Akak.. saya tak datang usrah ye. Saya sibuk. Ada
bla...bla.bla..
Akak..saya tak datang ye. Sakit kepala lah..
Akak..saya nak kuar dengan kawan, maaf ye..
Akak.. saya tertidur..lupa la kak ada usrah.
jawapan acap kali diterima
dari mad’u.
Adakalanya..
insyaAllah kak..
hampir ke semua
membalasnya, namun akhirnya bila tiba saat yang dirindukan untuk bersama,
bulatan tidak menjadi bulatan.
Hanya terpaku sendirian.
Biarpun setengah jam berlalu, masih setia menanti mad’u. Dengan harapan mereka
akan datang walaupun lambat.
Tapi...ia tetap hampa. Maka
berusrah lah naqibah seorang diri dalam senyum manis biarpun di hati mungkin
kelat rasanya.
Itulah lumrah. Adat
berdakwah. Bukannya mudah. Bukannya dalam sekelip mata binaan kita akan menjadi
orang yang tunduk dan patuh. Bukannya dalam sekelip mata binaan kita akan
menjadi solehah, sanggup berkorban untuk agama. Dan adakalanya, barangkali
binaan kita lari, memilih untuk tidak berada di jalan ini.
Kita sering kali kecewa
kan?? Kecewa melihat binaan kita tidak menjadi..cemburu pula melihat binaan
akhwat lain menjadi. Kecewa ke? Oh..nanti dulu. Hidayah dan kefahaman islam itu
bukan milik kita.milik Allah, dan Dia akan beri kepada mereka yang terpilih.
Tak salah bukan, untuk kamu terusan berusaha membina binaan kamu? Sebagaimana
murobbiyah kita bersungguh-sungguh membina diri kita, sebagaimana murobbiyah
kita teramat bersabar dengan kerenah kita. Tak salah bukan??
All out
Mungkin kita tak cukup all
out segalanya dalam usaha membina binaan kita. Barangkali masih ada rasa tak
payah atau tak perlu untuk berbuat itu dan berbuat ini kepada mad’u
kita.Mungkin juga kita masih mempertimbang kira segalanya walapun di dalam
dakwah ini.
All out la ukhti.. all out
segalanya untuk mad’u mu..
Teramat perlu untuk kita
berusaha segigihnya, apabila kita cuba all out, pastinya kita akan mencuba
pelbagai cara, pelbagai kaedah untuk memenangi hati mad’u kita. Kerana mad’u kita juga manusia. Mungkin ada
mad’u yang boleh terima dan hadam dengan sekali cakap. Namun, mungkin ada yang
perlu kita hadapkan muka ke muka, mata ke mata, hati ke hati untuk dia lebih
memahami. Dan mungkin juga kita perlu terjun ke dalam minat mereka, untuk
sentiasa bersama mereka dan memenangi hati mereka.
Ye. Itulah yang perlu kita
lakukan. Sebagai daie, kita perlu memikir seribu cara, bukan seribu alasan.
Sebagai daie kita perlu mengorbankan segalanya, jiwa, harta, perasaan dan masa.
Meskipun kita terpaksa meyorokkan perasaan tak enak atau barangkali terasa
dengan nya, kita harus mengetepikan perasaan kita untuk memenangi hati mereka.
Sebut nama mereka dalam doa
ukhti, bagaimana akak boleh membina binaan sehebat
tu?
Sebut nama mereka dalam doa ukhti..
Subhanallah! Benarlah..
kerana hati mereka Allah yang pegang. Kerana hidayah dan rahmat juga Allah yang
pegang. Kerana kefahaman islam itu juga Allah yang pegang. Berdoalah, sebut
nama mereka dalam doamu ukhti.
Berdoalah semoga Allah
memasukkan kefahaman dalam jiwa-jiwa mereka, berdoalah supaya Allah memberi
hidayah dan terus memilihnya untuk berada di jalan ini. berdoalah supaya mereka
dapat lebih menjadi lebih baik daripada kita.
Kerana doa senjata mukmin.
Husniyahbazlaa
15muharram1433
menunggudisayuprindu
0 comments:
Post a Comment