sentap
>> Thursday, March 21, 2013
Aku terkesima di suatu petang.
info dari ukht Aisyah agak menggemparkan..
melaporkan kematian seorang ikhwah.
meskipun aku tidak pernah mendapat taujihat dari beliau,
tak pernah bersua..
aku ada satu perkara yang menyentap jiwa.
amal apakah yang dilakukannya sehinggakan dia menjadi selebriti waktu syahidnya?
aku terdiam.
mencari dan mencari kisah sebenarnya.
dan akhirnya jiwa aku menangis.
kerana aku malu melihat dia sangat all out untuk jalan ini.
dia mewaqafkan dirinya untuk Allah.
dunia ini telah menjadi saksi atas syahadahnya.
merata-rata saksinya juga menyatakan mereka menjadi saksi kepada ikhwah ini.
Allah.
aku terkesima.
aku yang banyak mengeluh dengan dunia yang menghimpit. atas alasan, cikgu itu sibuk.
walhal ikhwah tersebut juga adalah guru.
pelempang,pang.pang.
Nanges.
Allah, kuatkanlah kami, kuatkanlah kami untuk terus melaju menegakkan syahadatul haq ini.
tiada alasan untuk lemah.
Kata seorang akhwat sebelum mendapat berita kematian ikhwah tersebut,
"Syuhada itu adalah mereka yang telah meninggalkan dunia tanpa berkeinginan pada dunia itu lagi. Cita-citanya hanya redha Allah."'
alfatihah buat umar alfarouq deeandtee,
akh Iman Syafiq bin Abdul Rahman.
semoga aku juga dapat pergi di saat dunia mampu menjadi saksi atas syahadah ini
husniyahbazlaa
-aku yang mengimpi syahid.
0 comments:
Post a Comment