rancaknya kehidupan
>> Sunday, March 31, 2013
![]() |
@ sayonara jahiliyah IPG KPI |

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]
![]() |
@ sayonara jahiliyah IPG KPI |
alhamdulillah.
memang Allah bagi ubat kaw2 punya la!
kesibukan selama ini alhamdulillah dapat direhatkan sebentar bila berada dalam konferens riang.
walaupun ada bisik-bisik kata,
'weheeii, ko tak penat ke? asik ada program je..'
'tu la..ko ni, usrah luar la. apa la.. banyak sangat..'
haip! join dan buat kerja dalam tarbiyah dan dakwah pun kena jugak ke? aha. relaksla. Rasulullah pun kena dulu. sahabat. diaorang cool jek kan.
diaorang tak paham nikmatnya. diaorang tak tahu apa kita rasa sebenarnya. pada diaorang benda-benda itu memenatkan. tapi pada saya, itulah masa saya nak rehat dari urusan duniawi ini.
pada awalnya, saya sedih. saya sangat terasa bila ada hadis yang berbunyi :
assalamualaikum. disebabkan tak sempat nak jumpa semua sedangkan minggu ni minggu terakhir akak kat maktab, akak harap sangat adik-adik boleh baca post ni. baca tau.
adik-adik yang akak sayangi, cintai dan kasihi kerana perjuangan ini.
sesungguhnya epilog perjuangan kami kakak2 dan abang2 before ini untuk memartabatkan kesenian islam di IPG KPI yang semakin hilang ni bukanlah satu karya agung. bukan satu karya yang mampu menyentuh emosi bagi antum. tapi ia istimewa buat akak. akak nampak sakit dan tangisnya perjuangan abang-abang dulu menyemarakkan dan memperjuangkannya.
bagi akak. selaku pemerhati dan pernah terlibat dengan saf pejuang2 ini merasakan satu hentakan, pelempang, sepakan melihat perjuangan semakin luntur dalam diri kita. mana pergi adik2 semangat jihad adik2 utk perjuangkan kesenian ini?
adik-adik yang di kasihi,
andai perjuangan di medan perang sahaja yang Allah terima, sudah pasti kita tak layak mendapat syurga. tapi Allah itu adil, pemurah.. Dia bagi ganjaran terhadap apa pun yang kita lakukan untuk islam. dalam apa pun bidang. kedoktoran. kejuruteraan. pendidikan. dan keseniaan juga!
adik-adik, para artis yang mendapat hidayah gigih pergi ke sana ke mari untuk memaklumkan kepada ramai orang, 'hey, islam tu bes! jom la jadi orang islam! ' 'hey, aku ada Allah. kamu pun ada'.
tapi kita? sekadar memperjuangkan keseniaan islam di dalam maktab shj sudah lemah. nampak kecik tapi susah nak laksana kan.. kan?
adik-adik, kami dulu dah lalui apa yang adik-adik lalui. kerja melambak. ada meting itu. ada meting ini. esok nak hantar asgmen. esok jugak nak kena present. esok jugak lecturer nak tengok fail. esok jugak la ada itu dan ada ini.. kami dah lalui semua tu. lalui dengan ketenangan mahupun tekanan. bersengkang mata. mata bengkak menangis pun ada.
tapi adik-adik, semua tu Allah yang bantu. even kita join banyak persatuan atau kena menghadiri program, usrah dan sbgnya.. percayalah Allah akan tolong kita dik. Allah bantu kita sebab kita buat perkara-perkara tadi tu pun kerana Allah. takkan lah Allah tak tolong. tolong punya! percayalah!
macam tu jugak dengan kelas khat, kami dah lalui saat-saat getir dengan kerja yang menimbun, tapi keyakinan yang kami pegang ini telah membuatkan kami sanggup datang kelas khat walau apa pun yang akan berlaku esoknya.
kerana yang akan bantu dan tentukan kerja kita siap atau tidak itu ALLAH. bukan diri kita.
kekadang, akak malu dik kat ustaz zawadi, sebab kan dia susah nak fokus kat kita dulu, akhirnya sekarang dia tak amik upah kat mana-mana institusi untuk ajar kelas khat. tapi dia tetap ajar kat IPIS even tak pernah dibayar.. ye, kita tak pernah bayar dia, johan khat kebangsaan berturut-turut, pengadil khat kebangsaan sebab kita tak mampu nak bayar dia. tapi hasilnya, bila dia datang, yang ada hanya beberapa orang sahaja..
akak tau adik-adik kepimpinan baru ni boleh bagi sebaik-baik komitmen. dan akak tau pasti ada sebab kenapa awak-awak yang terpilih dalam kepimpinan ni. secara kasarnya mungkin terpaksa, tapi semua itu kan aturan Allah.
akak cuma berharap, adik-adik bagi la sebaik-baik komitmen utk perjuangan ini. akak cakap macam ni sebab akak tanak adik-adik berjuang kosong, tapi berjuang untuk islam dengan keseniaan ini. kita cari pahala banyak-banyak dengan jalan juang yang ada depan mata ni ye. semoga usaha kecik ni akan meningkatkan saham sorga adik-adik semua ye.
akak sayang persis. akak sayang orang-orangnya juga.
akak takkan biarkan adik-adik berjuang sendirian. kita berjuang sama-sama ye walaupun akak tade dalam kepimpinan ini.
nak gibap boleh tapi 2 saat je.
"sikap gibap bukan sikap mukmin" debuk!
selamat berjuang ye.
selamat PBS. selamat berpraktikum utk diri sendiri.
bertemu kembali selepas praktikum in shaa Allah!
mata masuk habuk.
-Nisa'-
-paste.dipos pada 19Mac2013 at 1524@saf kepimpinan PERSIS-
mood : RINDU PERSIS
saf kepimpinan PERSIS 2013
alfun asif meninggalkan kepimpinan.
rasa macam nak je masuk balik.
nak je push diri untuk bekerja.
nak bersama korang pikul beban ni
kerana betapa akak dahulu sudah merasai keperitan perjuangan ini.
betapa akak penah menitiskan airmata kerana perjuangan itu.
kerana perjuangan kita unik.
memerjuangkan keseniaan islam
sobs!
aku berdakwah. mengaku berjuang di jalan dakwah dan tarbiyah.
tapi bukan bermakna aku perlu tinggalkan secara total perjuangan seni itu. sebab keseniaan pun perlu diperjuangkan,
adik-adikku,
bersabarlah.
ini tarbiyah dari Allah.
kuatkan hati. kuatkan pergantungan dengan Allah.
semoga keadaan ini akan membuat perjuangan kita lebih utuh.
kerana aku sebagai kakak yang sudah melalui onak dan ranjau nya ingin sekali melatih kamu semua dalam memimpin persatuan itu agar tidak 'kosong'
ye.aku tidak mahu kamu lalui apa yang aku lalui sebelum ini.
ditinggal terkapai-kapai.
Allah. kuatkanlah kami.
kuatkanlah jiwa pejuang islam daripada segenap kelompok.
kuatkanlah!
mudahkanlah!
berkatilah!
betapa tidak hidupnya semangat jihad dalam jiwa pemuda.
Nanges.
mood : down
Dalam setiap fasa, selalu ada pekerja-pekerja dakwah yang kelelahan. Jika mereka lelah kerana membawa panji kebenaran, nescaya Allah akan menguatkan mereka kembali. Namun, jika mereka lelah kerana tergoda oleh gemerlapnya dunia, maka akan ada pekerja lain yang bersedia menggantikannya. Ketahuilah bahawa dakwah itu tidak akan pernah kehabisan pekerja. Ikut atau tidaknya kita dalam dakwah ini, kereta dakwah masih akan terus melaju menuju syurga.
*****
Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianm. Berjalan, duduk dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.
Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah, menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari…
(Alm. KH. Rahmat Abdullah)
© Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP