husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

bergaya bersama ghumaisho'

>> Saturday, June 16, 2012

selepas pulang dari mengikuti senamrobik anjuran Exco Kolej Kediaman IPGKPI pagi itu, bazlaa dan hawa pulang ke bilik. tahniah kepada pihak penganjur kerana meganjurkan riadah di pagi hari dan tahniah jugak kerana membuat pengasingan antara muslimin dan muslimat. terbaik~


''bazlaa, syukran ajak saya pergi riadah''

''tape. riadah ini kan sunnah Nabi. kita kan pencinta Nabi. kena amalkan sunnah Nabi walaupun kita ni sangat liat nak beriadah. ni ada peluang kena rebut dan atasi lah kemalasan kita tu..'' jawab bazlaa.

''awak tahu, hari tu kita tengok kat Alhijrah dalam rancangan fattabiouni. kan ada kisah Rasulullah dengan Aisyah r.a lumba lari kan? hah.. syeikh tu kata Rasulullah bagi Aisyah menang sebab nak bagi Aisyah semangat untuk beriadah. tak mahu sebab Aisyah kalah, nanti Aisyah tade semangat nak beriadah...'' sambung bazlaa

''yeke? sweetnya Rasulullah..'' hawa memberi respon penuh bergaya

kami kemudiannya berpecah menuju bilik masing-masing. 

selepas bersarapan di bilik berbekalkan roti dan air kotak  senamrobik tadi, saya bersiap sedia untuk membersihkan diri, dhuha dan menyiapkan assigment yang akan dihantar esoknya.

sewaktu mahu membuka alhadid (laptop) terchenta, skrin bertukar menjadi warna putih. saya hanya menyangka bawa hadid letih bekerja sejak semalam. mana tak nya, seminggu lepas dia bekerja keras membantu saya menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. berjilid asgmen telah berjaya dihantar. kali ini adalah asgmen yang terakhir. hampri 60% telah berjaya disiapkan.

malam itu sememagnya hadid menemani ku sehingga jam 3 pagi. terpaksa bekerja keras kerana 2 hari lepas berehat akibat saya perlu menghadiri kursus pemantapan profesionalisme kepimpinan di IPG. 

berbalik semula ke kisah hadid yang berskrin putih, sudah dua tiga kali meghidupkannya, tetapi ia hanya mengeluarkan skrin putih. termangu sebentar. roomate yang perasan keadaan tersebut akhirnya cuba menenangkan diriku. 

telefon ku tiba-tiba berdering. mama (my naqibah) telefon bertanya khabar. saya menahan sebak sahaja. mama memberi cadangan dan beberapa nasihat, mama mencadangkan saya menghantar hadid ke hospital Dr PC. 

hawa mengetuk pintu bilik diakhir panggilan mama. dia cuba mengusahakan agar hadid kembali bernyawa. dia juga turut mencadangkan kami keluar untuk menghantar hadid ke hospital. kami berusaha mencari mana-mana kuda untuk ke hospital. malangnya, tiada yang kosong.

''bazlaa....bazlaa''

terdengar sayup-sayup suara tersebut. dari manakah?

''bazlaa...''

saya menjenguk ke jendela. terbayang dua kelibat ukhti terchenta. mereka sekarang duduk di luar kerana penempatan kediaman untuk pelajar maktab sudah melebihi had. waktu itu, airmata yang tertahan daripada tadi akhirnya berjujuran. hawa tersenyum melihat kemachoaan ku kalah dengan kehadiran akhwat.

''nah..ni laptop. gunalah dulu. asgmen akak hantar nanti, bukan esok.''

''akak...''tak termampu nak kata pape dah waktu tu.

''tape..guna je dulu. " laptop bertukar tangan.

mereka pergi meninggalkan ku yang masih dalam keharuan. tak sudah bibir ku mengucapkan hamdalah. hamdalah pada kurniaan ukhuwah ini. hamdalah pada bantuan ini.

saya bergegas masuk ke bilik. saya harus segera memulakan kerja. kerana asgmen yang telah hampir siap itu berada di dalam hadid. 

dengan lafaz basmallah penuh kesyukuran yang teramat, saya menggagahkan diri menyiapkan asgmen tersebut. dan alhamdulillah, dengan bantuan laptop dari ukhti illy saya dapat menyiapkan asgmen ibdat tersebut. asgmen yang perlu kajian kitab al-um juga membuat perbandingan 4 mazhab berkaitan 5 isu ibadah, antara asgmen yang agak rumit. roomate dan hawa juga turut membantu saya sehingga berjaya mencetak asgmen tersebut jam 2.00 pagi.

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُرْدِفِينَ (٩)

(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.
surah Al Anfal 8:9


syukur alhamdulillah. Allah bantu. bala-bala tentera dihadirkan. Allah dengar rintihan dan doa ku. alhamdulillah T.T

pagi itu, ketika hadid dibawa bersama akhwat terchenta, mereka tidak dapat menghantar hadid berjumpa doktor kerana hospital PC semuanya tutup. tetapi, setelah dibodek2, akhirnya hadid kembali bernyawa. namun, tidak bertahan lama. hadid akhirnya terus syahid. saya dinasihatkan untuk membeli mujahid baru untuk membantu perjuangan ilmu dan dakwah saya.


-bazlaa-

alhamdulillah. tsumma alhamdulillah. Allah murahkan rezeki. Allah kurniakan rezeki. Allah beri peluang pada saya bertemankan lagi mujahid. kini, Ghumaisho' bakal menemani perjuanganku.

Bangi, bumi terchenta! wait for me... *_* semester baru bakal bermula.

1 comments:

ana hana July 8, 2012 at 7:14 PM   Reply To This Comment

subhanallah!!! termangu dan terpaku..jeleznye paan dgn kak bazla....sbb Allah uji akk dan Allah tunjukkn kekuasaan-Nya pada hari itu juga...=D luv u my dearest!

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP