 




doakan saya! 


doakan saya untuk berbahagi masa dalam menunaikan tanggungjawab saya. berbahagi komitmen. 


doakan saya dapat menyebarkan tarbiyah kepada mereka. doakan saya! 




tujuan saya jelas. matlamat saya jelas. tapi, jalan ini sungguh berliku.


doakan saya!




perjuangan kesenian islam seiring ruh dakwah dan tarbiyah! insyaAllah.



walaupun hakikatnya, sukar memegang amanah ini, tapi demi Islam, kerana Allah. segalanya akan ku usahakan semaksimum mungkin.


dan sebenarnya, sukar bekerja dengan mereka yang tidak faham, maka doakan saya.. 
saya sering menangis untuk menghadapi mereka!



-amanah, bukan perkara main-main. semoga ini saham sorga, bukan jurang neraka..-






bazlaa,
merlimau-gemencih-gemas-kluang [jaulah keluarga]

2 comments:

adeq June 10, 2012 at 8:27 AM   Reply To This Comment

yess itulah dia. masuk persis kemudian tarbiahkan persis. secara x langsung da dapat platform baru. sebarkan cinta dengan khat tarbiah.

bazlaa June 11, 2012 at 12:29 AM   Reply To This Comment

adeq : insyaAllah. jazakillahu khair ukhti! sangat memerlukan taujihat dari akhwatfillah.

mana mungkin ku asingkan tarbiyah dari kesenian itu. sebarkan tarbiyah~ insyaAllah

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP