husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

repost : surat untuk awak.

>> Monday, March 25, 2013

assalamualaikum. disebabkan tak sempat nak jumpa semua sedangkan minggu ni minggu terakhir akak kat maktab, akak harap sangat adik-adik boleh baca post ni. baca tau. 

adik-adik yang akak sayangi, cintai dan kasihi kerana perjuangan ini. 
sesungguhnya epilog perjuangan kami kakak2 dan abang2 before ini untuk memartabatkan kesenian islam di IPG KPI yang semakin hilang ni bukanlah satu karya agung. bukan satu karya yang mampu menyentuh emosi bagi antum. tapi ia istimewa buat akak. akak nampak sakit dan tangisnya perjuangan abang-abang dulu menyemarakkan dan memperjuangkannya.

bagi akak. selaku pemerhati dan pernah terlibat dengan saf pejuang2 ini merasakan satu hentakan, pelempang, sepakan melihat perjuangan semakin luntur dalam diri kita. mana pergi adik2 semangat jihad adik2 utk perjuangkan kesenian ini?

adik-adik yang di kasihi,
andai perjuangan di medan perang sahaja yang Allah terima, sudah pasti kita tak layak mendapat syurga. tapi Allah itu adil, pemurah.. Dia bagi ganjaran terhadap apa pun yang kita lakukan untuk islam. dalam apa pun bidang. kedoktoran. kejuruteraan. pendidikan. dan keseniaan juga!
adik-adik, para artis yang mendapat hidayah gigih pergi ke sana ke mari untuk memaklumkan kepada ramai orang, 'hey, islam tu bes! jom la jadi orang islam! ' 'hey, aku ada Allah. kamu pun ada'.
tapi kita? sekadar memperjuangkan keseniaan islam di dalam maktab shj sudah lemah. nampak kecik tapi susah nak laksana kan.. kan?

adik-adik, kami dulu dah lalui apa yang adik-adik lalui. kerja melambak. ada meting itu. ada meting ini. esok nak hantar asgmen. esok jugak nak kena present. esok jugak lecturer nak tengok fail. esok jugak la ada itu dan ada ini.. kami dah lalui semua tu. lalui dengan ketenangan mahupun tekanan. bersengkang mata. mata bengkak menangis pun ada.

tapi adik-adik, semua tu Allah yang bantu. even kita join banyak persatuan atau kena menghadiri program, usrah dan sbgnya.. percayalah Allah akan tolong kita dik. Allah bantu kita sebab kita buat perkara-perkara tadi tu pun kerana Allah. takkan lah Allah tak tolong. tolong punya! percayalah! 
macam tu jugak dengan kelas khat, kami dah lalui saat-saat getir dengan kerja yang menimbun, tapi keyakinan yang kami pegang ini telah membuatkan kami sanggup datang kelas khat walau apa pun yang akan berlaku esoknya. 
kerana yang akan bantu dan tentukan kerja kita siap atau tidak itu ALLAH. bukan diri kita.

kekadang, akak malu dik kat ustaz zawadi, sebab kan dia susah nak fokus kat kita dulu, akhirnya sekarang dia tak amik upah kat mana-mana institusi untuk ajar kelas khat. tapi dia tetap ajar kat IPIS even tak pernah dibayar.. ye, kita tak pernah bayar dia, johan khat kebangsaan berturut-turut, pengadil khat kebangsaan sebab kita tak mampu nak bayar dia. tapi hasilnya, bila dia datang, yang ada hanya beberapa orang sahaja.. 

akak tau adik-adik kepimpinan baru ni boleh bagi sebaik-baik komitmen. dan akak tau pasti ada sebab kenapa awak-awak yang terpilih dalam kepimpinan ni. secara kasarnya mungkin terpaksa, tapi semua itu kan aturan Allah.

akak cuma berharap, adik-adik bagi la sebaik-baik komitmen utk perjuangan ini. akak cakap macam ni sebab akak tanak adik-adik berjuang kosong, tapi berjuang untuk islam dengan keseniaan ini. kita cari pahala banyak-banyak dengan jalan juang yang ada depan mata ni ye. semoga usaha kecik ni akan meningkatkan saham sorga adik-adik semua ye.

akak sayang persis. akak sayang orang-orangnya juga.
akak takkan biarkan adik-adik berjuang sendirian. kita berjuang sama-sama ye walaupun akak tade dalam kepimpinan ini.

nak gibap boleh tapi 2 saat je. 
"sikap gibap bukan sikap mukmin" debuk!

selamat berjuang ye. 
selamat PBS. selamat berpraktikum utk diri sendiri. 
bertemu kembali selepas praktikum in shaa Allah!

mata masuk habuk.

-Nisa'-





-paste.dipos pada 19Mac2013 at 1524@saf kepimpinan PERSIS-
mood : RINDU PERSIS

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP