husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

rancaknya kehidupan

>> Sunday, March 31, 2013

@ sayonara jahiliyah IPG KPI

akhwatfillah,
kita dah tempuh banyak benda bersama, 
sakit tangis duka dan tawanya kita harungi bersama.

banyak dan sangat banyak lagi perkara yang akan kita lalui lepas ni..

bukan kah kita telah berjanji untuk mewaqafkan diri untuk islam ini??
ini lah saatnya kamu membuktikan janjimu dengan amal.

akhwatfillah,
jalan juang mana yang sepi dari ujian?
jalan juang mana yang dapat dilalui dengan karpet merah?
jalan juang mana pengikutnya sentiasa dipuji-puji?
jalan juang mana yang pendokongnya tak perlu untuk berkorban??

tiada. ukhti. tiada.

ujian ini yang akan membuatkan kamu bangkit. 
bangkit dari lena.
bangkit dari jaga,
bangkit dari kerehatan
bangkit dari keseronokan.
bangkit dari keselesaan.

aku, tidak di ajar untuk bersenang lenang di jalan ini, dan aku juga tidak suka mengajarkan kamu kesenangan di jalan ini kerana hakikatnya ia memang mencabar dan tidak mudah.



akhwatfillah,

bertabahlah!
bertahanlah!!
sungguh, Allah bersamamu.

bila kita sudah berada di jalan ini, patah balik itu perkara yang merugikan.
kerana entah dengan cara apa lagi boleh booster kita beramal untuk merebut syurga.

semoga kuat hai mujahidah!

jaga hati. jaga mutabaah. jaga tarbiyah antum. jaga dakwah antum.


akhwatfillah,

bila kamu merasa penat, katakan aku buat ini LILLAH!
bila ada yang merasa penat, katakanlah.. 'ukhti, kita rehat di syurga nanti ...'


**********

mendengar sok sek praktikum itu menyesakkan, aku jadi bimbang. 
kerana aku takut aku memadukan dakwah dan tarbiyah. 
ya Allah, mohon permudahkan urusanku.
mohon kuatkan kami.
aku ingin sekali all out untuk addin ini.

Nanges.

hai umat, aku datang ni.

SK Bandar Teknologi Kajang

***********

husniyahbazlaa
mood praktikum
i.wish.that.dakwah.dan.tarbiyah.will.be.my.first.love.forever



0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP