Rumah sepi, seolah-olah turut berkabung
dengan pemergian Encik Badrol. Puan Miesya berteleku di atas sofa kelabu
pilihan bersama dengan Encik Badrol. Kenangan hidup hampir 30 tahun seakan
bermain-main di fikiran. Tanpa sedar airmatanya jatuh. Puan Miesya mengesat
airmatanya.
‘ma..’ Adi bersuara.
Puan Miesya mengangkat muka. Adi duduk
di sebelah ibunya. Ada kerinduan yang dia rasakan apabila melihat wajah ibunya.
Adi baru sahaja pulang dari Australia selepas mendapat berita ayahnya tenat.
Belum sempat melepas rindu pada kedua orang tuanya, dia sudah kehilangan ayah.
Perginya untuk selamanya.
‘ma.. Adi mimpikan ayah’ kata Adi
lembut.
Kedengaran tangisan Puan Miesya semakin
kuat.
‘Adi...’ puan Miesya bersuara.
Hasrat Adi ingin menceritakan mimpinya
dikuburkan.
‘ kesian papa di. Sebelum dia
meninggal, dia nak solat, dia nak mengucap..tapi dia tak boleh buat..’
‘apa maksud mama..??’
‘papa di, kesian dia... dia tak sempat
nak solat, tak dapat nak mengucap. Seolah-olah ada yang tersekat..’
‘ma..kenapa macam tu? Bukan ke mama
ngan papa puasa, bayar zakat, pergi haji..?’
‘ye..mama ngan papa buat semua tu..tapi
kami tak solat.
Tak guna Adi, zakat, puasa, pergi haji
kalau tak solat.
Sebab solat tu itu tiangnya..
Dalam rumah ni, kita boleh cakap
tentang iman, halal haram, pasal ilmu agama tapi kita tak praktik kan apa yang
kita tau..’
‘tapi ma.. papa kan baik. Dia tak main
judi, tak minum arak. Dia baik ma..’
‘baik tapi tak solat Adi..
Solat itu tiangnya. Allah tak nak tau
kita baik ke tak, Allah akan hisab solat kita dulu..
Sebab tu, bila Adi ngan akak tak solat, mama ngan papa tak marah..
Sebab kami pun tak buat Adi...’
Puan Miesya teresak-esak menangis. Adi
terkaku. Ye. Dia akui bahawa mama dan papanya tidak pernah mementingkan solat.
Memang mereka keluarga kaya yang tidak bongkak. Mereka dermawan dan pemurah.
Tapi segala-galanya tidak membawa erti.
Adi bersyukur, rajuknya ke Australia
membawa hati kerana putus cinta telah mengenalkan dia dengan Allah. Di sana,
dia jumpa apa yang dicari selama ini. Cinta yang sebenar. Airmatanya jatuh
tanpa sedar.
Puan Miesya mengenggam tangan Adi.
‘Adi... Adi kena tolong papa..
Mama tak boleh tolong..
Adi doakan papa ye...’
Sambung Puan Miesya.. ‘ bila seorang
anak adam itu meninggal ada 3 amalan
yang tidak putus..salah satunya doa anak yang soleh..
Mama merayu pada Adi, doakan papa ye
Adi..mama tak boleh buat apa-apa dah Adi..’
‘mama, mama tak perlu merayu.. Adi
pasti akan doakan papa.. Adi kan anak papa..’
**
Kisah ini adaptasi dari Tentang Dhia.
Diolah, diedit sesuai dengan apa yang nak disampaikan. Watak adalah rekaan
semata-mata.
**
Saya. Awak. Kamu. Semua adalah ANAK.
Punya ayah. Punya ibu. Siapa pun kita sekarang, pastinya kita sudah mampu
berfikir apa matlamat hidup kita.
Pada anak yang mendapat didikan agama
sejak dari kecil, pastinya boleh tersenyum gembira kerana tidak perlu
merisaukan dan tercari-cari ilmu agama.Namun ianya tetap zero jika ilmu yang
diperoleh tidak digunakan.
bagi yang tidak atau kurang mendapat
didikan agama, usah terus menyalahkan ibu dan ayah. Anda pastinya sudah boleh
berfikir, sudah mampu untuk mencari apa yang tidak lengkap dalam hidup anda.
Berusahalah untuk memperbaiki diri, carilah kehidupan yang beragama kerana
pastinya ia sangat menenangkan. Usah terus mengulangi apa yang terjadi pada
kita, kerana yang ruginya adalah KITA.
Lagipun, pastinya kita sayangkan IBU
dan AYAH kita. Aiwah jadi ANAK SOLEH/AH. Kerana anak soleh/ah adalah ASET
kepada ibu dan ayah kita.
p/s : Alfatihah buat ibu dan ayah kita
sama ada yang sudah meninggal atau masih hidup.
Husniyahbazlaa
SolehahToBe
5muharram1433
Read more...