husniyahbazlaa. Powered by Blogger.

belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka( berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik [ QS 57 :16]

ole-ole semester baru

>> Friday, June 15, 2012

in the name of Allah


apa khabar sahabat-sahabat? rakan-rakan saya di IPG pastinya dalam mood tenggelam timbul. satu daripadanya tidak mahu pulang ke maktab kerana keselesaan yang menyeronokkan di rumah dan tidak kurang yang merasakan kegerunan, kupu-kupu masuk dalam hati sebab result dah nak keluar.


apa-apa pun, saya nak ajak kawan-kawan betulkan balik niat, kita nak pergi belajar ni.. belajar kan satu alat untuk mencapai matlamat.


er? x paham?


hah.. hasil keberjayaan kita dalam pelajaran itu boleh digunakan untuk mencapai matlamat kita. 


er?tak tahu matlamat? Matlamat kita adalah menegakkan syahadatulhaq di muka bumi ini!

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٤١)

 pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(at-taubah 9:41)

kita sememangnya bukanlah seorang pejuang di medan perang, namun di zaman teknologi canggih ini sudah pasti medan ilmu juga sangat penting dan teramat penting untuk diperjuangkan.

itulah medan kita, maka tunggu apa lagi? jangan menongkat dagu lagi, bangun dan mulakanlah langkah.

semester baru akan bermula, aiwah kita perbaharui niat.. kerana apa kita belajar. dan muhasarawak lah diri tentang laluan yang dah dilalui semester lepas. apakah kita telah lakukan sesuatu untuk ummah? tepuk dada tanya iman.

jadi, seberat mana pun rasa di hati untuk meninggalkan rumah, anda harus meringankan ia. kerana apa? kerana ummat yang nazak ini sangat memerlukan kita, apatah lagi kita seorang pendidik.

bukankah Allah ada berfirman,

... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al-baqarah 2 :216)


أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ 


Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang Yang berjihad (yang berjuang Dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang Yang sabar (tabah dan 
 cekal hati Dalam perjuangan)?
(ali-imran 3 :142) 


sempena semester baru yang akan bermula dalam 2 hari ini, jum perbaharui niat..

tetapkanlah matlamat apa yang ingin dicapai.

apakah kita sudah berjaya menjadi abidnya yang soleh wa musleh?
apakah kita sudah berjaya menjadi pelajar yang bukan sahaja bermatlamatkan kejayaan tetapi punya 'agenda pembangunan ummah' juga?
apakah kita sudah menjadi mutarabbi yang taat, thiqah dan istiqamah? bila pula mahu menukar diri menjadi murobbi?
apakah kita sudah cukup menjadi anak yang soleh yang menyenangkan ibu dan bapanya?

tepuk dada, jawab sendiri..

jadi.. tunggu apa lagi?

usah bertangguh lagi kerana keculasan, kelalaian , kelekaan dan ketiduran kita umat sekarang berada dalam kanser jahiliyah tahap 3. cukup-cukuplah beralasan..

andai kita mengatakan cukuplah aku berdakwah hanya kepada anak usrah yang dah diamanahkan oleh mereka, aku pun bukan baik sangat..hey..hey! kamu sedar tak yang hidup kita ni wajib BERDAKWAH? berdakwah tidak semestinya kamu perlu mengatakan isi-isi kitab-kitab agama sahaja tetapi its simple. how? ajak orang buat baik. semudah itu. semudah mengajak orang senyum. semudah mengutip sampah di jalanan. semudah mengajak sahabat ke masjid.. simple bukan?

andai anda kata, aku nak dapat 4 flat lah. sibuk! tak sempat lah nak join program-program tarbiyah.. wait..wait, apa kita boleh dapat 4 flat dalam kehidupan sebagai seorang muslim? tepuk dada, tanya hati..!

hidup kita bukan sebagai hamba Dunia.
bukan juga hamba kepada study.
bukan juga hamba kepada nafsu.

tapi hamba kepada Dia, Allah!

selamat menunaikan tanggungjawab sebagai muslim ^^

ingatlah kita bukan pelajar yang muslim tetapi MUSLIM YANG BELAJAR



bazlaa
plan A jadi plan B
baiti jannati, Johor terchenta!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP